Ngilu! Boleh ada jarum tertinggal dalam rahim wanita ini lepas czer!

Tak dapat nak dibayangkan kesakitan yang ditanggung ibu muda ini selepas pihak hospital mendapati terdapat jarum tertinggal dalam peranakannya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baru-baru ini, dunia digemparkan dengan berita Hospital Sydney sedang melakukan siasatan selepas mendapati terdapat jarum tertinggal dalam rahim pesakit selepas pembedahan bersalin caesar. 

Ibu terbabit, Thi Nguyen berasa hairan apabila dia berada dalam kesakitan yang teramat sangat selepas melahirkan anaknya di Hospital Fairfield pada September 2017, tahun lalu. 

Walaupun dia tahu selepas bersalin caesar, ibu akan berasa sedikit ngering, tapi yang dialaminya itu kesakitan yang luar biasa!

Selepas pemeriksaan menyeluruh dilakukan, doktor mendapati terdapat jarum yang tertinggal pada ibu yang berusia 19 tahun itu setelah selamat melahirkan bayi lelakinya. 

Jarum tertinggal pada pesakit selepas bersalin caesar

Kredit: Channel 9 News

Tiada sebarang pilihan, wanita berkenaan terpaksa melakukan pembedahan kali kedua bagi membuang jarum tersebut yang berada dalam rahim.

Namun, pembedahan tersebut dilakukan tanpa butiran yang lengkap kepada suaminya. 

Keluarga dan rakan-rakan ibu terbabit datang untuk melihatnya dan bayi tetapi terpaksa menunggu lama kerana tiada siapa yang memberitahu bahawa Nguyen sebenarnya sedang menjalani pembedahan bagi mengeluarkan jarum yang sesat itu. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Tiada siapa beritahu saya apa yang berlaku”

Ketua Pegawai Ekskutif hospital tersebut telah berjumpa dengan suaminya untuk meminta maaf atas apa yang berlaku dan memberitahu terdapat jarum tertinggal dalam rahim pesakit selepas bersalin caesar. 

Selepas pembedahan kali kedua, doktor berjaya keluarkan jarum dalam rahim ibu muda itu. Mereka juga mendapati ia berlaku disebabkan jarum rosak dan bukannya kesilapan pihak hospital. 

Pembedahan bersalin caesar secara umumnya adalah selamat 

Kredit: Channel 9 News

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walau bagaimanapun, bersalin secara pembedahan adalah selamat terutama bila ibu mengalami sebarang komplikasi semasa hamil. 

Namun begitu, boleh berlaku peralatan yang digunakan rosak atau kesilapan manusia tetapi ia jarang terjadi.

Perkongsian kisah ini bukan untuk menakutkan anda tentang bersalin caesar tetapi langkah berjaga-jaga demi memastikan keselamatan ibu dan bayi dalam keadaan selamat. 

Kesimpulannya, bersalin normal adalah lebih selamat berbanding bersalin secara pembedahan.

Apapun, sebelum melakukannya, doktor akan memberikan ibu informasi lengkap supaya semuanya lebih jelas dan mudah difahami.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Rosanna Chio. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Baca juga

Aduh, ada jarum patah tertinggal dalam vagina ibu ini lepas bersalin! Bagaimana boleh jadi???