Ramai yang kata, kalau lepas bersalin caesar memang ambil masa untuk sembuh. Walaupun luka luaran nampak cantik sudah sembuh, ngilu di dalam masih terasa walau sudah bertahun melaluinya.
Bukan mudah, lapisan perut manusia ada berlapis-lapis, sudah pasti penyembuhan luka itu berperingkat. Terluka sedikit jari pun sudah sakit, inikan pula perut dibelah untuk mengeluarkan bayi.
Berbanding bersalin secara normal, bersalin caesar dikatakan lukanya mengambil masa untuk sembuh dan penjagaan rapi diperlukan bagi memastikan tiada jangkitan sebagainya.
Bersalin caesar penjagaan rapi luka perlu
Bukan nak kata bersalin normal tidak perlu penjagaan rapi, ia juga perlu lebih-lebih lagi yang perlu melalui episiotomy. Bagaimanapun, luka caesar lebih selalu diambil perhatian kerana ia membabitkan abdomen ibu bersalin itu.
Pelbagai tips dan petua dikongsikan mengenai penjagaan wanita yang bersalin secara pembedahan ia tidak lain tidak bukan mahu ibu bersalin sentiasa sihat dan dapat kembali seperti normal selepas melalui proses bersalin secara pembedahan.
Sudah pasti pelbagai cara boleh anda cubakan? Mana tahu ia serasi dengan anda jadi bolehlah cepat luka bersalin itu keringkan.
Amalkan tips ini nak luka bersalin ceaser cepat sembuh
Menurut majalahpama, ada beberapa tips dikongsikan kepada ibu bersalin caesar jika mahu luka cepat sembuh yang mana ia mungkin boleh dipraktikkan ibu bersalin ceaser yang lain.
Rasanya tidak salah untuk ibu-ibu ini mencuba, jika serasi mungkin boleh teruskan dan membantu dalam proses penyembuhan. Yang pasti, ikhtiarlah supaya luka yang dialami ibu tidak perlu ditanggung sakit dan peritnya terlalu lama.
Jika boleh baik cepat, buat apa tunggu lama-lama lagikan?
#1. Pastikan kawasan luka sentiasa kering
Ini yang kerap kali dipesan ibu yang pernah melalui pengalaman bersalin caesar. Jangan sekali-kali biarkan luka bersalin caeser itu lembap atau basah kerana ia boleh mengundang jangkitan yang akan menyebabkan berlakunya jangkitan kuman di kawasan luka.
Anda boleh keringkan luka anda dengan menggunakan kipas atau pengering rambut tetapi pastikan suhu pengering rambut itu tidak panas. Nanti takut jadi iritasi lain pula.
Jika mandi, pastikan luka itu dilindungi dengan strap khas bagi mengelakkan ia terlalu direct terkena air. Pastikan selepas mandi luka dilap kering dan pantau luka jika ada sebarang bau tidak menyenangkan dan sebagainya.
#2. Jaga pemakanan
Jaga pemakanan anda semasa berpantang terutamanya. Ada pelbagai jenis pantang pada zaman moden ini, ikutlah mana-mana yang anda rasakan sesuai yang penting ia tidak memudaratkan.
Nak moden boleh, tradisional pun boleh. Tetapi pastikan pemakanan anda cukup daripada segi zat dan nutriennya kerana ia amat penting untuk penyembuhan luka.
Ada yang mencadangkan banyakkan mengambil makanan yang ada vitamin C seperti buah oren untuk mempercepatkan penyembuhan luka. Pastikan dalam diet anda ada sayuran dan nutrisi lain yang diperlukan badan.
Cukup nutrisi dan zat yang perlu ia akan membantu luka bersalin anda cepat sembuh.
#3. Amalkan makanan sunnah
Ada pendapat yang mengatakan makanan sunnah baik untuk penyembuhan cepat luka bersalin caesar. Makan sunnah seperti kurma, madu, minyak zaitun, buah delima dan badam mempunyai khasiat tinggi yang boleh menyembuhkan luka.
Ia juga mudah didapati dan boleh kata majoriti orang memakannya. Jadi tidak salah anda cuba amalkan amalan ini kan? Makanan sunnah ini juga terkenal dengan khasiatnya yang penuh dengan serat yang membantu dalam proses penghadaman.
Selain luka cepat sembuh ia juga dipercayai membuatkan sistem dalaman ibu lepas bersalin menjadi cantik dan sihat.
#4. Elakkan mengangkat objek berat
Mengangkat objek berat sama sekali tidak dibenarkan dan digalakkan. Angkat bayi anda saja sudah cukup. Ia akan memberi kepada kepada luka ketika anda menunduk dan sebagainya kerana mengangkat objek berat akan memberi tekanan kepada abdomen anda.
#5. Minum air gamat, pati ikan haruan hanya selepas sebulan
Ini yang paling selalu menjadi persoalan kan? Menurut doktor, bagi ibu bersalin caesar amalan minum pati gamat dan pati ikan haruan yang dipercayai sejak turun temurun untuk menyembuhkan luka hanya boleh diminum ibu bersalin ceasar selepas sebulan dan ke atas.
Itu pun dalam kuantiti yang sederhana bagi mengelakkan sebarang risiko adhesion colic. Adhesion colic adalah di mana keadaan usus melekat-lekat antara satu sama lain akibat daripada pembedahan. Tidak terkecuali bahagian rahim yang melekat dengan organ dalaman.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: majalahpama
Baca juga: