X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

3 jenis bahaya yang boleh terkena anak anda jika bersalin dengan kaedah Caesarean

4 min bacaan
3 jenis bahaya yang boleh terkena anak anda jika bersalin dengan kaedah Caesarean3 jenis bahaya yang boleh terkena anak anda jika bersalin dengan kaedah Caesarean

Patutkah anda memilih untuk bersalin dengan kaedah Caesarean berbanding bersalin secara normal? Penemuan kesihatan yang baru ini mungkin dapat membantu anda membuat keputusan yang lebih baik.

Banyak laporan kini menunjukan yang lebih ramai ibu-ibu di seluruh dunia lebih cenderung memilih untuk bersalin dengan kaedah Caesarean (C-section atau CS) berbanding bersalin normal. Di UK, satu daripada empat kelahiran ialah dengan kaedah CS, dan di US ianya satu daripada tiga. Di Brazil, di katakan terdapat hospital yang mempunyai hampir 100% kadar kelahiran menggunakan kaedah C-section.

China mempunyai peratusan C-section tertinggi di antara negara-negara Asia iaitu 50%. Berbanding dengan jiran mereka, Filipina yang mempunyai perbezaan kadar yang lebih rendah namun kian bertambah.

Lebih ramai ibu-ibu di seluruh dunia lebih cenderung memilih untuk bersalin dengan kaedah Caesarean

Lebih ramai ibu-ibu di seluruh dunia lebih cenderung memilih untuk bersalin dengan kaedah Caesarean

Mengapakah bilangan ini meningkat?

Melebihi angkanya, punca mengapa lebih ramai yang memilih untuk melahirkan dengan kaedah Caesarean adalah mengejutkan. Di negara-negara maju, ia adalah disebabkan adanya kemudahan medikal yang ditambah baik, dan  juga kerana lebih ramai pesakit yang kaya.

Di kebanyakan negara Asian, ia dilakukan untuk memadankan tarikh lahir dengan tarikh bertuah seperti yang diwar-warkan oleh penilik nasib. Sesetengah juga melihat ia sebagai alternatif yang lebih selamat berbanding bersalin normal.

 

Bersalin dengan kaedah Cs sebenarnya bukanlah pilihan yang terbaik untuk si kecil anda.

Bersalin dengan kaedah CS sebenarnya bukanlah pilihan yang terbaik untuk si kecil anda.

Penemuan baru tentang risiko kesihatan selepas pembedahan Caesarean

Satu kajian baru-baru ini menunjukan yang cenderung memilih pembedahan apabila tiba masa bersalin akan mempunyai risiko kesihatan kemudian, bukan sahaja kepada ibu, tetapi bayi mereka. Tiga penyakit kroni yang dikaitkan dengan prosedur ini – asma, diabetis jenis 1 (type 1 diabetes) dan obesiti.

Asma merupakan penyakit paru-paru di mana ia akan mengakibatkan kesukaran bernafas berpunca dari saluran pernafasan yang tersumbat atau sempit. Ia masih lagi kurang jelas mengapa sesetengah orang menghidap penyakit ini dan sesetengah mereka tidak, namun asma dikenali sebagai penyakit genetik dan dipengaruhi oleh faktor persekitaran.

Diabetis jenis 1 (Type 1 diabetes) ialah di mana badan tidak dapat mengeluarkan insulin, hormon yang diperlukan untuk menukar gula dan kanji menjadi tenaga. Ia selalunya didiagnosis di usia awal dan merupakan penyakit yang jarang terjadi.

Obesiti didefinisikan sebagai mempunyai kandungan lemak yang sangat tinggi dan tidak normal. Orang yang obes mempunyai lebih banyak risiko kesihatan, termasuklah masalah jantung, diabetis dan kanser.

Penemuan ini ialah berdasarkan hasil kajian yang dijalankan oleh penyelidik di Universiti New York di Amerika Syarikat dan Universiti Peking di China. Tiada data konklusi, namun untuk mengapa penyakit-penyakit ini dikaitkan dengan C-section.

Tahukah anda yang anda masih boleh bersalin normal walaupun pernah membuat pembedahan secara Caesarean?

Tahukah anda yang anda masih boleh bersalin normal walaupun pernah membuat pembedahan secara Caesarean?

Halaman selanjutnya: Kebaikan dan keburukan Caesarean

Fikirkan dengan bijak tentang pilihan bersalin anda

Bayi yang dilahirkan secara pembedahan mendapat kurang pendedahan terhadap bakteria dubur dan vagina ibu. Para penyelidik percaya yang ini mungkin faktor mengapa bayi yang dilahirkan secara Caesarean lebih terdedah kepada tiga penyakit yang disenaraikan. Bakteria yang bayi CS tidak dapat itu adalah penting untuk sistem imunisasi dan pencernaan mereka.

Nasib baik, kebanyakan pakar obstetrik di Filipina masih menyarankan bersalin normal berbanding C-section. Pada masa yang sama, kebanyakan ibu memilih untuk bersalin secara semulajadi. Selalunya, faktor ekonomi yang menjadi tulang belakang pilihan untuk tidak membuat pembedahan, kerana pembedahan Caesarean mempunyai kos yang tinggi.

Berita baiknya ialah, ini bermakna bayi yang dilahirkan di Filipina mempunyai kurang risiko untuk mengidap penyakit di atas atas faktor cara kelahiran mereka.

Ingatlah untuk berfikir dengan bijak tentang pilihan bersalin anda sebelum membuat keputusan untuk berada di bawah pisau bedah. Berikut adalah kebaikan dan keburukan bersalin secara normal dan Caesarean, bagi membantu anda membuat keputusan.

Kebaikan bersalin normal

  • Tempoh pemulihan yang lebih singkat berbanding C-section
  • Prosedurnya tidak di klasifikasikan sebagai pembedahan major
  • Proses bersalin normal akan membantu mengeluarkan cecair dari paru-paru bayi dan mengurangkan risiko masalah pernafasan
  • Bayi akan terdedah kepada bakteria baik apabila melalui laluan bersalin ibu

Keburukan bersalin normal

  • Risiko tisu vagina tertarik dan terkoyak
  • Risiko melemahkan otot pelvik yang mengawal pergerakan urin dan usus
  • Kesakitan yang berlarutan di antara vagina dan anus
  • Bayi mungkin boleh tercedera semasa di dalam proses bersalin, lebam atau retak.

Kebaikan Caesarean

  • Tarikh lahir yang dijangka kerana boleh ditentukan
  • Ibu-ibu tidak perlu melalui durasi bersalin yang panjang
  • Kaedah bersalin untuk ibu-ibu yang mempunyai ruang pelvik yang sempit

Keburukan Caesarean

  • Risiko komplikasi yang tinggi terutamanya untuk ibu yang obes dan mempunyai sakit jantung yang kronik
  • Diklasifikasikan sebagai pembedahan major
  • Risiko infeksi dan kehilangan darah yang tinggi berbanding bersalin normal
  • Tempoh pulih yang panjang
  • Bayi lebih terdedah dengan risiko masalah pernafasan

Terdapat banyak perkara yang anda perlu pertimbangan dengan doktor anda sebelum bersalin. Kesihatan anda, posisi bayi anda, dan sama ada anda pernah atau tidak menjalani CS sebelum ini.

Tentang penulis:  Patricia de Castro-Cuyugan

Stories Rakan Kongsi
Wiggle Boks, Kotak Keperluan Bayi Yang WAJIB Dimiliki Semua Ibu Bapa Sibuk!
Wiggle Boks, Kotak Keperluan Bayi Yang WAJIB Dimiliki Semua Ibu Bapa Sibuk!
Things To Consider When Picking A Diaper For Your Baby
Things To Consider When Picking A Diaper For Your Baby
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Why Money Parenting Matters
Why Money Parenting Matters

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Aqma

  • halaman rumah
  • /
  • Caesarean
  • /
  • 3 jenis bahaya yang boleh terkena anak anda jika bersalin dengan kaedah Caesarean
Kongsikan:
  • Parut selepas bersalin czer sebabkan wanita ini mandul dan tak subur!

    Parut selepas bersalin czer sebabkan wanita ini mandul dan tak subur!

  • 10 Foto Intim Pembedahan Caesarean Dan Kisah Luar Biasa Di Sebaliknya

    10 Foto Intim Pembedahan Caesarean Dan Kisah Luar Biasa Di Sebaliknya

  • Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

    Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

app info
get app banner
  • Parut selepas bersalin czer sebabkan wanita ini mandul dan tak subur!

    Parut selepas bersalin czer sebabkan wanita ini mandul dan tak subur!

  • 10 Foto Intim Pembedahan Caesarean Dan Kisah Luar Biasa Di Sebaliknya

    10 Foto Intim Pembedahan Caesarean Dan Kisah Luar Biasa Di Sebaliknya

  • Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

    Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

  • Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

    Budak Darjah 1 Duduk Asrama Terlalu Rindu Ibu Ayah, Dia Menangis Sampai Cium Dinding

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.