Banyak laporan kini menunjukan yang lebih ramai ibu-ibu di seluruh dunia lebih cenderung memilih untuk bersalin dengan kaedah Caesarean (C-section atau CS) berbanding bersalin normal. Di UK, satu daripada empat kelahiran ialah dengan kaedah CS, dan di US ianya satu daripada tiga. Di Brazil, di katakan terdapat hospital yang mempunyai hampir 100% kadar kelahiran menggunakan kaedah C-section.
China mempunyai peratusan C-section tertinggi di antara negara-negara Asia iaitu 50%. Berbanding dengan jiran mereka, Filipina yang mempunyai perbezaan kadar yang lebih rendah namun kian bertambah.
Mengapakah bilangan ini meningkat?
Melebihi angkanya, punca mengapa lebih ramai yang memilih untuk melahirkan dengan kaedah Caesarean adalah mengejutkan. Di negara-negara maju, ia adalah disebabkan adanya kemudahan medikal yang ditambah baik, dan juga kerana lebih ramai pesakit yang kaya.
Di kebanyakan negara Asian, ia dilakukan untuk memadankan tarikh lahir dengan tarikh bertuah seperti yang diwar-warkan oleh penilik nasib. Sesetengah juga melihat ia sebagai alternatif yang lebih selamat berbanding bersalin normal.
Penemuan baru tentang risiko kesihatan selepas pembedahan Caesarean
Satu kajian baru-baru ini menunjukan yang cenderung memilih pembedahan apabila tiba masa bersalin akan mempunyai risiko kesihatan kemudian, bukan sahaja kepada ibu, tetapi bayi mereka. Tiga penyakit kroni yang dikaitkan dengan prosedur ini – asma, diabetis jenis 1 (type 1 diabetes) dan obesiti.
Asma merupakan penyakit paru-paru di mana ia akan mengakibatkan kesukaran bernafas berpunca dari saluran pernafasan yang tersumbat atau sempit. Ia masih lagi kurang jelas mengapa sesetengah orang menghidap penyakit ini dan sesetengah mereka tidak, namun asma dikenali sebagai penyakit genetik dan dipengaruhi oleh faktor persekitaran.
Diabetis jenis 1 (Type 1 diabetes) ialah di mana badan tidak dapat mengeluarkan insulin, hormon yang diperlukan untuk menukar gula dan kanji menjadi tenaga. Ia selalunya didiagnosis di usia awal dan merupakan penyakit yang jarang terjadi.
Obesiti didefinisikan sebagai mempunyai kandungan lemak yang sangat tinggi dan tidak normal. Orang yang obes mempunyai lebih banyak risiko kesihatan, termasuklah masalah jantung, diabetis dan kanser.
Penemuan ini ialah berdasarkan hasil kajian yang dijalankan oleh penyelidik di Universiti New York di Amerika Syarikat dan Universiti Peking di China. Tiada data konklusi, namun untuk mengapa penyakit-penyakit ini dikaitkan dengan C-section.
Halaman selanjutnya: Kebaikan dan keburukan Caesarean
Fikirkan dengan bijak tentang pilihan bersalin anda
Bayi yang dilahirkan secara pembedahan mendapat kurang pendedahan terhadap bakteria dubur dan vagina ibu. Para penyelidik percaya yang ini mungkin faktor mengapa bayi yang dilahirkan secara Caesarean lebih terdedah kepada tiga penyakit yang disenaraikan. Bakteria yang bayi CS tidak dapat itu adalah penting untuk sistem imunisasi dan pencernaan mereka.
Nasib baik, kebanyakan pakar obstetrik di Filipina masih menyarankan bersalin normal berbanding C-section. Pada masa yang sama, kebanyakan ibu memilih untuk bersalin secara semulajadi. Selalunya, faktor ekonomi yang menjadi tulang belakang pilihan untuk tidak membuat pembedahan, kerana pembedahan Caesarean mempunyai kos yang tinggi.
Berita baiknya ialah, ini bermakna bayi yang dilahirkan di Filipina mempunyai kurang risiko untuk mengidap penyakit di atas atas faktor cara kelahiran mereka.
Ingatlah untuk berfikir dengan bijak tentang pilihan bersalin anda sebelum membuat keputusan untuk berada di bawah pisau bedah. Berikut adalah kebaikan dan keburukan bersalin secara normal dan Caesarean, bagi membantu anda membuat keputusan.
Kebaikan bersalin normal
- Tempoh pemulihan yang lebih singkat berbanding C-section
- Prosedurnya tidak di klasifikasikan sebagai pembedahan major
- Proses bersalin normal akan membantu mengeluarkan cecair dari paru-paru bayi dan mengurangkan risiko masalah pernafasan
- Bayi akan terdedah kepada bakteria baik apabila melalui laluan bersalin ibu
Keburukan bersalin normal
- Risiko tisu vagina tertarik dan terkoyak
- Risiko melemahkan otot pelvik yang mengawal pergerakan urin dan usus
- Kesakitan yang berlarutan di antara vagina dan anus
- Bayi mungkin boleh tercedera semasa di dalam proses bersalin, lebam atau retak.
Kebaikan Caesarean
- Tarikh lahir yang dijangka kerana boleh ditentukan
- Ibu-ibu tidak perlu melalui durasi bersalin yang panjang
- Kaedah bersalin untuk ibu-ibu yang mempunyai ruang pelvik yang sempit
Keburukan Caesarean
- Risiko komplikasi yang tinggi terutamanya untuk ibu yang obes dan mempunyai sakit jantung yang kronik
- Diklasifikasikan sebagai pembedahan major
- Risiko infeksi dan kehilangan darah yang tinggi berbanding bersalin normal
- Tempoh pulih yang panjang
- Bayi lebih terdedah dengan risiko masalah pernafasan
Terdapat banyak perkara yang anda perlu pertimbangan dengan doktor anda sebelum bersalin. Kesihatan anda, posisi bayi anda, dan sama ada anda pernah atau tidak menjalani CS sebelum ini.
Tentang penulis: Patricia de Castro-Cuyugan