Bersalin di hospital kerajaan ataupun swasta sering menjadi persoalan para ibu. Bagi mereka yang kurang berkemampuan, anda mungkin memilih untuk melahirkan bayi di hospital kerajaan sahaja kerana ia menawarkan kos rawatan lebih murah.
Disebabkan itu, ia menjadi tumpuan ramai pesakit dan anda tidak boleh mengharapkan layanan yang diberikan sama seperti hospital swasta.
Bersalin di hospital kerajaan, ibu dan bayi bertahan kerana SOP yang ditetapkan?
Setiap orang pastinya berdepan pengalaman bersalin di hospital kerajaan yang berbeza. Ada yang berpuas hati dengan setiap layanan, ada juga yang tidak berpuas hati disebabkan sebab-sebab tertentu.
Semalam tular mengenai perkongsian di Facebook Ramlee Abd Rahman yang menyatakan prosedur bersalin di sebuah hospital kerajaan telah menyusahkan proses kelahiran seorang ibu.
Ibu dan newborn bertarung nyawa disebabkan SOP Hospital Seberang Jaya. Lebih kurang jam 11 pagi, pesakit telah mendaftar masuk ke wad bersalin selepas turun tanda bersalin.
Kemudian jam 12.30 tengah hari, doktor melakukan pemeriksaan dan mendapati bukaan rahim 2cm. Jam 3.45 petang, dia diarahkan untuk pulang ke rumah dengan jangkaan masih lambat bersalin.
Pesakit merayu untuk terus berada di wad atas disebabkan oleh mereka tinggal di Sg Ara Bayan Lepas, sebelah Pulau. Sekiranya berlaku kecemasan mengambil masa untuk sampai di hospital, sebaliknya rayuan ditolak dan dia diarahkan balik juga.
Sekitar jam 5.15 petang, sampai di rumah. Situasi trafik mengambil masa lebih dari satu jam untuk sampai ke rumah.
Jam 7 malam, pesakit mengadu pada suami bahawa dia mengalami turun darah yang agak banyak. Mereka bergegas ke Hospital Besar Pulau Pinang. Dengan keadaan trafik yang sesak, Waze beri anggaran masa 50 minit, Hospital Seberang Jaya 1 Jam 20 minit.
Tanpa diduga, pesakit telah bersalin di dalam motokar semasa mereka dalam perjalanan menuju ke hospital. Dalam situasi gawat, suami telah membawa isteri ke LEWEH Accident & Emergency.
Keselamatan ibu dan bayi menjadi taruhan, selain kos yang tidak dirancang untuk bersalin di hospital swasta. Nasib baiklah Allah masih melindungi ibu dan bayinya.
Prosedur bersalin di hospital kerajaan
Disebabkan oleh ramai pesakit yang datang ke hospital kerajaan, ia mungkin memerlukan anda menunggu dengan agak lama.
Memandangkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi kelonggaran untuk para suami atau ahli keluarga yang lengkap menemani isteri bersalin bermula 4 Oktober 2021, anda dan pasangan hendaklah melakukan ujian ujian pengesan Covid-19 terlebih dahulu.
Berikut prosedur bersalin yang perlu ibu ikuti:
- Anda sentiasa diterima masuk ke hospital tanpa perlu melakukan sebarang tempahan pakej bersalin. Biasanya ibu perlu datang ke hospital mengikut tarikh temujanji yang ditetapkan atau melalui jabatan kecemasan (bagi kes yang tidak dirancang)
- Bawa buku pranatal (buku pink) dan kad pengenalan bersama untuk proses pendaftaran
- Ibu perlu melakukan ujian swabtest (RTK) dan menunggu keputusan. Jika negatif, doktor akan melakukan pemeriksaan untuk melihat bukaan jalan
- Suami atau ahli keluarga yang ingin menemani anda hendaklah menjalani ujian pengesan Covid-19 dalam tempoh 72 jam dan bawanya bersama atau sediakan kit ujian kendiri Covid-19 dan jalani ujian pengesanan kendiri di tempat saringan yang disediakan
- Jika wad penuh, anda mungkin diminta untuk pulang ke rumah dahulu dan datang kembali apabila sakit kontraksi semakin kuat
- Ibu dilarang memakai barangan kemas, membawa barangan elektrik dan jumlah wang tunai yang banyak
- Selepas bersalin, ibu dan bayi akan diperiksa oleh doktor. Sekiranya kedua-duanya sihat dan tiada sebarang komplikasi, anda dibenarkan pulang ke rumah selepas tempoh 24 jam
- Waris diminta membuat pembayaran bil dengan membawa slip discaj atau kebenaran keluar wad ke kaunter bayaran untuk menjejaskan wad serta ubatan. Waris diminta kembali semula ke wad untuk menyerahkan bukti pembayaran dan membawa pesakit serta bayi pulang ke rumah
Sumber: Ramlee Abd Rahman, Pantang Plus
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Kepala Bayi Dah Terkeluar, Suami Tenang Jadi ‘Mak Bidan’ & Sambut Anak Dalam Kereta