Semalam, tular di media sosial seorang wanita membuat perkongsian di Facebook, mendakwa terpaksa bersalin sendirian di bilik pengasingan khas bagi ibu hamil yang positif COVID-19 selepas panggilannya untuk meminta bantuan kakitangan hospital tidak dilayan.
Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor, (JKNJ) Dr Aman berkata, oleh kerana pesakit terbabit disahkan positif COVID-19, jadi dia perlu ditempatkan di ruang isolasi yang tertutup.
“Hasil ujian saringan mendapati pesakit itu positif COVID-19 dan keputusan untuk melahirkan anak melalui pembedahan dibuat pakar yang bertugas. Wanita itu kemudiannya disiapkan untuk menjalani pembedahan,” katanya.
Bersalin sendirian, proses lebih awal dari jangkaan
Katanya, proses bersalin pesakit berlaku di luar jangkaan, iaitu lebih awal daripada waktu jangkaan bersalin iaitu awal 6 jam.
Merujuk kepada gambar yang tular di Facebook (FB) bertarikh pada 31 Julai lalu, wanita hamil berkenaan didapati hadir ke bilik saringan HSI pada 23 Julai jam 5.33 pagi kerana mempunyai tanda awal hendak bersalin.
Katanya, wanita berusia 35 tahun itu juga mengandung anak keempat dengan usia kandungan 39 minggu, namun beliau adalah kontak rapat kepada suaminya yang positif COVID-19.
“Ibu hamil tersebut diperiksa pegawai perubatan dan didapati masih di peringkat awal kelahiran, sebelum dimasukkan ke bilik isolasi di HSI jam 10.18 pagi sementara menunggu keputusan ujian saringan COVID-19 yang dilakukan.
“Wanita itu diletakkan di dewan bersalin dengan pintu bilik sentiasa ditutup ekoran pesakit merupakan kes positif COVID-19 dan bilik itu juga berada agak jauh dari kaunter jururawat. Pegawai perubatan dan jururawat sudah melakukan ‘donning’ dan pemeriksaan ke atas pesakit jam 4.26 petang dan dijangka bersalin 6 jam lagi,” katanya.
Panggil jururawat dan doktor, tapi tidak dilayan, terpaksa bersalin sendirian
23.07.2021 – di sah kan positif covid19 masa dalam Labour room tgh tgu masa melahirkan baby masa tu jam 4.40pm results PCR keluar dan positif covid19.. 5pm nurse doctor dtg pakai kan kelengkapan utk operation.. Doctor x benar kan bersalin normal.. 5.40pm nurse doctor kuar tingal sdiri dlm dlm labour room asing khas utk pesakit covid19.. 6pm perut mula rasa sakit sikit.. Cuba mengereng kan badan.. Masa ni ada darah kuar boleh tahan banyak.. Mula ingat kan terkencit sebab rasa nak berak.. Rupanya darah yg kuar.. 6.03pm rasa memulas sangat² perut rasa nak terberak. Cuba pgl nurse doctor lg 1x… Tapi hampa.. diorg tak layan..
Masa ni tawakal 100% dan berserah pd Allah.. Usap perut cakap “ya Allah andai diri sy tak dpt di selamat kan.. tolong selamat kan baby sy..” sambil Usap perut..
Lepas tu sy mengucap 2kalimah syahadah, bc ayat kursi, dgn lailahainnalaantasubahannakainnikumtum minal zolimin 3x,
Angkat kaki xsempat angkat byk.. Baru angkat Sikit baby da kuar sy teran x sampai 2 saat.. jam 6.03pm alhamdulilah selamat bersalin sendirian.. Tanpa bantuan doctor atau nurse.. Hampir terjatuh baby dr katil sebab katil jenis tilam terasing 2.. Syukur sy tahan baby guna ke dua belah kaki sy sdiri dan baby berpaut pada kaki sy..
Hampir 10 mint menjerit mengunakan sisa² tenaga yg ada sy pagl nurse dan doctor.. Tapi hampa sy dgr jelas suara² meraka sedang ketawa² di luar.. Akhirnya sy doa ya Allah ko bantu la aq… Sy jerit paling kuat sampai nak terkeluar ank tekak rasa perit sgt² tekak masa tu.. Sy pgl “nurse doctor tolong la sy ank sy da keluar ni” 3x juga ulang.. Akhirnya dtg sorg nurse buka pintu kecik jengah sy.. Dia jerit ke kawan² lain eah dia da bersalin la.. Ingat kan kenapa la Jerit² td..
Allah masa tu rasa sayu sgt² hati sy..
Dan alhamdulilah sy tak jadi di operate utk bersalin.. Syukur hanya Allah sy yg tau..
Pengalaman ni x mungkin sy lupa..
Kes akan disiasat
Menurut Dr Aman, aduan yang diterima itu adalah berasas dan pihaknya akan mengambil tindakan penambaikan yang diperlukan.
Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) akan menyiasat secara terperinci kejadian seorang wanita yang bersalin seorang diri di dewan bersalin Hospital Sultan Ismail (HSI) ini.
Sumber: Berita Harian, Noor Aziah
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Hasil Kesabaran 21 Tahun, Pasangan Ini Lahirkan Anak Sulung Bernama Aishah