Bersama Raikan Kemeriahan Hari Raya Dengan Pavilion Reit Malls

Pavilion REIT merupakan satu daripada REIT tertumpu yang terbesar di Malaysia iaitu Pavilion Kuala Lumpur, Intermark Mall dan Da Men Mall.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

KUALA LUMPUR, 4 April 2023 — Di musim perayaan ini, nikmati keindahan warna-warni warisan budaya dan kesenian Malaysia pada sambutan Aidilfitri di mana Pavillion REIT Malls membuka pintunya, mengalu-alukan kedatangan para pembeli bersama meraikan perayaan penuh kesyukuran dan kemaafan ini.

Bersedialah untuk menghayati seni warisan sewaktu melawat Pavilion Kuala Lumpur, Intermark Mall, dan Da Men USJ di mana terletak hiasan dekorasi menakjubkan yang pasti menyerlahkan intipati budaya dan tradisi Malaysia yang unik.

Daripada dekorasi menawan di setiap pusat beli-belah, serta peluang merakam swafoto yang pasti mengamit kenangan, pelbagai aktiviti, promosi dan persembahan yang mengasyikkan, pastinya ada sesuatu yang menarik menanti anda di Pavilion REIT Malls.

Ambil peluang ini dan bergembiralah bersama keluarga dan rakan taulan, di mana kempen 'Raya Togetherness' di Pavilion KL menampilkan gabungan tradisi dan moden, semangat keraian diserlahkan dengan 'Rentak Irama Raya' di Da Men USJ, dan hayati hasil kraf tenunan tradisional mengagumkan di 'Weaving Raya' hanya di Intermark Mall '.

Sama ada anda ingin menikmati suasana perayaan penuh keceriaan, memenuhi terapi membeli belah, atau sekadar ingin menghabiskan masa berkualiti bersama yang tersayang, Pavilion REIT Malls pasti menawarkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan buat anda semua.

Pavilion Kuala Lumpur

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pavilion KL, destinasi membeli-belah utama Malaysia, meraikan musim Hari Raya kali ini dengan kempen 'Raya Togetherness'. Sehingga 24 April, pengunjung boleh menikmati pelbagai aktiviti dan promosi menarik yang mempamerkan keindahan budaya tradisional dalam konteks kontemporari.

Pavilion KL bekerjasama dengan Yayasan Tuanku Nur Zahirah menampilkan rumah warisan berusia 150 tahun yang berfungsi sebagai penghubung antara warisan budaya tradisional dan dunia moden dan ianya diubahsuai menjadi rumah warisan moden menerusi hiasan batik di bahagian luar rumah dan pemetaan unjuran di dalam rumah.

Centre Court juga dihiasi dengan panel kaca berwarna yang menakjubkan dengan corak geometri yang diilhamkan dari seni bina Islam yang mencipta latar belakang Rumah Warisan tersebut.  Para pengunjung turut dijemput menyelami warisan dengan demonstrasi seni tradisional seperti seni khat, pembuatan barang kemas, batik canting, ukiran kayu, tenunan dan songket.

Untuk orang ramai melakukan persiapan menyambut kedatangan Syawal, anda semua boleh mengunjungi 'Raya Togetherness Marketplace', yang menampilkan koleksi rekaan eksklusif daripada pereka-pereka tempatan seperti Jovian, Captain Batik, serta Pandora. Pengunjung juga dijemput mencuci mata di Artisan Malaysia Raya 2023 Pop-up di Tokyo Street Event Hall, Aras 6 dan melihat lebih dekat pelbagai hasil kraftangan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Turut dianjurkan ialah persembahan penuh kemeriahan Gema Aidilfitri Bersama Taylor’s International School KL, The Rhythm of Eid with Clap and Tap Orchestra, dan Togetherness Cultural Dance oleh Suktra Terengganu.

Bertempat di Crystal Fountain yang ikonik di pusat beli-belah itu, Coach turut menganjurkan pemasangan 'Bespoke Raya' yang pertama di Asia Tenggara, dengan bulan sabit, bintang dan tanglung yang bercahaya.

Pengunjung juga bakal mendapat ganjaran iaitu paket Raya eksklusif dan baucar Buka Puasa RM20 secara percuma. Pemegang kad Maybank bakal menerima set cawan dan piring Maxwell Williams percuma dengan RM1,000 dibelanjakan dalam satu resit, serta set kaca seni barok dengan setiap RM2,000 yang dibelanjakan.

Lebih menarik lagi, bagi meraikan ulang tahun ke-15 Pavilion KL, pengunjung yang membelanjakan RM8,000 akan mendapat baucar RM500 dalam pemberian khas selama sebulan dari 15 April hingga 15 Mei.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti dan promosi ‘Raya Togetherness’, layari pavilion-kl.com atau semak kemas kini nyata melalui Facebook, Instagram, atau hubungi Concierge Pavilion KL di 03 2118 8833.

Da Men USJ

Da Men USJ menceriakan suasana musim perayaan tahun ini dengan ‘Rentak Irama Raya’, meraikan sambutan Aidilfitri dengan mempamerkan budaya tradisional Melayu menerusi persembahan muzik yang pasti menghiburkan seperti gamelan berirama dan dikir barat yang rancak.

Mulai 29 Mac hingga 21 Mei, jom sama-sama memeriahkan sambutan perayaan ini yang bertujuan menyatupadukan komuniti Subang dan pada masa yang sama memupuk dan memelihara keindahan tradisi dan budaya Melayu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dekorasi dan hiasan pusat beli-belah untuk tahun ini menciduk inspirasi daripada kegamatan suasana kampung yang meriah dengan alat-alat muzik tradisional Melayu, berlatarbelakangkan taman tropika yang subur menghijau diiringi bunyi alam semula jadi yang menenangkan. Hiasan ini pasti menjadi latar belakang yang sempurna kepada pengunjung untuk merakam gambar OOTD Raya mereka.

Untuk menyemarakkan suasana perayaan, Da Men USJ akan mempersembahkan 'The Longest Doodle In A Mall.’ Kerjasama Rentak Irama Raya dan Peace.Love.Design ini adalah aktiviti yang sesuai untuk seisi keluarga! Dengan kerjasama INTI College Subang Jaya, pengunjung boleh menyerlahkan sisi kreativiti mereka dengan lukisan bertemakan Malaysia pada 15 April mulai jam 11 pagi dan seterusnya.

Bagi menambahkan kemeriahan sambutan Syawal kali ini, VR Drumming akan menampilkan persembahan gamelan dan dikir barat secara eksklusif pada 1, 8 dan 15 April jam 2 petang, manakala Global Art menganjurkan Bengkel Seni dan Kraf Raya pada 8 dan 15 April.

Ingin cabar keupayaan dan kemahiran anda? Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Pertandingan Kompang yang paling dinanti-nantikan, dianjurkan oleh VR Drumming Academy, yang berlangsung pada 14 Mei dari jam 11 pagi dan seterusnya.

Pertandingan ini terbuka kepada orang ramai dan menjanjikan persembahan bakat yang tidak boleh anda lepaskan. Dan jika anda seorang penggemar makanan, pastikan anda menyertai Pertandingan Makan Nasi Lemak yang turut sama diadakan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk maklumat lanjut tentang acara ini, pastikan anda menyemak halaman media sosial kami. Jangan tunggu lama-lama – jom sertai kami dan penuhi hari anda dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan dan pasti mengujakan!

Para pembeli belah juga boleh hadir ke 'Bazar Raya Rentak Irama' di pusat membeli-belah untuk membeli semua barangan keperluan Raya mereka, daripada hamper hadiah, hiasan rumah dan makanan daripada para vendor dan penjual tempatan pada hujung minggu.

Dan jangan lupa: pengunjung juga akan diberi ganjaran apabila mereka berbelanja di Da Men USJ! Dengan setiap RM50 yang dibelanjakan dalam satu resit di seluruh pusat beli-belah, mereka akan menerima satu set paket Raya eksklusif, dan dengan setiap RM280 yang dibelanjakan di seluruh pusat membeli-belah (RM380 dengan resit Jaya Grocer), mereka akan menerima beg tote atau baucar beli-belah yang eksklusif.

Untuk maklumat lanjut tentang senarai aktiviti ‘Rentak Irama Raya’, layari damen-mall.com atau semak kemas kini nyata melalui Facebook, Instagram, atau hubungi Khidmat Pelanggan di 03 8021 0222.

Intermark Mall

‘Weaving Raya’ oleh Intermark Mall ialah sambutan meraikan warisan budaya Malaysia dan penghormatan kepada salah satu bentuk seni tradisional tertua di Malaysia. Pembeli boleh menyaksikan kecantikan anyaman dan kemeriahan Aidilfitri dengan persembahan tradisional dan aktiviti kebudayaan sehingga 30 April. 

Berganding bahu dengan Puan Asmah Binti Ismail, seorang penganyam yang terkenal, Intermark Mall menganjurkan pameran eksklusif yang menampilkan ciptaan Puan Asmah yang nyata kompleks, mewakili warisan budaya dan tradisi seni kaya tenunan Malaysia.

Pengunjung boleh mengagumi malah melihat reka bentuknya yang menakjubkan dengan lebih dekat, termasuk corak bunga yang rumit malah mengambil masa ratusan jam untuk disiapkan.

Selain itu, Intermark Mall bekerjasama dengan Taylor’s International School Kuala Lumpur untuk menganyam 1,000 ketupat, tujuan mengumpul dana untuk rumah anak yatim.

Ketupat adalah lambang perpaduan dan kesyukuran dan biasanya digantung sebagai hiasan di sekitar rumah di Malaysia. Intermark Mall juga akan menyediakan bengkel menganyam ketupat percuma pada 31 Mac, 8, 14 April dan 20 April jam 12 tengah hari khas bagi pengunjung mendapatkan pengalaman untuk mempelajari seni kraf yang indah ini.

Ketupat yang dianyam dalam tempoh ini akan diletakkan di lobi tingkat bawah sebagai hiasan, dan pembeli juga boleh membelinya dalam usaha menyokong inisiatif itu, di mana hasil pembelian tersebut akan disalurkan ke dana derma pusat beli-belah.

Selain itu, pengunjung boleh berhibur sambil menyaksikan persembahan tradisional seperti gamelan, kompang dan tarian tradisional Melayu pada 24 dan 30 Mac, 5 dan 13 April pada jam 1 tengah hari, di samping menyelami keindahan muzik dan tarian tradisional Melayu.

Pengunjung yang membelanjakan RM300 dan ke atas dalam satu resit boleh menebus set paket Raya edisi terhad, manakala mereka yang membelanjakan RM900 dan ke atas dalam satu resit boleh menebus bakul rotan hiasan dan set paket Raya edisi terhad.

Setiap minggu, tiga pembeli belah terbanyak akan menerima hidangan berbuka puasa percuma untuk dua orang di Makan Kitchen DoubleTree KL, dan 10 pembeli belah terbanyak masing-masing akan dihadiahkan sebotol minyak wangi 50ml La vie est belle Flowers of Happiness daripada LANCOME!

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti dan promosi ‘Weaving Raya’, layari intermark-mall.com, atau semak kemas kini nyata melalui Facebook, Instagram, atau hubungi Khidmat Pelanggan di 03 2166 8170.