Isteri Dikunci Luar Bilik! Dek Rimas Asyik Asyik Mahu 'Bersama' Suami!

Isteri mana yang tidak suka bersama suami kan? Seronoknya apabila berkahwin, apabila ingin bersama bila-bila pun boleh. Tapi kena beringat juga, setiap perhubungan ada batasnya tau. Walaupun suami isteri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Isteri mana yang tidak suka bersama suami kan? Seronoknya apabila berkahwin, apabila ingin bersama bila-bila pun boleh. Tapi kena beringat juga, setiap perhubungan ada batasnya tau, bimbang pasangan naik rimas, walaupun suami isteri.

Tapi dalam kes dilema si suami ini, isterinya tidak memberi ruang langsung untuk dia bernafas. Malah si isteri mahu “bersama” ketika suami sedang sibuk untuk mengulangkaji peperiksaan penting! Susah juga ya dapat isteri tidak memahami ini! 

Walhal isteri sepatutnya memberi sokongan waktu-waktu penting begini. Apa yang si suami ini runsingkan dia rasa cukup bersalah kerana terpaksa mengunci isterinya di luar bilik. Tapi apakan daya dia terpaksa!

Isteri mahu bersama setiap hari bikin suami rimas

Ceritanya bermula apabila si suami ini perlu mengulangkaji pelajarannya setiap malam untuk menghadapi peperiksaan penting (Ujian Bar).

“Selalunya saya menunggu sehingga selepas makan malam untuk mula mengulangkaji, dalam pukul 9-10 malam. Dan saya akan mula berkerja dalam pukul 1 hingga 3 pagi, ikutlah berapa banyak kerja dapat disiapkan. Isteri saya selalunya akan masuk tidur dalam pukul 11 malam, dan waktu itulah dia suka untuk bermesra dengan saya, jadi dia akan menemani saya ketika bekerja.”

Walaubagaimanapun, niat si isteri adalah lebih dari sekadar menemani. “Saya tidak kisah pada mulanya, tapi apabila setiap malam dia cuba untuk memeluk saya dan menggoda saya untuk hubungan seks, ia mula menganggu jadual kerja saya.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Foto: Shutterstock

Suami mengajak isteri berbincang, tapi..

“Saya menjelaskan kepada dia untuk tidak lagi berbuat demikian kerana sukar bagi saya seorang lelaki menolak kemahuan yang sebegitu. Lantas dia mengerti dan berjanji untuk tidak buat lagi. Tapi tidak, setiap malam dia masih menggoda saya! Saya sudah ketinggalan jauh dalam jadual saya, dan sekali lagi saya meminta dia untuk tidak berbuat begitu jika mahu menemani saya bekerja. Dia berjanji tapi keesokan hari masih melakukannya.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mengunci isteri di luar bilik

Disebabkan perbincangan yang tidak mendatangkan hasil, lalu si suami pun naik rimas dan mengambil keputusan drastik untuk mengunci isterinya di luar bilik kerja. “Apabila dia cuba untuk memasuki bilik tersebut seperti biasa, dia mendapati bilik itu terkunci, lantas dia merayu untuk saya membukanya namun saya ingkar. Kami bercakap selama 45 minit melalui pintu dan akhirnya dia berlalu pergi sambil menangis.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Serba salah namun suami terpaksa

“Saya rasa seperti orang yang paling teruk di dalam dunia kerana buat isteri saya bersedih, tapi saya tidak ada cara lain. Dia cakap dia faham keadaan saya dan tidak akan buat benda yang sama, tapi dia mungkir janji. Saya tidak boleh bertahan lagi untuk bulan-bulan yang akan datang. Jadi jika dia tidak boleh kawal keadaan maka saya harus mengunci dia di luar bilik.”

Perbuatan suami dapat reaksi positif

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kisah si suami ini mendapat respon yang positif daripada netizen, ramai yang tidak setuju dengan tindakan isteri tapi ada juga yang membuat kesimpula kemungkinan besar isterinya sedang mengandung. Jadi hormonlah yang dipersalahkan! 

Tapi apa-apa pun, batasan itu perlu untuk hubungan yang sihat. Si isteri patut tahu batasnya dan tidak patut memaksa dalam melakukan hubungan intim. Tiada siapa pun patut berasa tertekan dalam situasi untuk bersama bukan? walaupun dalam hubungan yang ‘halal’. 

Sumber: CafeMom

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Isteri Memang Tak Tahan Digoda Pada 4 Waktu Ini

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan