Wanita ini terpaksa "menebalkan muka" kerana bersanding seorang diri tanpa suami!

Ikuti kisah pengantin perempuan yang cekal menebalkan mukanya ini apabila beliau terpaksa bersanding seorang diri tanpa suami di sisinya. Fuh!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bersanding seorang diri tanpa suami

Sungguh cekal dan tabah wanita ini. Beliau sanggup bersanding seorang diri tanpa suami, di majlis bertandang Ahad lepas. Semuanya gara-gara encik suami tidak mendapat kelulusan bercuti dan menghadiri majlis perkahwinan sendiri!

Badriyah Amirullah, 26 tahun tidak menyangka yang beliau akan bersanding seorang diri pada majlis tersebut. Dengan lengkap berbaju pengantin, Badriyah menebalkan mukanya berjalan ke meja beradap tanpa suami.

Ketika dihubungi untuk menerangkan bagaimana insiden bersanding seorang diri ini terjadi, Badriyah memberitahu yang mereka sudah berkahwin sejak 18 November tahun lepas.  

Majlis perkahwinan pertama yang dilakukan di sebelah pihak perempuan telah berlangsung di Kampung Melayu Majidee, Johor. Namun majlis untuk pihak lelaki pula dijadualkan 4 bulan seterusnya kerana ingin mengumpul lebih ramai adik beradik yang datang dari Terengganu, Kedah dan Perak.

Kredit: NST

Bersanding seorang diri kerana suami tak lulus cuti

Sepanjang perancangan itu, cuti si suami, Mohamad Syaiful Izwan Mohamad Shah, 26 tahun telah diluluskan. Suaminya itu sedang menjalani latihan untuk menjadi pegawai bomba di Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Mulanya, suami saya diberi cuti selama 3 hari. Dia sepatutnya kembali bertugas pada hari Isnin (19 Mac). Jadi kami ingat tiada masalah untuk meneruskan perancangan kami.”

Tapi sehari sebelum majlis berlangsung, mereka digemparkan dengan berita cuti si suami tidak diluluskan. Malah, suami Badriyah juga perlu menyelesaikan latihan beliau sebelum ditugaskan. 

Apabila Badriyah menerima berita itu, air matanya laju keguguran. Beliau dipujuk oleh keluarga mentua beliau sendiri. 

“Tanpa keluarga mentua saya, pasti saya tak dapat meneruskan persandingan ini,” ujar Badriyah. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sehari sebelum majlis bersanding tersebut, Badriyah menegaskan yang beliau tidak mahu memakai pakaian pengantin yang telah ditempah. Namun si suami memujuk beliau dengan mengatakan “awak kan pengantin yang dirai. Lagipun, ada banyak saudara mara yang datang.”

Berkat pujukan suaminya itu, Badriyah menguatkan diri.

Bersanding seorang diri tanpa suami, Badriyah menguatkan diri!

Ketika majlis berlangsung di Mini Arena Square, Balai Chenderong, ramai yang tertanya-tanya di mana pengantin lelaki ketika pengantin perempuan tiba.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Nasib baiklah pengacara majlis segera mengumumkan yang Syaiful tidak dapat hadir ke majlis perkahwinannya sendiri.

“Saya menguatkan diri untuk berarak ke meja makan beradap. Hanya Allah yang tahu apa saya rasa ketika itu!”

Ya Allah, kuatnya wanita yang bersanding seorang diri ini. Walaupun dicekam rasa malu, Badriyah mencekalkan dirinya dengan menganggap sebagai menantu perempuan sulung buat keluarga mentua, beliau harus menyelesaikan majlis yang telah diatur ini. 

Walaubagaimanapun, Badriyah dan keluarganya meminta agar netizen tidak menyalahkan pihak Jabatan Bomba dan Keselamatan kerana tidak “meluluskan” cuti suaminya. Beliau menerima percaturan ini dengan reda.

Cabaran berjauhan dengan suami

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kes dan cabaran berjauhan dengan suami bukanlah perkara asing di Malaysia. Rata-rata pasangan pengantin di sini masih dibelengu masalah hubungan jarak jauh di antara pasangan.

Ada yang disebabkan faktor pekerjaan dan sebagainya. Bagaimana kita sebagai suami isteri harus menjalani cabaran seperti ini? Mari tengok apa tips yang kami sediakan pada anda seperti di bawah:

  1. Jangan ingat kehidupan anda akan jadi seperti suami isteri biasa. Dengan kemajuan sekarang, memang hubungan jarak jauh boleh terjadi. Namun, teknologi sekarang pun banyak membantu!
  2. Tetapkan peraturan. Walaupun berjauhan, jangan lupa yang kalian sudah berkahwin. Peraturan yang ditetapkan harus dipatuhi untuk mengelak kes curang dalam perkahwinan pula.
  3. Kekal berhubung. Jangan jadikan alasan berjauhan untuk tidak berhubung. Ada whatsApps, Skype, Facetime dan sebagainya. Hubungi pasangan anda!
  4. Hargai benda-benda kecil. Bila berjauhan, rasa sunyi itu memang tidak asing. Tapi jangan lupa, cabaran ini masih boleh dilalui. Cuba hargai benda-benda kecil. Contohnya mungkin menghantar kejutan pada pasangan atau sebagainya.
  5. Setia. Tiada siapa patut mengingatkan hal ini, kan? Lagipun anda sudah berkahwin!
  6. Bersedia untuk menghadapi cemburu. Rasa cemburu itu pasti ada bila kita mengetahui yang pasangan mungkin keluar berseronok dan sebagainya. Tapi jangan tepis rasa itu. Selesaikan ia dengan cepat. Berterus terang dengan pasangan.

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

Sumber rujukan dan kredit gambar: New Straits Times, Live About

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comphone-sex-suami-isteri-berjauhan/

Penulis

Ayu Idris