Tak Selamat Bersetubuh Di Awal Kehamilan? Ia Antara 4 Mitos Yang Salah!

undefined

Tak berani nak lakukan hubungan seks ketika hamil hingga sanggup menahan "perasaan" itu selama sembilan bulan. Persoalannya adakah ia benar boleh mendatangkan bahaya atau sebenarnya mitos?

Seringkali kita dengar wanita dilarang bersetubuh ketika awal kehamilan kerana dibimbangi berlakunya komplikasi terhadap janin. Terutama jika itu kehamilan pertama yang dinanti-nantikan. 

Apabila mitos dilarang bersetubuh ketika awal kehamilan ini berlegar-legar dalam fikiran, tentunya ibu hamil rasa bimbang untuk bersetubuh selama sembilan bulan itu. 

Persoalannya di sini, benarkan ia boleh membahayakan janin? Untuk itu, kami berikan sedikit pendedahan yang lebih terperinci berkaitan isu tersebut. 

Mitos wanita dilarang bersetubuh ketika awal kehamilan 

Atas sebab ramai ibu hamil ragu-ragu untuk bersetubuh ketika awal kehamilan kerana mengetahui risiko yang tidak tahu asal kesahihannya, ramai isteri mengelak dari melakukan persetubuhan dengan suami.

Tapi tahukah anda, itu semuanya satu mitos semata-mata? Ya, ia tidak benar!

Mitos #1. Hubungan kelamin boleh menyebabkan keguguran 

bersetubuh ketika awal kehamilan, hubungan seks, hubungan seks suami isteri, hubungan kelamin, hubungan kelamin suami isteri, hubugan seksual ibu hamil, hubungan seks ibu ketika hamil, ibu hamil buat seks, seks ketika hamil, seks ketika mengandung

Kredit : Bonobology.com

Sekiranya anda tidak pernah ada masalah semasa mengandung sebelum ini seperti melahirkan bayi pramatang, pendarahan di awal kehamilan, rahim lemah, kehamilan kembar dan sebagainya, maka tiada larangan untuk berhubungan seks kerana ia tidak boleh mendatangkan risiko keguguran pada anda.

Namun sekiranya tidak yakin, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu bagi mengelak sebarang permasalahan di kemudian hari. 

Mitos #2. Hubungan seks boleh menyebabkan bayi sakit atau cedera 

Persoalan di atas adalah tidak tepat dan hanya mitos semata-mata kerana bayi dalam kandungan dilindungi oleh cecair ketuban.

Namun, diingatkan untuk melakukan seks yang lebih selesa dan perlahan supaya ibu lebih rasai keasyikannya. 

Mitos #3. Orgasme meningkatkan risiko keguguran 

bersetubuh ketika awal kehamilan, hubungan seks, hubungan seks suami isteri, hubungan kelamin, hubungan kelamin suami isteri, hubugan seksual ibu hamil, hubungan seks ibu ketika hamil, ibu hamil buat seks, seks ketika hamil, seks ketika mengandung

Kredit: Parents Magazine

Ia adalah mitos semata-mata hanya untuk menakutkan ibu hamil kerana jika doktor mengatakan kandungan anda sihat, maka orgasme tidak menyebabkan keguguran berlaku atau bayi lahir pramatang.

Apapun, rujuk doktor terlebih dahulu tentang kondisi kandungan anda. 

Mitos #4. Kelebihan melakukan seks ketika awal kehamilan

  • Bantu menghilangkan tekanan dan stres 

Hubungan seks dipercayai meningkatkan hormon endorfin pada wanita iaitu hormon bahagia yang dapat mengendalikan stres dan gangguan emosi.

  • Mengeratkan hubungan suami isteri 

Beberapa pasangan merasakan isterinya semakin menawan ketika mengandung sekaligus mengeratkan hubungan suami isteri itu. 

  • Meningkatkan kekuatan jantung dan oksigen 

Ketika hubungan seks dilakukan, tubuh akan menghasilkan hormon adrenalin yang dapat meningkatkan kekuatan jantung dan oksigen ke seluruh tubuh hingga ke janin dalam kandungan.

Namun begitu, jika dalam melakukan hubungan seksual keluarnya darah, perut kejang atau rasa sakit di bawah abdomen, sebaiknya anda terus berjumpa doktor supaya tiada hal serius yang berlaku. Semoga artikel ini bermanfaat. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comhubungan-kelamin-suami-isteri/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!