Mmr vaksin apa sebenarnya? Menurut pakar bayi dan kanak-kanak, Dr Lim dari Hospital Pakar SALAM Senawang, vaksin MMR adalah vaksin wajib dalam program imunisasi kebangsaan yang membantu melindungi Measles (demam campak), Mumps (beguk) dan Rubella (risiko kepada anak jika ibu mengandung dijangkiti Rubella).
Vaksin mmr umur berapa adalah sebaiknya ibu ayah mendapatkan dua dos yang lengkap iaitu ketika bayi umur 9 bulan dan 12 bulan kerana ia mempunyai keberkesanan yang agak tinggi sehingga 95% – 99%.
Vaksin MMR untuk apa
MMR vaksin ini walau bagaimanapun, adalah berbeza berbanding dengan vaksin yang lain.
Jenis vaksin MMR mengandungi 3 jenis virus hidup yang telah dilemahkan (live-attenuated) manakala vaksin-vaksin yang lain kebanyakkannya adalah vaksin dengan virus atau bakteria yang mati ataupun mengandungi unsur kuman tersebut untuk merangsang sistem pertahanan badan menghasilkan antibodi yang berkekalan.
Kesan vaksin MMR
Disebabkan oleh kelainan pada jenis vaksin MMR ini, terdapat beberapa kesan vaksin MMR khas yang doktor dan ibu ayah perlu ambil tahu.
Kesan vaksin MMR adalah:
#1. Ada kanak-kanak tidak dapat atau perlu tangguhkan MMR vaksin
Jenis vaksin MMR tidak sesuai untuk pesakit dengan sistem pertahanan yang rendah seperti pesakit kanser, pesakit AIDS (jangkitan HIV dengan serius), penyakit genetik dengan masalah sistem pertahanan badan. Kuman hidup tersebut boleh menjangkit mereka dan badan tidak dapat mengahsilkan antibodi yang secukupnya.
Bagi kanak-kanak yang menerima ubat yang melemahkan sistem pertahanan badan seperti ubat steroid dengan dos yang tinggi (dilewatkan 3 bulan selepas dos terakhir) ataupun suntikan serum immunoglobulin (biasanya untuk rawatan kuning bayi yang tinggi ataupun penyakit Kawasaki untuk bayi – bagi dos rendah dilewatkan 3 bulan dan dos tinggi pula 11 bulan).
#2. Demam dan risiko ruam lebih tinggi
Kesan vaksin MMR yang seterusnya adalah demam tinggi (lebih 39 darjah Celcius). Ia biasanya berlaku lewat sedikit antara 5 hingga 12 hari selepas suntikan dalam 5 hingga 15% kanak-kanak. Ia akan baik dalam 1-3 hari.
Selain itu kesan vaksin MMR yang lain adalah ruam kemerahan terutamanya pada bahagian badan akan berlaku pada 5%.
Kebanyakannya surut dalam 2-3 hari. Ia disebabkan oleh kandungan virus Measles (campak) yang memberi kesan pada badan tetapi ia tidak akan menjangkit orang lain.
Sekiranya kesan vaksin MMR seperti demam dan ruam tidak surut ataupun anak tidak sihat serta mempunyai demam sawan, dapatkan pemeriksaan doktor atau pakar kanak-kanak.
Untuk vaksin yang lain pula, demam biasanya berlaku pada hari pertama dan ruam badan lebih jarang berlaku.
#3. Elakkan dua vaksin kuman hidup diberikan dalam tempoh 28 hari
Vaksin dengan kuman hidup perlu diberi dengan jurang masa sekurang-kurangnya 28 hari ataupun diberikan pada masa yang sama di belah badan yang berlainan.
Selain vaksin MMR, Vaksin Varicella (cacar air), Rotavirus dan BCG (diberi semasa lahir untuk cegah batuk kering) juga adalah vaksin dengan kuman hidup.
Pemberian MMR dengan vaksin yang lain (bukan kuman hidup seperti vaksin pneumococcal atau influenza suntikan) pada masa yang sama ataupun dalam masa 28 hari adalah dibenarkan.
Ia akan mengurangkan keberkesanan vaksin kerana sistem pertahanan badan tidak dapat menghasilkan antibodi yang secukupnya dengan optimum jika 2 jenis vaksin kuman hidup diberikan dalam tempoh yang singkat.
#4. Vaksin MMR untuk apa, cara pemberian yang berlainan
Vaksin MMR untuk apa biasanya diberikan secara subcutaneous (suntikan mencondong ke dalam lemak bawah kulit) dan bukan ke dalam otot (intramuscular) dengan pengecualian beberapa jenis jenama vaksin tertentu untuk mengurangkan kesakitan dan supaya respons sistem pertahanan badan dapat dilakukan dengan lebih stabil dalam tempoh yang lebih lama.
Walau bagaimanapun, anak atidak perlu mengambil vaksin semula jika diberi terus ke dalam otot (intramuscular) kerana ia mempunyai keberkesanannya adalah sama.
- Mengikut kajian yang terkini, kanak-kanak yang mempunyai alahan terhadap TELUR adalah SELAMAT untuk diberi suntikan MMR.
- Tetapi untuk kanak-kanak yang mempunyai alahan dengan GELATIN, antibiotik NEOMYCIN ataupun ALAHAN SERIUS dengan dos MMR sebelum ini, mereka tidak digalakkan untuk diberi vaksin ini dan perlu dibincang dengan pakar kanak-kanak dahulu.
- Vaksin MMR mempunyai perbezaanya yang tersendiri yang setiap ibu bapa harus faham.
Ingat, terdapat segelintir kanak-kanak yang kurang bernasib baik untuk menerima jenis vaksin MMR ini yang memerlukan bantuan semua bagi mendapatkan “Herd Immunity” untuk melindungi mereka.
Harga vaksin MMR bayi
Harga vaksin MMR bayi adalah berbeza mengikut klinik swasta yang menyediakannya. Namun anggaran harga vaksin MMR bayi ini adalah serendah RM80 untuk satu dos.
Jika untuk dua dos, harga vaksin MMR bayi mungkin mencecah sehingga RM200. Justeru hubungi klinik berhampiran anda terlebih dahulu bagi mengetahuinya.
Pengalaman vaksin mmr bayi
Seorang ibu, Qaseh Dahlia telah berkongsikan pengalamannya mendapatkan vaksin mmr bayi ketika usianya 9 bulan ketika beberapa tahun yang lalu.
Assalamualaikum semua parents ~ hari ni saya nak share pasal vaksin MMR. Kepada anti vaksin jangan kecam, sebab saya memilih vaksin, semoga anak-anak kita semua di jauhi dengan penyakit yang merbahaya. Amin.
Lepastu nurse terangkan lah, sekarang wabak penyakit campak ramai yang dah kena sebelum umur setahun, jadi Vaksin MMR di percepatkan pada usia 9 bulan untuk dos yang pertama, dan nanti 1 dos lagi pada umur setahun, so aku angguk faham je la sebab mereka lebih arif .. dan ada google memang jadual suntikan imunisasi sudah berubah di Klinik Kesihatan , so alhamdulillah setakat ni Rayyan ok je, takde tanda-tanda demam dan sewaktu dengannya lepas suntikan MMR.
Kenapa kena ambil suntikan vaksin MMR? Sebenarnya, Vaksin MMR ni melindungi anak-anak kita dari penyakit berjangkit Measles, Mumps dan Rubella.
Bahayanya penyakit Maisles boleh menjangkiti organ-organ dalaman seperti paru-paru dan lain-lain dan boleh mengakibatkan kematian, mumps pulak bengkak kalenjar dan demam, berisiko mengjangkiti testis dan pankreas anak-anak, dan rubella akan menimbulkan bintik-bintik merah yang akan sembuh dalam seminggu dua tapi berbahaya juga, haaa gituuu .. so baik la anak menangis masa kena cucuk dari kita yang menangis tengok anak-anak sakit.
Alhamdulillah, kita hanya berusaha dan segalanya atas izin Allah, masa Rayyan kena cucuk, aku tak boleh pegang dia, bukan sebab kesian sangat ke apa, tapi Rayyan punya strong tu Umi pun boleh tercampak haha , kuat betul tendangan dia , dan akhirnya anak teruna Umi menangis jugak, huwaaa masa dia nangis tu memang kesian la kan , tapi sekejap je haa , lepas siap tu helok pulak! ngado sangat anak Umi ni.. setakat ni semua perkembangan dia normal, berat pun makin naik, checkup 8 bulan 8.6 kg 74 cm, 9 bulan 9.1 kg dah , tinggi pun naik 1cm dah jadi 75cm!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia.
Baca juga: 6 Sebab Kenapa Ada Ibu Bapa Sengaja Pilih Untuk Tidak Beri Anak Vaksin
Baca juga: Senarai Vaksin Bayi Yang WAJIB & Tambahan, Ibu Ayah Perlu Ambil Tahu!
Baca juga: Nak Vaksin Anak Ke Tak? Doktor Tampil Perjelaskan INFO Sebenar Ibu Ayah Perlu Tahu
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!