Ada banyak sebab yang sering diutarakan oleh ibu bapa yang anti vaksin. Contohnya, keraguan status halal, kerisauan tentang mendapat vaksin tiruan, atau termasuklah rasa ragu-ragu tentang manfaat vaksin itu sendiri.
Walaupun tidak pernah di luahkan secara terang-terangan, Oki Setiana Dewi sering dikaitkan dengan anti vaksin dan anti pil kontraseptif.
Semasa umur bayi Maryam masih 5, 6 bulan, Oki dikurniakan dengan anak kedua bernama Khadijah. Baru-baru ini, kedua-dua anaknya telah dimasukkan ke hospital kerana menghidap demam campak.
Pada mulanya, Maryam terkena demam panas sehingga 5 hari. Kemudian, adiknya pula mengalami simptom yang sama. Kedua-dua anak ini telah disahkan mengalami demam campak.
Dia ada berkongsi gambar dua orang anaknya yang sakit di akaun Instagramnya.
https://www.instagram.com/p/BUyPJKnj-89/
https://www.instagram.com/p/BU-Qo_dFZCO/
Sakitnya dua orang anak Oki Setiana Dewi ini telah mendapat perhatian daripada netizen di Indonesia.
Terutamanya apabila Doktor Piprim Basarah Yanuarso berkongsi pendapatnya di laman Facebook beliau.
https://www.facebook.com/piprim.basarahyanuarso.5/posts/1475474882504556
Sikap anti vaksin telah dikatakan menjadi penyebab berlakunya jangkitan demam campak kepada kedua-dua anak kepada pasangan Oki dan Ori Vitrio ini.
Bukan itu sahaja, Doktor Piprim juga telah menceritakan kisah yang berlaku di zaman sahabat Nabi Muhammad tentang hal mengelak daripada jangkitan wabak Taun.
https://www.facebook.com/piprim.basarahyanuarso.5/posts/1475612385824139
Status Facebook ini memberi jawapan bahawa dalam agama Islam juga, adanya kisah tentang ikhtiar untuk mengelakkan daripada berlakunya musibah. Terutamanya, jika musibah itu berkaitan dengan penyakit.
Tetapi, ada juga pengikut yang memberi reaksi dingin kepada status Doktor Piprim.
Pengikut Gunawan Mujur berkata:
Ibu bapa bersedih kalau anaknya sakit. Jadi, tolong jangan dihebahkan lagi. Berbalik kepada isu vaksin. Masih ada juga anak kecil yang sudah divaksin yang terkena demam campak. Daripada doktor bersedih, baik doakan dia sahaja. Semoga jadi perhatian buat pengikut yang lain juga. Jangan jatuh ke lubang yang sama. Tidak mengambil vaksin itu adalah hak ibu bapa. Yang penting, mereka tahu sebab kenapa mereka melakukannya.
Komen Gunawan ini telah dibalas dengan jawapan yang imunisasi adalah hak asasi manusia yang perlu dipenuhi oleh ibu bapa.
Ia juga termaktub dalam undang-undang hak kanak-kanak, di mana mereka berhak untuk menerima perkhidmatan kesihatan yang terbaik untuk dirinya.
Ada juga komen dari Ummu Husain yang menyebut:
Vaksin itu tidak penting. Susu badan ibu sudah mencukupi sebagai sumber imun dari Allah. Masa zaman Nabi pun, hanya tahnik sahaja digunakan. Sembuhnya penyakit dari Allah…jangan syirikkan pemikiran kita.
Tahnik dianggap sebagai vaksin?
Perlu diketahui bahawa tahnik adalah kaedah yang dipercayai ramai sebagai teknik vaksin semasa zaman Nabi.
Caranya adalah si ayah akan mengemam sedikit kurma dan kurma yang telah dikunyah itu diletakkan di lelangit bayi.
Beberapa pengamal anti vaksin melaksanakan amalan ini sebagai alternatif kepada vaksin, di mana ianya dijamin halal dan diberkati sebagai sunnah Rasul.
Oleh kerana ramai pengikut anti vaksin yang mengambil dari konteks agama, Doktor Piprim membuat lagi satu status baru di Facebooknya:
Bagi mereka yang menolak ikhtiar vaksin dengan alasan sakit itu adalah Qadarullah (ketentuan Allah), jadi cukup sahajalah dengan bertawakal tanpa perlu ikhtiar vaksin. Jika ditakdirkan sakit, maka akan sakit juga.
Cuba juga begini. Bila mahu menyeberang jalan yang sesak, jangan toleh kiri kanan ya. Lintas sahaja, tidak mengapa. Kalau tidak ditakdirkan dilanggar, pasti selamat…
Anda perlu baca dulu bab tawakal ya. Kerana Rasulullah menyuruh kita mengikat unta terlebih dahulu sebelum bertawakal. Baginda nabi tidak pernah berkata supaya melepaskan untanya, tidak perlu diikat, jika tidak ditakdirkan hilang, pasti ia tidak akan hilang…
Jadi, kaedah Islam itu, ikhtiar dahulu semaksima mungkin…baru bertawakal sepenuh hati…
Isu halal vaksin
Berkenaan dengan isu halalnya vaksin, Imam Masjid Istiqlal, Prof. Dr. Nasharuddin Umar, telah menjamin kehalalan penggunaan vaksin di kalangan kanak-kanak.
Malah, vaksin juga termasuk di dalam jihad kerana fungsi utama jihad adalah untuk menghidupkan, dan bukannya membunuh. Anda boleh baca kenyataannya di sini.
Dengan apa yang berlaku kepada anak-anak Oki Setiana Dewi, diharap para ibu bapa sekalian dapat belajar tentang manfaat vaksin kepada kanak-kanak.
Kerana manfaat vaksin telah dibukti secara saintifik dan tahap halalnya telah disahkan oleh para ulama, jadi perdebatan di antara pro vaksin dan anti vaksin boleh dianggap sebagai perdebatan yang sia-sia.
Malah, wabak Difteria juga telah merebak gara-gara adanya ketua agama yang melarang vaksin sehinggakan sosialisasi imunisasi sangat sukar sekali dilakukan.
Sudah jelas bahawa terdapat banyak penyakit epidemik zaman dahulu yang telah berjaya ditangani sejak amalan imunisasi vaksin kepada kanak-kanak.
Kini, kedua-dua anak Oki Setiana Dewi telah sembuh. Harapnya, perkara ini boleh dijadikan iktibar buat kita semua.
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!