BERSETUBUH Ketika Hamil, Adakah Ia Berbahaya Kepada Ibu & Bayi? Ini Jawapan DOKTOR

Adakah anda pernah rasa risau untuk bersetubuh ketika hamil kerana risaukan berlakunya keguguran pada kandungan, baca dulu apa yang kami kongsikan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sepanjang kehamilan, antara perkara yang akan menjadi isu termasuklah bersetubuh ketika hamil. Topik ini menjadi isu yang sering dibincangkan.

Malah isu ini juga kadangkala menimbulkan pergaduhan antara suami isteri kerana isteri takut mahu bersetubuh ketika hamil, tetapi suami pula mahu keinginannya dilunaskan.

Jadi adakah berbahaya jika anda bersetubuh ketika hamil? Adakah ia akan memberi kesan kepada bayi dan kandungan anda serta kesihatan ibu hamil itu sendiri?

Bersetubuh ketika hamil, adakah ia berbahaya?

Kredit: pranagen

Topik hubungan kelamin semasa hamil jarang dibincangkan secara terbuka kerana masyarakat kita masih terikat dengan sifat malu sehingga melabelkan isu ini sebagai cerita 18SX atau rahsia ‘dalam kelambu’.

Malah, ramai wanita hamil yang segan untuk bertanya doktor secara berterus terang walaupun mereka mempunyai kemusykilan mengenai perkara ini.

Bagi Pakar Obstetrik dan Ginekologi Hospital Pusrawi Kuala Lumpur, Dr Daud Yahya, sifat malu sebegini seharusnya dibuang jauh kerana pengetahuan pelbagai perkara mengenai kehamilan termasuk soal hubungan di tempat tidur perlu dititikberatkan.

Katanya, masyarakat perlu lebih terbuka kerana membicarakan hubungan seks bukan perkara yang jelik atau lucah, apatah lagi jika ia berkaitan kesihatan.

Dalam konteks hubungan kelamin semasa hamil, ia tidak boleh diambil ringan oleh pasangan suami isteri terutama bagi ibu yang pernah mengalami masalah sepanjang kehamilan.

Bersetubuh ketika hamil boleh bawa kesan buruk jika…

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: pronatal.cz

Menurut Dr Daud, walaupun kajian saintifik membuktikan hubungan seksual tidak membawa sebarang kemudaratan sama ada kepada ibu atau janin, dalam keadaan tertentu ia berkemungkinan boleh menimbulkan implikasi buruk.

Ada bertanya, adakah hubungan kelamin boleh menyebabkan kecederaan atau jangkitan kuman kepada bayi yang dikandung? Jawapannya tidak, jika ibu dan bayi berada dalam keadaan normal. Ini kerana janin dalam rahim dilindungi oleh mukus tebal yang menutupi serviks.

Kantung amnion dan otot uterus yang kuat turut melindungi bayi. Malah, semasa hubungan berlangsung, alat kelamin lelaki tidak akan menjangkau lebih dari vagina.

Oleh itu, jika ibu dan janin dalam keadaan sihat, aktiviti seks boleh dinikmati seperti biasa sepanjang kehamilan. Tidak ada istilah ‘berpantang’ sama ada pada awal mahupun akhir kehamilan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bolehkah bersetubuh di awal kehamilan sebabkan keguguran?

Kredit: kurio.id

Ada yang kata di awal kehamilan tidak boleh bersetubuh kerana ia boleh sebabkan keguguran, tetapi jawapan doktor ini ia tidak menyebabkan keguguran jika kehamilannya normal. 

Katanya, walaupun air mani yang mengandungi prostaglandin boleh menyebabkan kekejangan dan rahim mengecut semasa klimaks, namun ia tidak akan menyebabkan keguguran. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun, beliau menegaskan, aktiviti hubungan kelamin perlu diberi perhatian jika ibu mengalami beberapa gejala sepanjang kehamilan.

Jika ibu mempunyai sejarah keguguran atau kelahiran pramatang, dia perlu berhati-hati kerana risiko untuk berulang adalah lebih mudah.

Biasanya, keadaan ini berlaku kerana ibu memiliki rahim yang lemah. Oleh itu sebarang aktiviti seksual yang memerlukan pergerakan lasak boleh mengundang padah.

Jadi, seelok-eloknya, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum meneruskan aktiviti seksual ketika atau bersetubuh ketika hamil terutama di awal kehamilan.

Berhenti jika ada pendarahan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut doktor ini, pasangan dinasihatkan supaya segera menghentikan hubungan seksual dan mendapatkan nasihat doktor jika berlaku pendarahan semasa aktiviti berkenaan kerana dikhuatiri boleh mengakibatkan keguguran.

Di samping itu, hubungan kelamin turut mendatangkan risiko berlakunya pendarahan jika uri berada pada kedudukan di bawah sehingga menutup sebahagian atau seluruh laluan kelahiran.

Hubungan intim juga dilarang apabila ibu mengalami pecah ketuban kerana boleh menyebabkan berlakunya jangkitan kuman kepada janin.

Bagi ibu yang pertama kali hamil, disarankan agar sentiasa mendapat pandangan doktor termasuk soal hubungan kelamin sepanjang kehamilan bagi mengelak sebarang kemudaratan. 

Jadi ibu-ibu, jika anda dan suami mahu bersetubuh ketika hamil, cuba praktikkan apa yang dikongsikan oleh doktor ini untuk pastikan kehamilan yang selamat dan dilindungi

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: hmetro

Baca juga: 6 cara anda boleh bersetubuh dengan pasangan walaupun lepas penat teruk

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar