Tak Puas Hati Dapat Hadiah BMW, Lelaki Ini Selamba Campak Kereta Itu Dalam Sungai!

Sebagai manusia kita seharusnya bersyukur dengan apa yang ada supaya nikmat yang diperolehi itu lebih bermakna terutama ia pemberian dari yang tersayang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Biasanya orang kalau diberi hadiah pasti bersyukur dengan apa yang ada, kan? terutama pemberian itu diberikan oleh ibu bapa, isteri atau suami. Betul tak?

Ini kerana kita akan rasa sangat dihargai oleh orang sekeliling bila sesuatu pemberian itu cukup bermakna atau pendek kata mahal harganya.

Namun lain pula dengan kisah ini apabila seorang anak tidak tahu bersyukur apabila sanggup membuang kereta BMW M3 yang dihadiahkan oleh ibu bapanya sempena ulang tahu kelahirannya dek kerana tak puas hati! Aduhai, macam-macam ya perangai orang sekarang!

Pemuda tersebut dikatakan tidak berpuas hati dengan kereta BMW yang diberikan itu dan inginkan kereta yang harganya lebih mahal seperti kereta JAGUAR!

Anak tidak tahu bersyukur dengan apa yang ada

Sebelum itu, penulis nak tanya kalau anda dihadiahkan oleh ibu bapa sebuah kereta mewah pada hari ulang tahun kelahiran, apakah perasaan waktu itu? tentulah jawapannya gembira, bersyukur dan teruja, kan? Tapi tidak bagi
lelaki ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini kerana, dia melakukan sebaliknya dengan membuang kereta BMW M3 itu ke dalam sungai.

Setelah klip video itu tular di laman sosial Facebook, rata-rata pengguna FB mengecam tindakan lelaki itu yang seolah tidak tahu bersyukur dengan apa yang ada.

Difahamkan, harga sebuah kereta mewah itu dianggarkan kira-kira RM 206,167 manakala Jaguar adalah lebih mahal mencecah RM 294,521.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaubagaimanapun, perkongsian ini bukanlah untuk mengeji tindakan pemuda ini tapi jadikan ia sebagai teladan untuk kita semua agar tidak melakukan perbuatan yang serupa.

Semoga pemuda ini insaf dan berubah suatu hari nanti. Serta memohon maaf kepada kedua ibu bapanya.

Cara bersyukur dalam Islam

#1. Selalu mengingati Allah dalam hati

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Langkah pertama untuk bersyukur adalah dengan sentiasa memuji Allah di dalam hatinya. Ini kerana, kita harus sedar Allah yang menciptakan segalanya sama ada alam semesta yang indah, udara yang kita hirup, makanan yang baik, tumbuhan-tumbuhan, haiwan dan orang yang kita sayang.

#2. Jauh dari penyakit hati

Penyakit hati busuk boleh menyebabkan seseorang itu kufur nikmat hingga memicu rosaknya iman. Malah ia boleh membuatkan seseorang itu timbul hasad dengki, takabur, riya’, ujub dan sebagainya.

Sebab itu sebagai orang Islam kita digalakkan membaca Al-quran dan melakukan amalan soleh yang lain supaya hati bersih dan murni.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Jangan selalu memandang ke atas

Cara bersyukur yang seterusnya adalah dengan bersikap ikhlas dengan orang sekeliling. Maknanya di sini, jangan selalu iri hati atau busuk hati dengan orang lain.

Selain itu, jangan memuji orang yang lebih kaya, berpangkat dan memiliki harta sahaja. Tapi lihat juga mereka yang miskin dan lebih memerlukan pertolongan kita. 

#4. Sentiasa tersenyum

“Senyum manismu dihadapan saudaramu adalah shadaqah” (HR. Tirmidzi)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Maksudnya di sini, anda perlu sentiasa senyum kepada orang lain tidak kira apa sahaja masalah melanda diri anda sama ada senyuman dilanda musibah, senyuman marah dan sebagainya.

Ini kerana dengan senyuman dapat membuatkan orang lain menjadi lebih tenang dan gembira.

Namun, bagi Allah SWT, senyuman itu adalah sedekah paling ringan.

Jadi cubalah untuk selalu tersenyum!

#5. Memberi ilmu yang kita ada

Rasulullah SAW – “Sebaik-baiknya manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain” (HR. Thabrani dan Daruquthni)

Apabila kita memiliki ilmu yang tinggi kita seharusnya memberi pengetahuan itu kepada orang lain. Salah satunya adalah menjadi pendidik.

Namun jika tidak menjadi guru sekalipun anda tetap boleh mendidik anak-anak di rumah kerana ia juga adalah satu ganjaran pahala yang sangat bernilai bagi ibu bapa.

***********

Apa pandangan anda tentang insiden di atas? Kalau ada sebarang komen dan pandangan boleh kongsikan dengan kami di bawah. Diharap kejadian ini tidak berulang pada orang lain. 

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Team Netizen, Tarbiyah Kita 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.commanfaat-bersyukur