Tahukah ibu bahawa anak lelaki yang rapat dengan ibu dari mereka kecil lagi dapat membentuk personaliti diri dan persepsi diri mereka atau ‘self image’ yang cukup baik? Sangat beruntung ya bagi anak lelaki dan ibu yang rapat sejak kecil, ada baiknya.
Menurut perkongsian Doktor Redza Zainol, pakar pediatrik kanak-kanak, beruntung ibu yang rapat dengan anak lelaki sejak kecil. Kenapa?
Jawapan Doktor Redza adalah yang pertama, apabila si ibu menjadi teman rapat pada anak lelaki, ia sebenarnya sedang membantu anak itu membentuk persepsi dirinya atau ‘self image’ yang baik. Jelasnya, apabila seorang anak lelaki itu mempunyai persepsi diri yang baik tentang dirinya, dia akan menjadi lebih yakin dan selesa untuk menjadi dirinya.
Doktor Redza juga mencadangkan untuk ibu menunjukkan perasaan bangga ibu terhadap setiap ciptaan atau hasil kerjanya. Sebagai contoh apabila ibu meraikannya tatkala membantu di dapur, ia akan sekaligus mengajar erti untuk saling membantu di antara ahli keluarga, dan membentuk seorang anak lelaki yang turut bekerja di dalam rumah. Ibu juga dinasihatkan untuk kerap memuji rupa paras anak lelaki.
Selain itu, kelebihan apabila anak lelaki rapat dengan ibu adalah mereka akan belajar tentang kasih sayang dan kelembutan ketika bergaul dengan mereka dari jantina yang berbeza. Dengan cara ini, anak lelaki akan lebih tahu akan cara kasih sayang dan berlemah lembut dengan wanita, tidak kira siapa pun.
Anak lelaki juga memerlukan sedikit bantuan dari segi mempersiapkan kerja sekolahnya dan kerja di rumah. Apa yang ibu boleh ajar mereka adalah yang mana kerja yang banyak boleh disiapkan berperingkat sehingga ia selesai.
Ibu yang rapat dengan anak lelaki juga beruntung kerana mereka akan belajar cara mengurus masa dan dan menetapkan prioriti dari ibunya. Ibu adalah dinasihatkan untuk bantu mereka menetapkan matlamat jangka masa pendek atau panjang yang realistik.
Tambah Doktor Redza lagi, ibu yang rapat dengan anak lelaki juga ada bagusnya dari segi dapat membantu mereka untuk jadi lebih peka dengan keadaan sekeliling. Ini termasuklah untuk peka dengan keadaan emosi orang di sekeliling dan perubahan di sekitar rumah. Dengan cara ini, ia lebih mudah untuk melatih anak lelaki menjadi lebih empati dengan ahli keluarga yang lain.
Bahkan, ibu juga dinasihatkan untuk meneruskan usaha untuk memahami anak lelaki. Di dalam kekurangan yang ada pada anak lelaki, carilah kebaikan dan kelebihan di dalam dirinya. Kunci kepada keyakinan anak lelaki yang sedang membesar itu terletak pada ibunya.
Semoga artikel dan perkongsian ini bermanfaat.
Instagram Klinik Hijraa Kuantan Doktor Redza Zainol
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 16 Tanda Mengandung Anak Lelaki Yang Mudah Dikenal Pasti!
Baca juga: Senarai Nama Anak Lelaki Islam Huruf A Hingga L Yang Modern & Popular Tahun Ini
Baca juga: Parents, anda harus BERHENTI sebut 5 perkara ini pada anak lelaki anda!