Ibu Kena Tahu Pilih Berus Gigi Baby Yang Sesuai, Barulah Anak Tak Ngelat Nak Gosok Gigi!

undefined

Kalau bayi belum ada gigi, jangan ingat kita tak perlu amalkan penjagaan gusi anak. Nak bagi si manja terbiasa dengan penjagaan gigi, ada caranya ya!

Ibu ayah tahu tak yang penjagaan gigi si manja boleh bermula sebelum bayi tumbuh gigi pertama lagi? Selain menggunakan berus gigi baby, gusi si manja boleh dibersih dan digosok dengan kain lembut untuk merangsang pertumbuhan gigi pertama.

Antara umur 6-8 bulan, sesetengah bayi akan tumbuh gigi pertamanya. Jadi ibu ayah perlu tahu adalah penting untuk menjaga gigi bayi dari awal.

Tabiat penjagaan gigi yang baik boleh mencegah atau mengurangkan kerosakan gigi pada bayi dan kanak-kanak. 

Berus Gigi Baby Jenama MAM, Rangkaian Penjagaan Gigi Bagi Setiap Peringkat Umur Anak!

produk bayi

MAM merupakan jenama produk barangan bayi yang mengutamakan keselamatan produk yang menggabungkan reka bentuk dan fungsi untuk menyokong perkembangan bayi.

Team theAsianparent berpeluang untuk mencuba satu set penjagaan gigi jenama MAM yang sesuai digunakan buat si manja, dan kami amat gembira untuk berkongsikan reviewnya dengan pembaca!

Membersihkan gigi boleh bermula sebaik sahaja gigi pertama bayi keluar melalui gusi. Gunakan kain lap yang bersih, pad kain kasa atau berus dengan jari untuk perlahan-lahan mengelap gigi pertama dan bahagian depan lidah, sama ada selepas makan dan pada waktu tidur.

produk mam

Untuk ini, MAM menyediakan Oral Care Rabbit yang diperbuat dari kain fiber bebas BPA yang lembut untuk digunakan pada gusi bayi yang lembut dan sensitif.

Reka bentuk arnab comel mesti membuatkan si manja teruja malah cara menggunakannya juga mudah, hanya urut dengan jari pada bahagian gusi bayi.

Memandangkan si manja saya sudah mempunyai beberapa batang gigi, saya menggunakan berus gigi baby training with safety shield untuk membantu dia memberus giginya.

Berus gigi ini bertujuan untuk melatih si manja, jadi pemegangnya lebih panjang, muat untuk orang dewasa memegang dan mengawalnya sebelum bayi pandai pegang sendiri.

penjagaan gigi anak

Yang menariknya tentang berus gigi ini, ia disediakan dalam 3 peringkat usia dan perkembangan bayi. Pemegang berus gigi baby ini mempunyai satu penghadang yang bertujuan untuk menghalang anak terjolok mulut dengan berus gigi apabila memegang sendiri.

Bukan mudah ya untuk saya cuba berus gigi anak sebab si manja saya sudah mula tertarik dengan warna pink terang tu, jadi dia asyik nak cuba buat sendiri. Nasib baik ada penghadang keselamatan!

review produk bayi

Bolehkah Bayi Guna Ubat Gigi?

Buat pengetahuan ibu ayah, bayi boleh menggunakan ubat gigi berfluorida asalkan ia tidak banyak. Kalau si manja menelan sedikit ubat gigi, ia adalah dibolehkan, selagi kuantiti yang diletak pada berus hanya sedikit sahaja atau sebesar saiz beras.

Ibu ayah boleh kurangkan risiko anak tertelan ubat gigi dengan menundukkan kepala si manja semasa memberus supaya ubat gigi lebihan boleh jatuh dalam sinki.

Jom tengok 3 jenis berus gigi baby keluaran MAM ini, agar ibu ayah boleh dapatkan sebelum si manja tumbuh gigi!

Massaging Brush: Urutan Gusi dan Mencuci Gigi Pertama Bayimam1

  • Sesuai untuk 3 bulan ke atas
  • Bebas BPA
  • Permukaan yang berbeza membolehkan bayi memilih dari tekstur berlainan untuk menenangkan gusi sensitif

Training Brush: Belajar Memberus Gigi Bersama-samamam2

  • Sesuai untuk 6 bulan ke atas
  • Bebas BPA
  • Pemegang tambahan untuk bayi dan ibu bapa pegang bersama-sama
  • Ibu bapa boleh membimbing bayi melalui gerakan memberus yang betul
  • Kepala bulat sesuai untuk masuk ke dalam mulut bayi
  • Bulu merah menunjukkan jumlah ubat gigi yang sesuai untuk digunakan
  • Bulu-bulu yang lembut untuk bersihkan gigi pertama serta mengeluarkan plak dan bakteria

Berus Pertama: Saya dah boleh berus gigi sendiri!mam

  • Sesuai untuk 6 bulan ke atas
  • Bebas BPA
  • Pemegang kecil dan padat, sesuai dan muat untuk saiz tangan si manja yang comel!
  • Kanak-kanak belajar mengurut gigi dengan sendiri dari awal
  • Kepala bulat sesuai untuk masuk ke dalam mulut bayi
  • Bulu merah menunjukkan jumlah ubat gigi yang sesuai untuk digunakan
  • Bulu-bulu yang lembut untuk bersihkan gigi pertama serta mengeluarkan plak dan bakteria

Bestkan rangkaian produk dari MAM ni? Anak pun mesti teruja nak berus gigi selalu, sampaikan kena sorok berus gigi pula.

anak tumbuh gigi

Bagi anak yang baru mula menggunakan berus gigi, ibu ayah perlu bantu untuk menggosok gigi si manja sehingga dia boleh memegang sendiri berus gigi ini ya.

Ajar anak untuk meludah lebihan ubat gigi dan membiasakan diri untuk berus gigi selepas makan, selepas bangun tidur dan sebelum tidur.

Kalau ada sebarang kelainan pada gigi seperti gigi berlubang, ada bintik hitam atau coklat, bengkak gusi dan sebagainya sila rujuk doktor dengan segera.

Menang Baucar Penjagaan Gigi Bernilai RM50!

Ibu Kena Tahu Pilih Berus Gigi Baby Yang Sesuai, Barulah Anak Tak Ngelat Nak Gosok Gigi!

Kepada ibu-ibu, anda kini berpeluang untuk memenangi hadiah istimewa daripada MAM. 10 pemenang bertuah akan mendapat baucar penjagaan gigi bernilai RM50! Apa yang anda perlu lakukan hanya like dan follow laman Instagram theAsianparent Malaysialike dan follow laman Instagram MAM, muat naik gambar anak anda dengan senyuman paling ceria di Photobooth dengan hashtag  #tApxMAM dan isi borang pertandingan lengkap.

*tertakluk pada terma dan syarat

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.Ibu Kena Tahu Pilih Berus Gigi Baby Yang Sesuai, Barulah Anak Tak Ngelat Nak Gosok Gigi!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Umur Berapa Bayi Tumbuh Gigi? Ini Jadual Lengkap Pertumbuhan Gigi Bayi

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!