Bagaimana Ingin Besarkan Anak Tunggal Yang Gembira dan Bahagia?

Anak tunggal sering dikaitkan dengan kesunyian, mementingkan diri dan manja. Sedangkan mereka lebih dari itu! Ibu bapa jangan terpedaya. Tak salah besarkan anak tunggal, asalkan kena dengan gaya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekarang, memiliki anak tunggal bukanlah satu fenomena asing. Saya sendiri adalah seorang anak tunggal. Saya akui, anak tunggal sering dikaitkan dengan kesunyian, sifat mementingkan diri sendiri dan manja.

Ya saya manja. Saya manja dengan kawan baik saya sebab mereka ibarat “kakak” kepada saya yang tiada adik beradik. Kesunyian? Saya tak pernah kesunyian! Saya ada ramai kawan-kawan dan buku!

Jadi anak tunggal seronok sebab kami boleh buat apa saja! Mementingkan diri sendiri? Rasanya anak tunggallah yang paling bersifat adil. Mereka faham “adil” bermaksud bertolak ansur untuk mencapai kata sepakat bagi kedua-dua pihak. Mereka sudah biasa sendirian. Jadi bila ada yang ingin “berkongsi”, ia perlu adil. 

Tapi untuk membesarkan anak tunggal bukanlah mudah. Sebab itu saya telah menyertakan panduan dari pelbagai kajian pakar untuk mendedahkan bagaimana ibu bapa boleh membesarkan anak tunggal yang gembira lagi bahagia. 

Jom baca apa panduan ini kata!

Seorang anak, lebih kasih sayang

Menurut pakar psikologi, jika anda hanya memiliki seorang anak, anda boleh memberikan sepenuh perhatian padanya! Lagipun, dengan keadaan ekonomi sekarang, anda pasti risau bukan? Bagaimana jika apa yang kita beri tak mencukupi untuk mereka?

Dengan anak tunggal, anda tak payah susah hati lagi! Kasih sayang dan perhatian sepenuhnya adalah apa yang mereka perlukan. Percayalah – anda juga akan lebih rapat dengan mereka. Mak saya tahu semua rahsia saya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tiada adik beradik? Anak tunggal akan membesar dengan lebih yakin!

Banyak kes menunjukkan kanak-kanak dengan adik beradik akan mengalami kesan negatif akibat persaingan antara adik beradik. Hal ini boleh menyebabkan mereka membesar dengan kurang keyakinan.

Tapi dengan anak seorang ini, mereka akan membesar dengan penuh yakin. Mereka juga lebih berdikari. Hasilnya, mereka akan menjadi seorang yang terdorong untuk berjaya.

Mereka lebih berdikari

Anak tunggal cenderung bersifat taat, tidak sabar dan berdikari. Tapi mereka “perlu masa dan ruang untuk bebas melakukan apa saja“.

Jadi sebagai seorang ibu bapa kepada anak tunggal, jangan bebankan mereka. Ya, mereka seorang saja anak yang anda ada. Mereka mungkin patut jadi doktor, peguam, pemenang Olimpik atau sebagainya. Tapi jangan terpedaya! Itu semua ilusi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak tunggal telah lama berjaya. Mereka berdikari sejak dari kecil. Mereka cari hobi. lagu, artis kegemaran dan belajar dengan sendiri. 

Saya suka pepatah ini – “Your little guy may not be the next Elvis, but he might be the next Einstein”.

Galakkan hubungan dari luar rumah

Masyarakat yang sering menganggap anak tunggal kesunyian mungkin ada betulnya. Tapi mak saya besarkan saya dengan sempurna hingga saya tak sunyi langsung! Bagaimana? Begini caranya…

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Galakkan hubungan daripada luar rumah. Contohnya, saya ada seorang rakan baik (jiran)  yang sangat rapat. Mak akan menggalakkan saya bermain dalam kumpulan seawal usia 3 atau 4 tahun. Pastikan rumah juga selesa untuk membawa kawan dan teman permainan!

Mereka lebih berdedikasi dan cepat kecewa dengan diri sendiri

Inilah satu-satunya sifat anak tunggal yang pelik… Mereka begitu berdedikasi hingga bila mereka gagal mencapai sasaran, mereka amat kecewa dengan diri sendiri!

Tapi ibu bapa boleh mengatasi masalah ini. Pertama – jangan biar mereka terlibat dalam percakapan negatif seperti “Saya tahu saya tak bagus! Saya tahu ia akan terjadi pada saya!“. 

Sebaliknya, bantu mereka memahami situasi kegagalan itu dengan lebih realistik. 

Menurut Dr Kevin Leman, pengarang buku The Birth Order: Why You Are the Way You Are. jangan beri terlalu banyak tekanan pada mereka. Mereka harus bijak berdikari dan bebas menjadi siapa diri mereka.

Apa yang penting dalam membesarkan anak tunggal yang gembira dan bahagia adalah dengan memahami personaliti mereka. Biarpun ia pelik lagi aneh! Selamat berjaya semua ibu bapa di luar sana! Jangan peduli kata-kata orang. Hidup ini bukan atas ihsan orang lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selamat berjaya semua ibu bapa di luar sana! Jangan peduli kata-kata orang. Hidup ini bukan atas ihsan orang lain.

 

Sumber rujukan: Parents dan Times of India

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Ayu Idris