SANGGUP Suntik Bibir 17 Kali, Wanita Barbie Ini Obses Dapatkan Bibir Paling Besar!

Wanita mampu melakukan apa sahaja untuk mendapatkan bibir cantik. Adakah anda sanggup membuat suntikan bibir atau lebih selesa menggunakan petua semulajadi?

Memiliki bentuk bibir cantik dan mungil menjadi idaman setiap wanita. Malah ada yang sanggup membelanjakan lebih banyak wang hanya semata-mata mendapatkan rawatan bibir.

Begitulah kisah yang menjadi tular di media sosial apabila seorang wanita dari negara Bulgaria yang begitu obses untuk menjadi seorang gadis Barbie.

Andrea Ivanova yang baru berusia 22 tahun nekad melakukan suntikan filler bibir 17 kali bagi menambah ketebalan saiz bibirnya sehingga empat kali ganda dari saiz asalnya.

Sejak dari kecil, dirinya sangat mengimpikan untuk menjadi wanita yang paling cantik dan seksi.

Perubahan ini sekaligus telah berjaya menjadikan dia sebagai gadis berbibir paling besar di dunia.

Biarpun masih bergelar seorang pelajar, dia turut berkongsikan bahawa dia membelanjakan kos rawatan bibir sekitar RM722 bagi setiap suntikan filler bibir berasaskan Hyaluronic acid.

Pada bulan September yang lalu, gadis itu mengambil sebanyak 15 suntikan dan mengakui dirinya amat berpuas hati dengan saiz bibir yang diperolehnya.

Tidak hirau kecaman, ingin teruskan rawatan bibir cantik

Kredit foto: Cantik Tempo

‘’Saya telah pergi ke setiap klinik untuk bertanyakan prosedur estetik di Sofia (bandar di Bulgaria) dan saya juga membuat keputusan untuk menyuntik hampir kesemuanya ke bibir saya,’’ kongsinya.

Wanita yang begitu obses terhadap kecantikan ini juga tidak menolak untuk menjalankan banyak lagi prosedur bagi menjadikan asetnya itu lebih besar.

Andrea turut bercadang melakukan dua rawatan lagi sebelum hujung tahun ini.

“Saya suka dengan bibir saya sekarang. Berbibir besar menjadikan saya lebih cantik berbanding wanita lain.’’ katanya.

Setakat ini, dia telah memiliki 15 000 pengikut di Instagram. Namun, setiap kali dirinya memuat naik gambarnya dengan perubahan yang baru telah mengundang pelbagai kecaman hebat terutamanya dari kaum wanita.

Dia yang tidak menghiraukan pandangan netizen dan walaupun duit simpanannya hampir habis kerana rawatan membesarkan bibir ini, Andrea tetap ingin meneruskan hasratnya untuk rawatan yang seterusnya.

Kerana puas dengan hasilnya, dia juga masih ingin suntik filler hingga menjadi pemilik bibir terbesar di dunia.

Sehingga kini, dia mencuba melakukan survey di sejumlah klinik estetika untuk melakukan sedikit perubahan pada wajahnya.

‘’Saya merasakan rupa yang sekarang adalah lebih cantik dan seksi. Trend memiliki bibir yang tebal dan besar adalah perkara biasa di Bulgaria,’’ kata Andrea.

Tambahnya lagi, dia mengakui dirinya adalah wanita yang cukup unik kerana beberapa orang menyenangi penampilannya dengan bibir yang besar.

Cacian dan pandangan orang lain langsung tidak menganggu dirinya kerana dia mengatakan dia hanya ingin memuaskan dirinya untuk mencapai keinginan diri untuk tampil lebih cantik.

‘’Di Bulgaria, banyak wanita suka melakukan suntikan filler. Bagi perubahan ini, saya tidak kelihatan seperti mereka dan saya juga tidak meniru sesiapa,’’ jelasnya.

Mengenai suntikan filler untuk bibir 

Kredit foto: Cantika

Suntikan dermal filler atau dipanggil filler bertujuan untuk mendapatkan wajah dan bentuk tubuh idaman.

Dermal filler  merupakan bahan sintetik yang disuntik ke dalam lapisan dermis untuk memberi sokongan dalam lapisan tersebut.

Penggunaan bahan ini adalah meluas dalam bidang kosmetik kerana ia melibatkan prosedur kurang invasif.

Tidak hanya tertumpu pada pipi, dagu, hidung dan bibir untuk dibentuk, filler juga disuntik pada anggota tubuh yang lain seperti payudara dan pinggul.

Cara mudah bagi mendapatkan bibir seksi

Kebelakangan ini ramai menginginkan bibir cantik seperti Kylie Jenner yang kelihatan besar dan penuh ‘juicy’. Adakah anda salah seorang daripada mereka?

Berikut beberapa cara bagi mendapatkan bibir besar secara semulajadi:

#1. Berus bibir

Kredit foto: Wanista

Langkah yang paling mudah untu mendapatkan bibir yang menawan adalah dengan memberus bibir secara lembut menggunakan berus gigi.

Buang sel-sel kulit mati bukan sahaja meningkatkan penampilan keseluruhan bibir malah ianya membuatkan bibir kelihatan lebih licin dan merah jambu, ia juga akan merangsang aliran darah ke kawasan itu.

#2. Senaman bibir

Jangan tidak tahu, senaman bukan sahaja melibatkan anggota badan, tetapi juga ada senaman khas untuk bibir.

Senaman bibir boleh membuatkan saiz bibir lebih besar dalam kira-kira empat minggu. Anda mesti terus mengulangi latihan, jadikannya sebahagian daripada rutin sehari-hari dan tidak lama lagi anda akan melihat hasilnya.

#3. Campuran gula perang

Menggunakan gula adalah cara yang baik untuk melembapkan bibir anda dan ianya akan menggelupas pada masa yang sama.

Untuk membuat campuran, anda perlu mencampur  gula perang dengan sedikit madu atau minyak kelapa dengan kuantiti hanya cukup untuk membuat gula melekat bersama ke kulit bibir.

Kemudian ambil tuala kecil, perlahan-lahan gosokkan bibir anda dengan campuran tersebut. Semakin lama anda sapu, lebih banyak bibir akan menggelupas. Jadi berhati-hatilah!

#4. Pelembap bibir

Kesan pemakaian gincu jenis matte kebiasannya akan membuatkan kulit bibir anda menjadi kering dan kusam

Sentiasa lembapkan bibir selepas pengelupasan dengan unscented lip balm atau petroleum jelly untuk memulihkan kelembutan.

#5. Lip liner

Pakai gincu merah atau merah jambu dramatik serta-merta akan membuatkan bibir kelihatan penuh dan lebih menonjol. Oleskannya antara gincu dan lip liner bagi kesan lebih ketara.

Anda perlu mengelakkan dari memilih lip liner berwarna coklat.

Penggunaan lip liner dengan warna merah jambu atau merah memberikan impak untuk bibir kelihatan semula jadi.

#6. Lip-plumping gloss

Juga dikenali sebagai ‘lip venom’, produk ini mampu meningkatkan peredaran darah ke bibir dengan mengganggu kulit bibir sedikit.

Hasilnya, bibir akan kelihatan sedikit bengkak halus dan kemerahan, menjadikannya kelihatan penuh dan lebih gemuk.

Bengkak ini disebabkan oleh perengsa yang terkandung dalam gloss – cinnamon, ginger mint, wintergreen, capsicum.

Oleh itu, terdapat banyak cara yang paling mudah dan selamat untuk anda dapatkan bibir idaman. Rawatan bibir secara suntikan mungkin memberikan kesan cantik, namun ia perlu berpada-pada agar tidak memberikan kesan yang berpanjangan.

Sumber: Astro Awani, Wanista

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Baca juga: 

https://my.theasianparent.combibir-mungil