Hari Terakhir Untuk Anda Rebut 4.5 Juta Buku Di Big Bad Wolf KL, Memang Gempak Habis!

Ayuh parents, jom bawa anak-anak dapatkan buku di Big Bad Wolf KL!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak kira sama ada anda selalu datang atau pertama kali, tentunya anda tidak akan melepaskan peluang untuk berkunjung ke pameran buku terbesar Big Bad Wolf 2019 Malaysia ini yang pastinya menjanjikan yang terbaik.

Ini juga adalah masa yang tepat untuk ibu ayah membeli buku cerita untuk anak-anak. Dalam masa yang sama, ibu ayah juga boleh membeli bahan bacaan untuk diri sendiri tidak kiralah buku yang berilmiah, buku gaya hidup, novel, buku cerita seram, buku masakan, buku arkeologi dan banyak lagi yang ada di sini.

Pendek kata kalau datang, pasti balik dengan tangan penuh kiri kanan!

Apatah lagi ini merupakan tahun ke-10 Big Bad Wolf menganjurkan jualan dan pameran buku terbesar yang diadakan di The Mines, Kuala Lumpur selama 24 jam bermula pada 6 hingga 16 disember 2019. 

Bahkan sebanyak 4.5 juta buku dijual di sini dengan variasi 50,000 judul dan diskaun promosi diberikan antara 75% ke 95%. Tentunya ini adalah jualan buku yang menarik untuk anda seisi keluarga bersama rakan-rakan yang sangat cintakan buku.

Ha, sebelum itu apa kata anda baca tips menarik ini!

10 Tips Pergi Big Bad Wolf 2019 Malaysia

#1. Sertai aplikasi Wolf Pack

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pertama sekali, pengunjung boleh muat turun aplikasi the Wolf Pack di dalam telefon mudah alih masing-masing dan berpeluang rasai manfaat menjadi ahli, ganjaran dan tawaran.

Aplikasi ini telah dilancarkan bermula pada 28 November 2019 di mana setiap daripada anda boleh membuat pre-order terlebih dahulu supaya memudahkan membuat pilihan buku yang disukai.

#2. Rancang! rancang dan rancang!

Anda diberi masa selama 24 jam selama 11 hari untuk berkunjung ke jualan buku terbesar ini. Kalau tak nak serabut dengan trafik, anda boleh datang ke sini pada jam 3 pagi dan ke atas.

Pada masa tersebut, anda lebih puas berjalan dan menyelinap di setiap inci kawasan pameran dan jualan dengan mencari buku yang dikehendaki. Apatah lagi, banyak kemudahan disediakan sekaligus mudahlah untuk anda  shopping buku!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Sebelum datang, pastikan anda sihat dan kuat

Kenapa kami cakap macam tu? Sebab bayangkan ada 50,000 judul dan 4.5 juta buku yang ada di sini. Percayalah anda akan pusing di setiap tempat. Jadi pastikan anda sihat dan memakai kasut yang sesuai.

#4. Divide and conquer

Ada banyak kejutan dan aktiviti menarik di sini sempena ulang tahun ke-10 Big Bad Wolf dianjurkan di Malaysia jadi jangan lepaskan peluang anda untuk berkunjung ke setiap seksyen buku.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Pilih buku untuk orang yang kurang bernasib baik

Dalam pada anda teruja memilih buku kesukaan, jangan lupa untuk pilih juga beberapa buku untuk diberikan kepada mereka yang kurang bernasib baik. Anda boleh berbuat demikian di Red Readerhood yang ada di jualan tersebut.

#6. Dapatkan some magic untuk diri sendiri!

Salah satu yang diberi highlight untuk promosi kali ini adalah buku Augmented Reality yang lebih dikenali dengan nama the Magical Books.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Buku ini dicipta bagi mewujudkan interaksi dan pengalaman yang baru kepada kanak-kanak seterusnya dapat melihat buku ini seperti bernyawa. Sebelum itu setiap pemilik buku perlu download Hippo Magic App.

Jadi ayuh cepat download sekarang dan dapatkan 17 judul buku untuk anak anda! Nak lagi best untuk setiap ahli boleh enjoy pembelian 5 buku percuma 1 pada judul yang telah dipilih.

#7. Menang "lifetime supply of books"

Wah bestnya! anda juga berpeluang menang pemberian buku seumur hidup jika berkunjung ke Big Bad Wolf 2019 Malaysia ini dengan menyertai peraduan yang disediakan.

Mana tahu anda bertuah boleh menang besar! Apapun pastikan anda mengikuti Big Bad Wolf ini di halaman sosial media seperti Facebook dan Instagram.

#8. Luas pengetahuan dan berfikiran terbuka

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini juga adalah masanya untuk anda mencuba beberapa genre buku yang lain dan berbeza dengan genre yang biasa anda baca. Ini kerana ada penawaran harga yang sangat berbaloi dengan pembelian 10 buku percuma 1. Jadi rancang pembelian buku anda dengan baik dan menggembara kepada judul yang mencabar pengetahuan anda.

#9. Bawa keperluan diri

Seterusnya, jangan lupa bawa tisu basah, tisu kering, hand sanitizer dan sebagainya semasa datang ke sini, semuanya demi kepentingan dan keselesaan anda semasa  shopping buku.

Kalau rasa lapar jangan risau sebab ada disediakan beberapa pilihan snek ringan di ruangan seksyen F&B.

Walaubagaimanapun, minuman dan makanan luar tidak dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam kawasan jualan buku ini.

#10. Bawa beg anda sendiri!

Kalau boleh bawa beg plastik atau  shopping bag sendiri untuk memuatkan segala jenis buku yang anda nak pilih nanti. Pasti lebih berpuas hati!

Akhir kata selamat membeli buku untuk semua!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: