Ibu bapa sekalian, bersarapan adalah amat penting untuk membekalkan kembali tenaga selepas tidur yang enak pada waktu malam. Walau bagaimanapun, masih ramai yang menganggap sarapan menyusahkan lalu tidak mengamalkan amalan bersarapan kerana tergesa-gesa pada waktu pagi.
Ingat: sarapan adalah makanan yang paling penting kerana ia membekalkan khasiat dan tenaga yang diperlukan untuk memulakan hari anda.
Situasinya sama seperti pencubaan untuk menghidupkan kereta tanpa sebarang minyak. Sukar bukan? Hari yang dilalui tanpa mengambil sebarang pemakanan pada waktu pagi untuk melapik perut pasti memenatkan!
Jadi bagaimana ingin membekalkan khasiat yang diperlukan buat anda sekeluarga dan yang paling utama buat si manja, agar mereka lebih bertenaga untuk aktiviti harian mereka? Jawapannya mudah! Sarapan pagi yang sihat lagi berkhasiat, dan diperkaya dengan nutrien penting yang membekalkan tenaga.
Tentang Bijian Penuh
Sarapan pagi yang seimbang mesti mengandungi empat kumpulan makanan utama iaitu: buah-buahan dan sayur-sayuran, daging atau protein lain (seperti: tofu, telur, kacang serinding (lentil), kacang, makanan laut), produk tenusu, dan bijirin – terutamanya bijirin yang diperbuat daripada bijian penuh.
Roti sandwich putih dan nasi sentiasa menjadi pilihan umum, namun hakikatnya bijian penuh lebih kaya dengan pelbagai manfaat dan khasiat buat kesihatan.
Bijian penuh diperkaya dengan nutrien penting seperti serat, antioksidan, Vitamin B dan E, zat besi serta protein. Semua nutrien ini amat bermanfaat untuk minda dan badan si manja anda.
Satu pakej yang lengkap lagi bagus untuk kesihatan, bukan?
Memasukkan bijian penuh dalam diet anda sekeluarga: mula dengan sarapan pagi
Hidangkan semangkuk bijirin sarapan berasaskan bijian penuh, untuk memantapkan hari si manja anda. Mudah bukan? Sarapan pagi yang baik dapat meningkatkan fungsi otak, memori dan tumpuan si manja untuk mencapai prestasi yang lebih cemerlang di sekolah!
Selain itu, individu yang makan sarapan pagi umumnya memiliki kesihatan yang lebih baik, dengan diet yang lebih berkhasiat dan dapat mengekalkan tabiat pemakanan yang sihat pada masa akan datang.
Menurut kajian yang dijalankan oleh Harvard Public School of Health, pengambilan bijian penuh mampu mengurangkan risiko penyakit kronik seperti kanser, penyakit jantung dan diebetes Jenis 2.
Individu yang makan lebih bijian penuh juga akan dapat mengekalkan berat badan yang sihat. Tambahan lagi, mereka juga terbukti memiliki sistem penghadaman yang lebih baik.
Dengan kandungan serat makanan yang lebih tinggi dalam bijian penuh, si manja akan lebih kenyang dan tidak perlu makan sebarang snek lagi.
Walau bagaimanapun, kanak-kanak secara puratanya masih tidak mengikuti pengambilan bijian penuh seperti yang disyorkan. Hanya 6% daripada kanak-kanak di Singapura makan bijian penuh berpandukan saranan Amerika Syarikat iaitu sebanyak 48 gram sehari.
Cara memperkenalkan bijian penuh dalam hidangan si manja
Berikut adalah beberapa tip kreatif untuk menyediakan hidangan bijian penuh yang bukan sahaja mudah untuk disediakan, malah juga berkhasiat untuk si manja anda!
- Sediakan makanan seperti roti gandum atau biskut bijian penuh dan bijirin sarapan berasaskan bijian penuh sebagai bahan No. 1 kepada si manja sejak mereka kecil.
- Biar si manja anda pilih apa yang mereka mahu untuk sarapan: seperti pilihan bijirin sarapan dan topping (cth: pisang, yogurt, atau granola).
- Buat kanak-kanak yang semakin membesar tetapi masih tidak biasa dengan bijian penuh, cuba kenalkan bijian penuh dan khasiatnya secara perlahan-lahan.
- Guna makanan yang mengandungi bijian penuh ketika membakar biskut kegemaran si manja, seperti roti pisang, mufin gandum, atau bertih jagung!
- Biar si manja pilih jadual menu sarapannya seperti: Hari Isnin untuk yogurt buah-buahan, hari Selasa untuk bijirin sarapan dengan buah strawberi dan lain-lain
- Sediakan sarapan hujung minggu yang istimewa dengan wrap tortilla berasaskan bijian penuh atau snek bar bijirin buah-buahan!
Anda juga boleh tonton video di bawah untuk mempelajari bagaimana ingin memasukkan bijian penuh dalam diet si manja anda.
Untuk sarapan yang lebih sihat dan menggembirakan!