Adakah Si Kecil Anda Sudah Bersedia Untuk Lampin Seluar?

Bayi membesar dengan cepat dan pergerakan mereka akan menjadi semakin lincah. Jadi bagaimanakah anda boleh tahu bilakah masa yang sesuai untuk menukarnya ke lampin seluar? Anda boleh mengetahuinya dengan membaca artikel ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Aww, comel rasanya apabila melihat anak-anak kecil membesar. Setelah sekian lama berada di dalam rahim anda, kini mereka melalui peringkat tumbesaran yang berbeza dengan pantas!

Apabila si kecil anda mula aktif bergerak, dia akan menerokai seluruh rumah anda. Dia akan merangkak dari satu sudut ke satu sudut, belajar bertatih, dan mungkin juga memanjat kerusi, meja, katil, dan apa sahaja yang boleh dipanjat!

Pada masa inilah anda perlu memberikannya pakaian yang sesuai dengan gaya hidup si kecil yang serba aktif; anda perlu menukarnya ke lampin seluar, seperti Drypers Drypantz.

Jadi, bagaimanakah anda tahu sama ada si kecil mula memerlukan lampin seluar?

1. Mobiliti

Tiada apa yang selamat daripada tangan dan kakinya yang banyak bergerak itu! Akan ada tangan kecil yang dihulurkan untuk mengambil apa sahaja yang berada dalam capaian mereka.

Malah, waktu menukar lampin akan menjadi semakin sukar dengan bayi sentiasa memusing badannya. Mereka juga akan mencuba sebaik mungkin untuk merangkak atau bertatih ke apa sahaja yang menarik perhatian mereka.

Ia akan meletihkan, mengejar mereka ke sana sini di rumah, tetapi ia juga adalah satu fasa membesar yang menyeronokkan, anda pasti tidak mahu terlepas sedetik pun! Lihatlah betapa mudah untuk memakainya melalui video ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini adalah masa yang sesuai untuk memberikan si kecil anda lampin bayi yang dapat membantu menyokong pergerakannya yang semakin lincah, seperti Drypers Drypantz.

Seluar lampin Drypers Drypantz membantu menyelaraskan pergerakan anak tanpa menjejaskan keselesaannya, sambil membolehkan ibu ayah membuka dan menyarungkannya dengan mudah. (Dapatkan sampel percuma di sini)

2. Tabiat tidur

Ketika si kecil anda membesar, anda akan melihat perubahan pada tabiat tidur mereka. Anda sendiri akan mengalami kekurangan tidur akibat terpaksa berjaga malam (tetapi saat-saat ini akan berlalu, kami janji!).

Si kecil anda juga mungkin mengalami rutin tidur yang berbeza. Justeru itu, ibu ayah digalakkan untuk memupuk tabiat tidur  yang betul dengan menetapkan waktu tidur siang dan tidur malam untuk memahami pola tidur mereka.

Pemilihan lampin yang sesuai untuk kegunaan di waktu malam amatlah penting supaya waktu tidur si kecil tidak diganggu. Oleh itu, anda perlu mendapatkan lampin seluar yang mempunyai daya serapan yang tinggi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Drypers Drypants Triple Action Core berfungsi untuk menyerap, mengagih dan mencegah aliran balik dengan pantas.

Malah, ia mampu membantu mengekalkan kekeringan sehingga 10 jam, di mana tahap kekeringannya membolehkan bayi anda tidur sepanjang malam.

3. Tahap kemahiran

Apabila bayi anda mula menunjukkan perkembangan dari segi fizikal dan kemahiran motor, naik taraf permainan mereka untuk merangsangkan kemahiran fizikal yang melibatkan otot kecil dan koordinasi mata-dan-tangan.

Mereka boleh menggunakan ibu jari dan jari telunjuk mereka untuk mengangkat makanan dan mainan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pastikan bayi anda sentiasa selesa menerokai persekitarannya dengan memakaikan mereka lampin bayi yang sesuai. Contohnya seperti, lampin seluar Drypers Drypantz.

Drypers Drypantz dilengkapi dengan Teknologi SmartFit , yang membolehkan lampin seluar disesuaikan dengan bentuk dan pergerakan bayi anda.

Dengan padanan yang terunggul, mereka boleh kekal aktif dan meneroka sekeliling mereka dalam keadaan selesa.

4. Keterlibatan dalam aktiviti

Si kecil anda pasti akan lebih bertindak balas dengan bunyi, cahaya dan rangsangan luar kerana mereka sekarang sudah sedikit berusia.

Berlalulah sudah hari-hari di mana mereka tidur lena walaupun ketika dentuman bunga api dan ribut petir.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekarang, mereka lebih cenderung untuk bertindak balas dan memberi respon kepada persekitan mereka dengan ketawa atau bertepuk tangan atau melompat ke atas ke bawah dengan gembira.

Masa untuk lampin seluar sudah tiba!

Apabila anda melihat si kecil anda bergerak dengan kerap dan aktif, ia adalah masa untuk menukarnya ke lampin seluar.

Drypers Drypantz  bukan sahaja memberikan perlindungan yang kekal selesa kepada anak-anak kecil, malah memudahkan kerja ibu ayah.

Ia dilengkapi dengan Pita Lekat & Buang baru yang memudahkan pengendalian lampin terpakai tanpa meninggalkan sebarang kotoran.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa yang perlu anda lakukan adalah koyakkan cantuman di kedua-dua belah lampin kotor dengan menarik kedua-dua bahagian, gulung lampin, lekatkan dengan kuat Pita Lekat & Buang yang berada di belakang lampin sebelum melupuskannya dengan kemas.

Tiada apa yang lebih mudah daripada ini, kan ibu!

Jangan lupa untuk dapatkan sampel percuma anda di sini: Drypers

Penulis

Noor