Apa Nak Buat Bila "Kantoi" Anak Nampak Anda Berintiman?

Adakah anda telah menakutkan anak anda selama-lamanya? Sudah tentu tidak - tetapi, bergantung kepada umur anak anda, anda mungkin mempunyai beberapa penjelasan untuk dilakukan.

Tak semua ibu bapa pernah mengalami situasi ini. Tapi ada yang kurang bertuah bila kantoi anak nampak apa anda dan pasangan sedang lakukan. Jika anda salah seorang ibu bapa yang risau terkantoi anak-anak nampak anda sedang berasmara, jangan panik!

Ya, mungkin anda tidak sedar akan bunyi tapak kaki kecil sehingga ia terlambat.

Adakah anda telah menakutkan mereka buat selama-lamanya? Sudah tentu tidak! – tapi ia bergantung kepada umur anak anda. Dan… anda juga mungkin ada beberapa penjelasan untuk dibuat. Haha!

Saya percaya anda perlu menangani soalan-soalan atau kebimbangan ini bergantung kepada umur anak anda.

Tangani Soalan Anak-Anak Mengikut Usia

Berikut adalah beberapa pertimbangan untuk setiap kumpulan umur:

Kanak-kanak kecil

Sesetengah anak kecil tidak sedar tentang seks. Mereka menganggap ia satu perbuatan ganas yang menakutkan dan berniat untuk “mencederakan” ibu mereka.

Jelaskan yang anda dan pasangan sedang menjalani masa peribadi dan anda tidak mencederakan satu sama lain. 

Kanak-kanak pra-tadika

Kanak-kanak  pada usia ini ada rasa ingin tahu mengenai seks, tetapi pada masa yang sama, mereka tak mahu mengetahui tentang subjek itu.

Nasihat kami – cuba jelaskan dalam bahasa yang mudah. Kalau mereka tak mahu dengar, biarkan saja.

Anak belasan tahun

Pada usia ini, ramai anak-anak tahu apa yang sedang berlaku dan mereka mungkin akan membuat bunyi-bunyi yang jijik dan kuat jika mereka berjalan melalui bilik anda secara tidak sengaja. 

Remaja

Anak-anak yang lebih tua kadang-kadang geli hati apabila mereka rasa ibu bapa mereka sedang melakukan seks.

5 Benda Anda Harus Buat Jika Terkantoi Depan Anak-Anak

“Purata umur seorang kanak-kanak melihat bahan lucah adalah pada umur 10 tahun.” kata pendidik kesihatan seksual Amy Lang.

Jika anda memilih untuk bercakap tentang seks dengan anak-anak, bawa bertenang. Jangan mudah tewas pada emosi.

Ambil beberapa langkah penting untuk mengelak kejadian sama berulang: kunci pintu bilik tidur, ajar anak untuk mengetuk pintu, pasang muzik lembut ketika berintiman, dan sediakan jadual untuk “masa ibu dan bapa”.

Selain itu, anda juga boleh melakukan 5 perkara ini jika kalian terkantoi –

#1 Tarik selimut dan kawal keadaan

Naluri pertama anda bila kantoi anak nampak anda dalam keadaan intim adalah dengan menyelubungkan badan anda. Itu perbuatan yang betul, tapi jangan biarkan bahasa badan anda menghantar isyarat yang salah.

Walaupun anda terkejut, anda perlu memaksa diri anda untuk bertenang.

Jika tidak, anak anda akan menganggap sesuatu yang buruk telah berlaku.

#2 Cuba teka emosi anak anda

Fikirkan apa yang membuatkan anak anda ke ke bilik anda? Adakah mereka mencari keselesaan selepas bangun dari mimpi ngeri?

Menyiasat bunyi Rhino mati yang datang dari bilik anda? Apapun masalahnya, baca emosi anak dan sabar dengan perbualan itu. Mereka mungkin keliru, takut, atau berasa pelik.

#3 Beralih kepada mod ibu bapa

Jika anak-anak anda takut selepas melihat badan anda berpeluh, minta mereka datang dekat untuk diberi pelukan. Ingat, perspektif anak anda tentang apa yang berlaku adalah jauh berbeza daripada anda.

Jadi, cuba jadi seperti ibu bapa biasa. Jangan berlagak “aneh”. Jika anda berlagak “aneh”, mereka pun akan semakin pelik. 

#4 Guna kata-kata yang betul

Kunci untuk menguruskan situasi ini adalah dengan menenangkan diri dan berkata sesuatu yang bernas.

Perkara pertama yang ibu bapa boleh katakan adalah mereka sedang menjalani “masa peribadi” dengan satu sama lain, jadi anak-anak tak boleh masuk ke dalam bilik.

#5 Cuba untuk tak menipu

Jangan mereka-reka cerita untuk melindungi diri anda. Jika anda memberitahu mereka yang anda sedang menyaksikan perlawanan WWE, dan perbuatan berintiman itu adalah satu “gusti”, anda telah beri satu pandangan yang salah!

Cuba cakap dalam bahasa yang mudah dan tak mengundang sebarang soalan lain. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  7 Cara Untuk Hamil, Dengan Cara Mudah Hamil Ini, InsyaAllah Berkesan!

Baca juga:  Mengajar Kanak-Kanak Tentang Seks

Baca juga: Sentuhan selamat dan tidak selamat yang WAJIB diajar pada anak seawal 3 tahun

Penulis

Michelle Goh