Pernah tak selepas menyusukan bayi tak kira guna botol atau payudara, dia seolah-olah tidak selesa atau menangis? Jika pernah, adakah ibu sudah memastikan anak sendawa dengan baik?
Namun, kami percaya ada kalangan ibu muda yang was-was untuk melakukan sendawa ini, terutama apabila melahirkan bayi sulung. Jadi, bila perlu sendawa bayi?
Sebenarnya, bayi sendawa ada 2 kategori iaitu satu bayi yang mudah sendawa (jika ditepuk perlahan pada belakangnya sudah burp). Kedua, bayi yang sukar sendawa (ibu nak sendawakannya tapi tetap juga tak nak burp) Aduhai!
Memang rasa tak keruan bila bayi susah nak burp atau sendawa. Yalah, bimbang juga kalau masa tidur nanti dia tersedak susu. Memang tak senang duduk si ibu!
Bila perlu sendawa bayi? Ikuti langkah-langkah ini
Mungkin, ibu sudah tahu cara untuk sendawa kan bayi tapi bila perlu sendawakan bayi? Sendawa bayi boleh dilakukan dengan kedua-dua cara ini iaitu semasa atau selepas menyusu.
Ada sesetangah bayi mudah untuk sendawa dan ada juga yang sukar. Malah sendawa ini mungkin mengambil masa yang sedikit lama. Walaubagaimanapun, sendawa bayi perlu dilakukan bila-bila masa terutama jika anda melihat bayi tak selesa.
Segera sendawakannya mengikut panduan ini:
-
Sendawakan bayi ketika menukar payudara.
-
Apabila bayi sudah minum susu setengah botol.
-
Berikan semasa 15 ke 20 minit semasa menyusu
-
Bayi mengerang semasa menyusu. Hentikan sekejap dan sendawakan dulu.
-
Lakukan sendawa berulang kali.
-
Sekiranya bayi gelisah di malam hari, kemungkinan dia tak selesa di bahagian perut. Tolong sendawakan dia!
Bila perlu sendawakan bayi – ketahui risiko jika bayi tak burp!
- Bayi kembung perut akan berasa tak selesa selepas menyusu malam seperti menangis sepanjang malam dan tak nak tidur.
- Tangisan bayi luar biasa seperti menjerit. Itu tanda dia sedang kembung perut. Perhatikan si kecil akan menarik kaki ke arah perut dan muka bertukar kemerahan. Itu tanda dia sedang menahan kesakitan.
- Letaklah ubat apapun tapi kembung perut bayi ini ada ketikanya boleh sampai 4 jam! Ibu ayah boleh tuam-tuam atas perut kecilnya, mungkin dia rasa sedikit selesa dan sendawa selepas itu.
Untuk lebih faham, ibu ayah boleh lihat video di bawah ini:
Sumber : Momjunction
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Mengapa Bayi Saya Selalu Kentut & Kembung Perut? Bila Patut Risau?