Memang memiliki anak itu adalah rezeki bagi setiap pasangan. Tetapi pernahkah pasangan zaman sekarang ini terfikir, berapakah bilangan anak paling ideal yang patut mereka miliki?
Bukan mahu menolak rezeki, tetapi ada beberapa perkara yang perlu anda pastikan, fikir dan kaji berkait dengan perancangan keluarga dalam usaha membentuk keluarga yang harmoni dan saling melengkapi.
Bilangan anak paling ideal, ramai atau sedikit?
Menurut laporan wanista, biarpun cakap-cakap orang ramai yang mengatakan bahawa apabila lahirnya anak itu nanti akan lebih melimpah ruah rezeki yang bakal tuhan kurniakan kepada kedua ibu bapanya, namun konteks ini sering disalah ertikan semua.
Rezeki yang sering kita bayangkan hanyalah wang ringgit semata-mata tetapi apa yang kita tidak tahu adalah, rezeki juga melibatkan kesihatan tubuh badan, kelapangan dada, pahala kebaikan dan banyak lagi.
Jelas Ustadz Abu Khalid Resa Gunarsa, Allah berfirman tentang ketakwaan:-
“Barang siapa bertakwa kepada Allah nescaya DIA akan menagdakan baginya jalan keluar, dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya.” (QS. Ath Thalaq [65]: 2-3)
“… Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut akan kemiskinan, kami akan memberi rezeki kepadamu dan kepada mereka.” (QS. Al An’am [6]: 151)
Jika anak-anak itu dididik dan dijaga dengan baik, pastinya tuhan membuka jalan kehidupan yang terbaik buat sesebuah keluarga itu merangkumi ibu bapanya.
Namun jika kedua orang tuanya telah lalai memberi pendidikan yanng rapi termasuk ilmu agama yang benar sehingga mereka tidak mengenali siapa Allah, nikmat rezeki yang sepatutnya dikecapi kedua ibu bapa tadi akan ditarik lalu berubah menjadi musibah.
Fahami betul-betul konsep rezeki anak
Oleh itu, ungkapan ‘Banyak Anak, Banyak Rezeki’ itu hanyalah berlaku terhadap mereka yang bijak mendidik anak, berkorban demi memberikan kehidupan yanng baik buat anak-anaknya sehingga anak-anak itu menjadi orang berguna lalu memberi manfaat kepada orang tuanya di hari kelak.
Persoalannya di sini, berapakah bilangan anak paling ideal bagi sesebuah keluarga moden?
Menurut penulis, bagi pasangan suami dan isteri, perancangan itu adalah perlu malah ia haruslah bertepatan dengan kemampuan si ayah dan ibu untuk menampung kos kehidupan anak itu nanti.
Bagi anak pertama mungkin tidak perlu merancang tetapi bagi anak yang kedua dan seterusnya perancangan haruslah dirangka dengan sebaiknya bagi mengelakkan kebajikan anak itu terabai di kemudian hari.
#1. Jika tak mampu, tak perlu anak ramai
Rancanglah sebaiknya. Jangan menidakkan hak anak. Menurut penulis artikel itu, kadang kala kasihan melihat mereka yang tidak berkemampuan ini. Sudahlah tidak mampu, mendiami kediaman yang ala kadar, makan cuma ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’ tetapi masih mahu mempunyai bilangan anak yang ramai.
Kerana ibu bapa tidak merancang sejak dari mula sama ada mampu atau tidak untuk menjaga insan yang bernama anak.
#2. Jangan sampai anak perlu berhenti sekolah kerana membantu keluarga susah
Banyakkan kes yang begini? Anak terpaksa berhenti sekolah , bekerja bagi membantu keluarga yang susah. Mereka ada hak untuk mendapat pendidikan yang sempurna.
Jadi pasangan yang berkahwin, merancanglah. Jangan menidakkan hak anak anda untuk mendapat segalanya yang patut menjadi hak mereka.
#3. Mengikut fahaman psikologi
Tahun kelahiran anak perlulah mempunyai jarak sekurang-kurangnya dua tahun setiap seorang agar proses tumbesaran anak sihat dari segi pertumbuhan mental dan emosinya.
Dalam tempoh itu juga, seorang bayi akan belajar untuk rapat dengan kedua ibu bapanya jadi berilah ruang untuknya merasa kasih sayang serta perhatian yang sebenar daripada kedua orang tuanya sebelum mendapat adik.
#4. Kemampuan kewangan
Mahu tak mahu, perkara ini tidak boleh dinafikan. Kemampuan kewangan sangat penting.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: wanista
Baca juga:
Rahsia Cara Cepat Hamil Dalam Sebulan, Berapa Kerap Anda Perlu "Bersama" Pasangan?