Ibu Ayah Sedang Merancang Bilik Comel Buat Bakal Cahaya Mata? Jom Lengkapkan Bilik Bayi Dengan 8 Produk Wajib Ada Ini!

Kalau ibu ayah masih lagi berfikir mengenai barangan apa yang perlu ada di dalam bilik si manja, kami ada jawapannya!

Saat menunggu hari kelahiran cahaya mata, ada sesetengah ibu ayah yang mula menyediakan bilik bayi dan pastinya ini sesuatu yang sangat seronok untuk dilakukan. Bermula dengan tema, warna cat dinding yang menenangkan, perabot yang bersesuaian dan sebagainya untuk mengalu-ngalukan si manja ke dalam kehidupan anda.

Bilik bayi memainkan peranan yang besar dalam memupuk disiplin pada anak sedari bayi, malah dikhaskan juga ibu bapa meluangkan masa bersama si manja atau dijadikan bilik menyusu. Kelengkapan untuk bilik ini juga sedikit berbeza dari bilik tidur biasa ya, jadi kami akan berikan beberapa cadangan untuk menyediakan ruang istimewa ini sebelum kedatangan si manja!

Menyediakan Bilik Bayi Yang Sempurna Buat Si Manja 

Sebelum membeli kelengkapan untuk siapkan bilik bayi, ada beberapa perkara yang anda perlu pertimbangkan seperti:

  1. Pilih tema atau gaya yang khusus sebelum mula dekorasi
  2. Pilih warna tekstil sebelum mengecat bilik
  3. Kenalpasti titik fokus bilik dan penyusunan perabot
  4. Hiaskan siling
  5. Gunakan bahan-bahan yang selamat untuk bayi
  6. Sediakan ruangan menyusu
  7. Pastikan bakul sampah/lampin tersedia
  8. Sediakan tempat baju bayi
  9. Pasang kipas siling
  10. Fikir untuk jangka masa panjang supaya bilik itu masih sesuai digunakan oleh anak beberapa tahun kemudian.
  11. Sentiasa pasang langsir gelap atau tirai tebal di tapak semaian.
  12. Guna pencahayaan yang lembut
  13. Sediakan lampu tidur
  14. Pastikan bilik kalis bahaya 

8 Kelengkapan Bilik Bayi Yang Perlu Ada

Bagi membantu anda, kami menyediakan senarai beberapa produk yang anda perlu ada di dalam bilik si manja. Jom kita tengok!

#1 Lampu Tidur – Hatch Rest

Semasa menyusukan bayi di tengah malam, sebaik-baiknya lampu sentiasa redup dan persekitarannya tenang. Tujuannya adalah untuk memastikan si manja dalam keadaan mengantuk semasa menyusu dan mudah dibawa semula ke tempat tidur.

Cari lampu tidur yang bukan sekadar mempunyai lampu yang malap, tetapi mempunyai jam juga. Jadi ibu boleh peka akan masa dengan lebih mudah,

Produk yang disyorkan:

Hatch Rest

  • Boleh dikendali menggunakan telefon pintar
  • Mempunyai pelbagai bunyi untuk menenangkan bayi seperti whitenoise dan music lullaby.
  • Pilihan warna lampu yang berwarna-warni dan tenang.
  • Jam penggera kanak-kanak yang sempurna dan pelatih tidur kanak-kanak.
  • Monitor audio dua hala
  • Jam LED yang boleh dilihat di dalam gelap

#2 Baby Monitor – Motorola MBP36XL Video Baby Monitor

Ada banyak pilihan baby monitor di pasaran, dari kamera berkualiti sederhana sehinggalah ke kamera berteknologi tinggi beserta audio dan penggera. Apa yang penting adalah monitor boleh memastikan ibu bapa berasa sedikit tenang dan lega apabila dapat melihat si manja pada bila-bila masa walaupun tidak berada dalam bilik yang sama.

Kami mencadangkan ibu bapa mendapatkan baby monitor yang dilengkapi kamera dan audio yang baik, juga boleh dipaut dengan handphone

Produk yang disyorkan:

Motorola MBP36XL Video Baby Monitor

  • Unit induk mempunyai skrin warna LCD 5 “yang besar dengan penunjuk tahap bunyi LED dan bateri yang boleh dicas semula dengan amaran bateri rendah
  • Paparan suhu bilik dan komunikasi aundio dua arah
  • 5 lagu pengantar tidur yang menenangkan dan tontonan skrin split (memerlukan kamera tambahan MBP36XLBU, dijual secara berasingan)
  • Kamera mudah alih mempunyai bateri yang boleh dicas semula dengan panci jarak jauh, kecondongan dan zoom,
  • penglihatan malam inframerah,
  • Mikrofon kepekaan tinggi, dan teknologi tanpa wayar – 2.4 GHz 
  • Jangkauan hingga 1000 kaki dengan amaran di luar jangkauan, dapat diperluas hingga 4 Kamera (dijual secara berasingan, model: MBP36XLBU)
  • Fungsi Pan and Tilt

#3 Tikar Bayi – Parklon Pure PVC Soft Mat

Sediakan ruang untuk bayi berguling dan bermain di lantai bagi dengan hamparan tikar bayi di kawasan luas. Bayi memerlukan aktiviti dengan banyak pergerakan bagi perkembagan tumbesaran yang baik, jadi pastikan setiap hari si manja diberikan sesi untuk bermain di lantai ya, dan bukan sekadar bermain di dalam katilnya sahaja.

Tikar bayi hendaklah jenis tebal, lembut dan cukup besar untuk si manja meneroka dengan selamat. Ada banyak pilihan warna dan corak di pasaran, pilih warna lembut untuk disesuaikan dengan rona bilik atau warna terang untuk menarik perhatian bayi.

Produk yang disyorkan:

Parklon Pure PVC Soft Mat

  • Percetakan 2-sisi
  • Saiz M – L190 x W130 x T1.2cm (4 ′ x 6 ′)
  • Sesuai dari usia 0+
  • Lulus kriteria keselamatan & ujian kualiti yang sangat ketat 
  • Bebas BPA, tidak beracun
  • Lapisan kalis air berketumpatan tinggi untuk ketahanan maksimum
  • Suhu tinggi yang selamat tidak kelihatan bahan berbahaya

#4 Katil Bayi – My Dear Ramin Wooden Baby Cot

Latih anak untuk tidur di bilik sendiri dengan menyediakan tempat tidur yang selesa dan selamat. Pakar menyarankan bayi untuk tidur di bilik yang sama dengan ibu bapa pada 6 bulan awal kelahiran jadi anda boleh menyediakan katil asing untuknya.

Apa yang penting, pastikan tempat tidur bayi tidak terlalu lembut, terlalu penuh dengan mainan dan elakkan penggunaan selimut. Katil baby juga harus selamat apabila si manja bergolek dengan adanya penghadang dan elakkan adanya ruang di celah-celah tilam dan katil.

Produk yang disyorkan:

My Dear Ramin Wooden Baby Cot

  • Katil bayi kayu ramin
  • 2 rel gigi
  • Roda dengan penyumbat
  • 3 ketinggian laras

#5 Bedung – Holabebe Sleeping Bag with Twin Zipper

Membedung anak dapat menenangkan bayi dan mencegah refleks mengejutkan, jadi si manja tidak akan terjaga akibat terkejut di tengah malam. Ia juga dapat membuat bayi merasa aman dan selamat seolah berada di dalam rahim.

Swaddle atau bedung perlulah selesa, dengan material tidak panas dan tidak dipakaikan terlalu longgar atau terlalu ketat. 

Produk yang disyorkan:

Holabebe Sleeping Bag with Twin Zipper

  • Snug fit yang selesa menjadikan bayi merasa selamat dan membantu mendapatkan refleks ketenangan semula jadi.
  • Twin Zipper, permudahkan pertukaran lampin.
  • Kain mudah dijaga dan dibersihkan.
  • Sesuai untuk bayi yang baru lahir.
  • Bahan: Kapas Sepenuhnya
  • Saiz: 32cm x 60cm

#6 Alas Tilam Kalis Air – Bumble Bee Waterproof Bedpad

Dalam kes lampin bocor, anda boleh letakkan lapisan alas cadar kalis air bagi mengelakkan renyah mencuci tilam bayi yang basah! Alas ini akan diletakkan di bawah cadar bagi melindungi tilam daripada terkena air kencing, sekaligus memudahkan urusan anda.

Teknik yang bagus adalah pertamanya alas tilam kalis air, satu set cadar dan kemudian satu lagi alas tilam kalis air dan satu set cadar yang lain. Percayalah ini sangat berbaloi!

Produk yang disyorkan:

Bumble Bee Waterproof Bedpad

  • Ukuran 24 “x 48", boleh digunakan di permukaan tilam mana pun
  • 100% bahan kalis air tetapi bernafas
  • Lapisan atas – 35% kapas & 65% poliester
  • Lapisan bawah – bahan kalis air TPU 0.015mm
  • Terry sisi atas kepingan untuk mengurangkan perubahan tempat tidur
  • Bahagian kalis air di bawah kepingan untuk melindungi tilam daripada kelembapan dan pewarnaan
  • Permukaan yang sangat menyerap dan sangat lembut terhadap kulit bayi

#7 Kerusi Menyusu – Babyhood Diva Feeding Glider Chair and Ottoman

Letakkan satu sofa yang empuk di sudut bilik, dan pastikan ia menjadi pilihan terbaik si ibu khususnya. Ini kerana fungsi sofa tersebut bukan sahaja untuk anda berehat, tetapi terbaik untuk ibu duduk dengan selesa semasa menyusukan bayi.

Cari sofa yang selesa dengan tenpat bersandar yang sesuai dengan ketinggian anda. Pastikan sofa cukup lebar dan selesa untuk ibu memangku si manja sehingga usia 2 tahun supaya tidak berasa sempit kelak.

Produk yang disyorkan:

 Babyhood Diva Feeding Glider Chair and Ottoman

  • Tempat duduk lebar dan sandaran leher yang besar
  • Alas lengan empuk yang boleh dilaras
  • Bersandar dengan mudah
  • Boleh berpusing 360 darjah
  • Material yang senang dibersihkan
  • Kain tidak calar dan tahan noda
  • Had berat: 90kg

#8 Langsir Gelap – NAPEARL Blackout Curtain

Langsir yang sesuai merupakan salah satu aset paling penting dalam penyediaan bilik bayi. Kebanyakan bayi cukup pintar untuk mengetahui yang kawasan yang terang atau apabila ada cahaya matahari, ia bermaksud waktu bermain suasana gelap pula bermaksud waktu tidur! 

Sediakan langsir yang tebal, dan tiada cahaya yang boleh menembusinya. Ini akan memberikan tanggapan waktu malam pada bayi, dan ini sangat penting untuk memastikan si manja mendapat tidur siang yang berkualiti.

Produk yang disyorkan:

NAPEARL 100% Solid Color Blackout Curtain

  • 100% menyekat matahari
  • Perlindungan UV
  • Corak grommet

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara Dekorasi BILIK TIDUR Moden Untuk Bayi, Anak Berusia 5 Tahun Ke Bawah!