Kanak-kanak kecil boleh mendapat banyak manfaat apabila membesar di dalam rumah bersama haiwan peliharaan.
Ini kerana ia mampu memupuk sikap bertanggungjawab terhadap haiwan peliharaan melalui tugas-tugas menguruskan haiwan seperti:
- memberi makan,
- menjaga kebersihan dan kesihatan haiwan,
- menjaga kebersihan persekitaran,
- meluangkan masa untuk bermain dan
- menyediakan tempat yang sesuai untuk haiwan tersebut tidur dan sebagainya.
Tetapi adakah semua haiwan perliharaan sesuai untuk anak yang mempunyai alahan atau allergi? Di sini saya lampirkan beberapa cadangan haiwan kesayangan yang baik untuk kanak-kanak dengan alahan.
#1 Hamster/Gerbil
Keramahan: Haiwan ini sangat bijak, sangat sosial, dan mudah dilatih
Umur hidup: 1-3 tahun
Penjagaan:
- Pastikan sangkar bersih dan gantikan alas tempat tidur sekurang-kurangnya seminggu sekali
- Biarkan hamster dan gerbil keluar dari sangkar beberapa kali seminggu dan sediakan roda latihan dalam sangkar.
- Sediakan pelet makanan dan sedikit benih, buah-buahan, dan sayur-sayuran
Gerbil dan hamster, adalah pilihan terbaik untuk haiwan kesayangan yang berbulu. Walaupun berpotensi untuk menyebabkan alahan yang sama seperti, kucing dan anjing, tetapi saiz mereka sangat kecil dan hanya and menghasilkan allergen yang sedikit sahaja.
#2 Burung Bayan atau Burung Kenari
Keramahan: burung haiwan yang suka bersosial. Jika dibeli berpasangan, haiwan ini suka bermain dan bernyanyi dengan satu sama lain.
Umur hidup: 10-15 tahun
Penjagaan:
- Sediakan sangkar yang besar dan gantikan alas sangkar setiap hari
- Bersihkan seluruh ruang sangkar setiap minggu
- Keluarkan burung dari sangkar dari masa kesemasa supaya ia boleh terbang, terutamanya burung bayan.
Siapa tidak suka burung-burung yang kecil? Mereka haiwan yang pintar dan cantik. Kanak-kanak yang sangat sensitif terhadap kucing dan anjing jarang mempunyai isu dengan burung jenis ini.
Sayap mereka tidak menghasilkan serbuk yang boleh menyebabkan orang bersin seperti burung-burung besar yang lain. Saiz burung bayan dan burung kenari sangatlah kecil. Jadi, kemungkinan untuk mencetuskan alahan dalam kanak-kanak, kecil juga.
#3 Ikan Emas dan Ikan Laga
Keramahan: Kedua-dua ikan ini pandai mengenali pemiliknya
Umur hidup: 4-10 tahun
Penjagaan:
- Sediakan tangki yang cukup untuk menampung semua ikan (Ikan Laga perlu disimpan dalam bekas berasingan
- Gunakan penapis air dan sistem pengudaraan yang baik
- Gunakan penutup tangki untuk mengelakkan Ikan Laga dari melompat keluar
- Sediakan objek-objek hiasan dan rumpair supaya ikan dapat berenang sekitar atau bersembunyi di sebaliknya
- Bersihkan tangki apabila ia kotor
- Makanan ikan boleh didapati di kedai haiwan peliharaan.
Ikan adalah binatang peliharaan yang sangat sesuai untuk kanak-kanak yang mempunyai alahan. Dengan adanya air and tangki sebagai halangan, interaksi antara kanak-kanak dan ikan tidak banyak. Misalnya, ikan itu tidak dapat dikeluarkan, dipeluk atau dicium.
Tetapi jangan lupa basuhkan tangan sendiri dan tangan kanak-kanak, selepas menyentuh air di dalam tangki ikan!
Kura-Kura dan katak contoh binatang peliharaan yang tidak sesuai
Pada mulanya saya ingat kura-kura dan katak juga boleh dijadikan haiwan peliharaan, terutamanya untuk kanak-kanak lelaki. Tetapi saya telah baca bahawa kedua-dua haiwan ini berpotensi pembawa bakteria salmonella. Saya tahu ini tiada kena mengena dengan subjek alahan, tetapi ibu bapa perlu mengetahui mengenai bahayanya bacteria ini.
Kura-kura juga memerlukan kawasan yang sangat besar. Kedua-dua binatang peliharaan ini juga bukan jenis yang sosial. Mereka hanya akan berinteraksi dengan pemilik semasa waktu makan sahaja.
Mungkin sesetengah kanak-kanak masih akan menganggap mereka sebagai binatang peliharaan yang menarik. Tetapi kanak-kanak yang mengharapkan interaksi yang lebih, akan mendapati haiwan-haiwan ini amat membosankan.
Sumber: Utusan, Parents, PetHelpful