Bintang Comel, Lara Alana Mula Bayar Cukai Pendapatan Di Malaysia

Bintang kecil yang berusia 3 tahun ini semakin terkenal, dengan hampir 3 juta peminat di laman sosial Instagram. Sekarang beliau perlu membayar cukai pendapatan. Bagaimana ingin mengira cukai pendapatan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kuala Lumpur – Bintang kecil yang berusia 3 tahun ini sudah mula membayar cukai pendapatan! Siapa kata hanya orang dewasa yang perlu membayar cukai? Haa… Nampaknya, bukan selebriti saja yang mampu menjana pendapatan berlipat kali ganda. Anak selebriti dengan muka dan telatah comel ini pun mampu, ya!

Kredit gambar: Malay Mail Online

Antara bintang kecil lagi licik lain yang mengikut jejak Lara membayar cukai adalah Puteri Balqis, 10 tahun dan Mia Sara, 12 tahun.

Ketika dihubungi pihak Berita Harian, Scha al-Yahya, ibu Lara menjelaskan mereka telah melantik seorang ejen bagi menguruskan cukai pendapatan Lara. Hal ini bagi mengikut segala peraturan yang ditetapkan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Akaun Lara Alana berbeza daripada akaun saya dan Awal. Ejen yang telah kami lantik akan menjadi wakil untuk menguruskan cukai bagi pihak Lara. Malah, Lara pun sudah ada fail cukai pendapatan di LHDN. 

Ha dengar itu! Jangan lari dari bayar cukai, ya…. Apa? Keliru tentang maklumat dan syarat-syarat layak membayar cukai di Malaysia? Jangan risau. Kami sudah sediakan semua maklumat untuk anda! Sila semak seperti di bawah.

Pelbagai jenis cukai di Malaysia

Apakah itu cukai

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka versi atas talian, cukai bermaksud satu bayaran atau sumbangan yang dikenakan oleh kerajaan terhadap orang perseorang­an (perbadanan, syarikat, barang-barang, dll) untuk perbelanjaan negara. 

Terdapat pelbagai jenis cukai yang ada di Malaysia. Antaranya ialah cukai pendapatan, cukai perniagaan, cukai harta, cukai barang & perkhidmatan. 

Cukai merupakan sumber hasil terbesar negara. Cukai ini terbahagi kepada dua jenis, iaitu:

  1. Cukai Langsung – sejenis cukai yang bebannya tidak boleh diagih atau dipindahkan kepada orang lain.
  2. Cukai Tidak Langsung – sejenis cukai yang boleh diagih atau dipindahkan kepada orang lain. 

Cukai Pendapatan di Malaysia

Cukai pendapatan adalah cukai yang paling teratas/ paling penting. Lara Alana harus membayar cukai setelah beliau mencapai sejumlah pendapatan menerusi rancangan televisyennya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lara Alana harus membayar cukai setelah beliau mencapai sejumlah pendapatan menerusi rancangan televisyennya.

Umumnya, individu dengan pendapatan tahunan melebihi RM34,000 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan di cawangan LHDP berhampiran.

Antara dokumen yang perlu dibawa untuk pendaftaran adalah:

  • Satu salinan Borang Penyata Pendapatan (Borang EA/EC) terkini / Slip Gaji terkini ;
  • Satu salinan kad pengenalan/kad pengenalan polis/kad pengenalan tentera/passport antarabangsa ;
  • Satu salinan sijil perkahwinan (jika ada).

Anda juga boleh membuat pendaftaran nombor rujukan cukai melalui e-Daftar

Kadar Cukai Pendapatan 2016

Berapa banyak yang harus dibayar sebagai cukai pendapatan? Kadar cukai pendapatan dikira mengikut kadar pendapatan bercukai.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mari lihat jadual kadar cukai pendapatan seperti yang disertakan di bawah:

Banjaran Pendapatan Bercukai Pengiraan (RM) Kadar (%) Cukai (RM)
0 – 5,000 5,000 berikutnya 0 0
5,001 – 20,000

5,000 pertama

15,000 berikutnya

1

0

150

20,001 – 35,000

20,000 pertama

15,000 berikutnya

5

150

750

35,001 – 50,000

35,000 pertama

15,000 berikutnya

10

900

1,500

50,001 – 70,000

50,000 pertama

20,000 berikutnya

16

2,400

3,200

70,001 – 100,000 70,000 pertama
30,000 berikutnya
21 5,600
6,300
100,001 – 250,000 100,000 pertama
150,000 berikutnya
24 11,900
36,000
250,001 – 400,000 250,000 pertama
150,000 berikutnya
24.5 47,900
36,750
400,001 – 600,000 400,000 pertama
200,000 berikutnya
25 84,650
50,000
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Langkah Merancang Pembayaran Cukai Pendapatan

Selebriti kaya seperti Awal Ashaari dan Scha al-Yahya boleh mengupah ejen untuk menguruskan akaun cukai anak mereka, Lara. 

Tapi anda bagaimana? Kira sendiri saja! Lebih senang. Mari ikut langkah-langkah ini untuk merancang pembayaran cukai anda.

  • Kira jumlah pendapatan dan isi bahagian pendapatan tahunan. 

Biasanya, jumlah pendapatan dikira dengan cara RM3,000 x (12 bulan) = RM 36,000

  • Kira bahagian pelepasan cukai 

Rujuk bahagian pelepasan cukai dalam laman web rasmi. Selepas selesai mengira pelepasan ini, tolak jumlah tersebut untuk mendapat jumlah pendapatan bercukai.

  • Kira kadar cukai pendapatan

Sekarang baru masa anda rujuk jadual kadar cukai pendapatan seperti yang diserta di atas. 

  • Kira bahagian rebat

Rujuk bahagian rebat cukai dalam laman web rasmi. Selepas semua pengiraan dikira, tolak jumlah cukai daripada bahagian rebat.

Mudah saja kan? Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk anda!

 

Sumber rujukan: The Straits Times, Pengenaan Cukai dan Kadar Cukai

 

 

Penulis

Ayu Idris