Kini, kanak-kanak semakin banyak belajar melalui kartun animasi. Kartun Bluey bukan sekadar hiburan biasa untuk kanak-kanak, tetapi ia juga mendidik anak-anak dalam cara yang halus dan menyeronokkan.
Bagi ibu bapa pula, Bluey memberikan inspirasi tentang cara mudah untuk terlibat dalam kehidupan anak-anak melalui permainan kreatif dan komunikasi dengan anak secara lembut.
Dengan cerita yang ringkas dan dekat dengan kehidupan seharian, anak-anak dapat belajar tentang emosi, kreativiti dan bagaimana untuk berkomunikasi dengan baik.
7 Tips Parenting Anak Yang Mudah Dari Kartun Animasi Bluey
1. Melatih Kreativiti & Imaginasi
Setiap episod menunjukkan pelbagai permainan imaginatif yang dilakukan oleh Bluey dan adiknya, Bingo. Ia menggalakkan kanak-kanak berfikir di luar kotak dan menggunakan imaginasi mereka dalam kehidupan seharian.
Biarkan anak anda bermain dengan bebas dapat membantu mengasah kreativiti mereka.
2. Ajar Anak Urus Emosi
Watak-watak dalam Bluey sering menghadapi situasi yang memerlukan mereka untuk berkomunikasi, berkongsi perasaan, dan memahami emosi orang lain.
Anda juga boleh belajar cara mendidik anak melalui emosi mereka dengan baik.
3. Galakkan Anak Berdikari
Bluey menunjukkan betapa pentingnya memberi anak-anak peluang untuk berdikari, mencuba perkara baru dan membuat keputusan.
Beri peluang kepada anak-anak agar mereka dapat belajar sesuatu dari pengalaman.
4. Gunakan Humor Untuk Penyelesaian Masalah
Bandit dan Chilli sering menggunakan humor untuk menyelesaikan masalah dan merapatkan hubungan dengan anak-anak.
Cuba gunakan pendekatan yang lebih ceria dalam mendidik anak-anak.
5. Penggunaan Bahasa Yang Baik
Bluey menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh kanak-kanak secara jelas dan terbuka.
Dapat dilihat apabila Bandit dan Chilli bercakap dengan anak-anak mereka dengan penuh hormat, mendengar dengan teliti dan menangani salah faham dengan tenang.
Ia mengajar anak-anak tentang kepentingan meluahkan perasaan dan mencari penyelesaian secara bersama.
6. Seimbangkan Masa Antara Kerja dan Keluarga
Walaupun bekerja keras, Bandit dan Chilli sentiasa memastikan mereka ada untuk anak-anak mereka.
Siri ini mengingatkan kita tentang betapa pentingnya meluangkan masa berkualiti bersama keluarga walaupun dengan jadual kerja yang sibuk.
7. Mengajar Nilai Kekeluargaan
Bluey dan Bingo kadang-kadang bergaduh, tapi mereka belajar bekerjasama dan saling menyokong. Ibu ayah, jangan lupa ajarkan anak-anak anda untuk saling membantu dan menjaga satu sama lain.
Dengan jalan cerita yang mudah difahami, Bluey berjaya menarik minat kanak-kanak sambil memberi pelajaran penting tentang kehidupan seharian dan berguna untuk dijadikan panduan ibu ayah di luar sana.
Semoga artikel ini bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Bukan Semua Kena Kongsi, Sesekali Ajar Anak ‘Kedekut’ Untuk Hak Mereka Tak Salah Pun!
Baca juga: 8 Cara Mendidik Anak Dari Bayi, Pasti Mereka Kenal Erti Disiplin Sejak Kecil!
Baca juga: Anak Dr Sheikh Muszaphar Dinobat 9 Anugerah Cemerlang – Ini 15 Tips Parenting Yang Selalu Diamalkan