Wah, bukan kata budak-budak saja nak tengok penampilan khas Tan Sri Dr Noor Hisham dalam animasi popular BoboiBoy ni, rasanya satu Malaysia teruja nak menonton.
Baru sebentar tadi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memuat naik satu kiriman video animasi BoboiBoy di laman Twitter rasmi mereka. Dalam video itu memaparkan watak animasi Tan Sri Dr Noor Hisham memberitu cara-caraa untuk melawan Covid-19 kepada orang ramai.
Video yang berdurasi 1 minit terbitan dari Animonsta Studio (MONSTA) itu bertujuan untuk mempromosikan langkah-langkah pencegahan untuk membanteras Covid-19 di kalangan kanak-kanak juga seluruh rakyat Malaysia.
Tak perlu kuasa cuma amalkan CAPP
Dalam video ini menunjukkan kumpulan BoboiBoy sedang berlawan dengan virus menggunakan kuasa yang mereka ada. Walau bagaimanapun kuasa mereka langsung tidak berkesan untuk melawan virus tersebut.
Dari situ muncul watak Dr Noor Hisham yang mencuci tangannya menggunakan hand sanitizer kemudian menentang virus itu sehingga mati.
Dr Noor Hisham berkata untuk melawan virus seperti Covid-19 ini tidak memerlukan kuasa yang luar biasa, beliau menasihatkan orang ramai agar hanya mengamalkan konsep CAPP iaitu Cegah, Amal, Patuh dan Pantau. Beliau juga berkata dengan CAPP ini anda juga mampu menjadi ahli wira!
Cegah: Mencegah virus ini dari awal dengan mendidik keluarga dan komuniti.
Amal: Amalkan normal baharu, yakni menjaga tingkah laku dalam kebersihan diri untuk mengelakkan jangkitan.
Patuh: Patuhi SOP dan arahan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa
Pantau: Pantau kesihatan diri dan pastikan anda tidak bergejala sebelum memasuki tempat-tempat awam.
Simptom lain Covid-19
Menurut laporan dikeluarkan oleh The Guardian, kebanyakan kanak-kanak mengalami tanda-tanda penyakit yang baharu berkaitan Covid-19 sehingga meragut nyawa mereka, termasuklah sakit perut dan masalah jantung.
Anak kecil yang dijangkiti kebiasaannya akan diserang batuk. Ia akan menjadi lebih teruk jika ibu ayah melengahkan masa untuk membawa mereka mendapatkan rawatan hospital.
Difahamkan, sekurang-kurangnya seorang kanak-kanak telah menerima rawatan Extra Corporeal Membrane Oxygenation (ECMO), iaitu kaedah menyelamatkan nyawa pesakit yang tidak mampu untuk bernafas dengan baik.
‘’Bagi anak kecil yang memiliki penyakit Kawasaki, keadaan vaskular agak rare dan menjadi penyebab utama penyakit jantung untuk golongan usia bawah 18 tahun,’’
‘’Berdasarkan laporan selama tiga minggu jelas menunjukkan berlakunya peningkatan dalam jumlah anak-anak yang memiliki masalah radang dan memerlukan rawatan rapi di seluruh London dan UK,’’ ujar sumber.
Bukan itu sahaja, langkah berjaga-jaga kepada para frontliners dan kumpulan doktor pakar juga telah dimaklumkan. Meskipun kanak-kanak tanpa gejala Covid-19 dan diuji negatif, ia tidak mustahil bahawa ujian tersebut salah.
‘’Sakit pada bahagian perut dan gastrointestinal menjadi simptom umum. Pemerhatian ini telah dilakukan terhadap kanak-kanak yang positif dan negatif Covid-19,’’
‘’Peningkatan kes dalam kalangan kanak-kanak sangat tidak dijangka di UK dengan keadaan kritikal akibat tindak balas masalah keradangan yang dialami pesakit,’’ ujarnya.
Sentiasalah pantau kesihatan diri, anak-anak dan keluarga. Dan kekal duduk di rumah dan bekerja dari rumah. Elakkan keluar sekiranya tiada urusan penting. Bukanlah tanggungjawab piha berkuasa saja untuk memastikan keselamatan rakyat, peranan anda juga cukup memberi perbezaan. Jangan nak tunggu kartun animasi popular beri arahan baru nak ikut ya!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: KKM
Baca juga:
https://my.theasianparent.comkekebalan-tubuh