Bolehkah Kanak-Kanak Lelaki Mandi Bersama Ibu?

Supaya cepat dan menjimatkan masa, kadang-kadang ibu dan anak sering mandi bersama. Namun sebenarnya bolehkah kanak-kanak lelaki mandi bersama ibu?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kerja rumah yang perlu diselesaikan bagi ibu-ibu sentiasa ada; ia tidak pernah habis. Ini termasuk jugalah hal memandikan anak, jadi ada yang berpendapat sebaiknya mandi bersama sahaja.

Bolehkah Anak Lelaki Mandi Bersama Ibu?

Semakin besar usia anak, rasa ingin tahunya akan semakin tinggi.

Kerana itulah, Pakar Psikologi Kanak-Kanak, Efnie Indrianie, menegaskan yang usia 5 tahun merupakan batas umur yang ideal untuk anda dan si kecil anda mandi bersama.

Kesilapan Ibu Yang Utama

Semakin anak bertambah besar, organ tubuhnya juga sudah mulai berkembang.

Secara perlahan, anak lelaki anda akan mula menyedari yang terdapatnya perbezaan antara tubuhnya dengan tubuh ibu, dan dia mungkin akan mulai bertanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebagai ibu bapa, saat ini patut anda manfaatkan untuk mengajarkan pendidikan seks kepada anak anda sejak kecil lagi.

Namun, jika anda merasa belum sampai masanya untuk anda menjawab pertanyaan anak mengenai perbezaan anatomi tubuh ini,  sebaiknya hanya teman anak mandi.

Dan mulai dari sekarang, anda perlu mencari jawapan bijak untuk pertanyaannya nanti.

Sebagai panduan jika anak anda bertanya, anda boleh memberi penjelasan yang ringkas dan mudah difahami seperti:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Ibu orang perempuan, jadi ibu ada buah dada. Kalau anak lelaki, buah dadanya tidak membesar. Anak lelaki yang baik tidak boleh sembarangan menyentuh buah dada ya.”

Dengan penerangan ringkas ini, anda secara perlahan akan memberikan pemahaman seksual yang sesuai dengan usianya.

Hal yang sama juga bagi golongan ayah yang ingin mandi bersama anak perempuannya.

Semakin membesar anak perempuan itu, sebaiknya mereka tidak mandi bersama dengan ayahnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Konsultan kesihatan mental dan ahli psikologi forensik kanak-kanak dan dewasa, Dr Inneke Limuria, juga menjelaskan yang ianya adalah penting bagi kanak-kanak untuk mereka belajar membersihkan dirinya sendiri.

Ini termasuklah membersihkan kemaluannya sendiri setelah buang air.

Selain untuk mengajarkan anak berdikari, ini akan sekaligus mengajar anak anda untuk menjaga bahagian peribadinya agar tidak sembarangan disentuh oleh orang lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dikutip dari Popsugar.com, anda tidak perlu menunggu sampai usia anak 5 tahun untuk berhenti mandi bersama jika anda mengalami hal-hal berikut ini:

  • Bila anak mandi, si kecil tidak fokus pada mandi, namun terus memperhatikan ‘perbezaan’ tubuh anda dan dirinya
  • Anda merasa tidak selesa menunjukkan tubuh anda pada si kecil
  • Si kecil ingin mulai mandi sendiri. Berikanlah mereka privacy untuk melakukannya sendiri. Anda hanya perlu pantau sahaja demi keselamatannya dalam bilik mandi.
Rujukan: Detik.com  & Andorrapediatrics.com

Penulis

Febby