Bonding dengan anak adalah ikatan kemesraan dan kasih sayang antara ibu dan anak melalui sentuhan dan penyusuan. Ini kerana, ibu merupakan insan yang membawa bayi dalam kandungannya selama sembilan bulan. Kemudian, dia jugalah yang menyusukan bayi sebaik saja dilahirkan.
Walaupun ibu mungkin dilihat yang paling banyak menghabiskan masa dengan anak namun jangan dilupakan peranan seorang ayah. Kerana tugas ayah juga penting di mana menjaga ibu semasa dalam pantang dan membantu tugas-tugas yang lain.
Di masa inilah boleh nampak suami sentiasa ringan tulang untuk membantu isteri semasa dalam tempoh berpantang. Jadi dapatlah ibu berehat buat seketika dan membiarkan pula ayah melakukan kerja-kerja yang lain.
Jadi, mari kita melihat bagaimana bayi menjalinkan hubungan mesra antara ayah dengan dirinya yang mungkin berbeza dengan ikatan seorang ibu.
Bonding dengan anak – Antara si ibu dan bayi
Sebenarnya, ikatan anak dan ibu bermula sejak dari azali. Di saat si kecil itu sedang berbuah dalam rahim ibunya sehinggalah perut ibu kian membesar dan selamat melahirkan seorang bayi comel.
Maka sepanjang sembilan bulan itulah bayi sentiasa bermesra dengan ibunya tertawa gembira di saat ibu makan, tersenyum bila ibu membebel dengan ayah dan tidur di saat ibu aktif bergerak. Sebelah malam pula dia akan menendang perut ibu, betapa lincahnya dia.
Kemudian semasa bayi berada di saluran kelahiran, oksitosin yang berkaitan dengan hormon cinta akan dilepaskan. Ia didakwa dapat meningkatkan ikatan mesra antara ibu dan anak.
Setelah dilahirkan, bayi comel anda akan diletakkan ke dada dan sentuhan kulit ke kulit akan bermula sekaligus meningkatkan lagi bonding ibu dan anak.
Bermulalah peranan ibu untuk menyusukan si kecil dan bonding ini antara yang paling dinantikan oleh insan yang bergelar ibu.
Dari situ, bayi mula tahu itulah ibunya yang tercinta.
Baca juga: Menurut Pakar, Ikatan Ibu dan Anak Tidak Hadir Secara Instant
Bonding dengan anak – Hubungan dengan bapa
Tapi bagaimana pula bonding anak dengan ayah? adakah sama macam ibu atau ada perbezaan yang ketara?
Selepas beberapa hari, ayah mungkin sedikit kekok dan tidak tahu apa pula perananya dalam kehidupan si kecil yang baru lahir itu terutama bagi mereka yang baru pertama kali menyandang gelaran sebagai seorang ayah.
Apatah lagi, sejak dari awal bayi lebih rapat dengan ibunya, manakan tidak ibu lakukan segalanya bersama dengan dia sementara ayah memerhati dari tepi.
Walaubagaimanapun, peranan ayah sudah tentunya unik dan sama penting dalam kehidupan bayinya itu.
Oleh kerana itu, selain suara ibu, bayi juga tahu suara bapa adalah nombor dua yang paling banyak dia dengar.
Sebagai seorang ayah untuk mengeratkan bonding ini anda harus selalu menyanyi bersama bayi, berkomunikasi dengannya dan menjalinkan hubungan dengan bayi tatkala dia masih lagi dalam kandungan ibunya.
Meskipun ikatan ayah mungkin berbeza dengan ibu namun tiada alasan untuk mengatakan mana yang lebih dan mana yang kurang kerana kedua-dua insan ini amat diperlukan untuk bayi membesar dalam sebuah keluarga yang harmoni.
Faktor perbezaan dalam perasaan bayi terhadap ibu dan ayahnya
#1. 0 hingga 6 bulan
Ini adalah masanya untuk anak kecil benar-benar belajar banyak perkara semasa kemahiran motor, bahasa dan kognitifnya sedang mula berkembang. Tempoh ini adalah masa untuk si kecil mengenali orang dan belahar mengimbangi apa yang berada di sekelilingnya.
Secara umum, bayi akan menjadi teman kepada semua orang dan belajar mengenali wajah orang lain. Dia perlahan-lahan belajar tentang dunia yang ada disekelilingnya.
Dalam usia ini, ibu ayah kena lebih banyakkan masa dengan si kecil supaya dia makin selesa, selamat dan mengeratkan ikatan.
#2. 6 hingga 9 bulan
Mengembangkan emosi seperti rasa tak selamat dan takut. Ini kerana dia sudah terbiasa dengan ibunya sahaja tanpa orang yang tak dikenali. Malah dengan ayah juga dia mengelak untuk didukung, namun jangan kecewa kerana lama-lama dia akan suka bermain dengan ayah.
#3. 9 bulan hingga 1 tahun
Semua ketakutan di atas akan hilang dan sekarang bayi mula yakin menjalinkan hubungan dengan orang lain. Bahkan dia juga riang bermain dengan saudara terdekat seperti ibu saudara, datuk, nenek dan lain-lain.
Si kecil pada peringkat ini gemar meneroka wajah dan menunjukkan kasih sayang kepada ahli keluarganya.
Justeru, bayi menerima kasih sayang daripada ibu bapa dengan cara yang berbeza. Malah, semakin banyak dicurahkan maka semakin banyak yang akan diberikan oleh si comel anda.
Sumber : Parenting Fristcry
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Peranan ibu bapa dalam membesarkan anak-anak yang bijak dan berakhlak