Di Thailand, sesi bonding atau berhubungan mesra antara ayah dan anak bertukar menjadi kemalangan berdarah.
Ia bermula dengan si bapa, Em Phoeykiln, mendukung anak perempuannya yang baru berusia 3 tahun bernama Oum.
Mungkin teruja dapat meluangkan masa dengan anaknya itu, si bapa lalu melambung-lambung si kecil itu ke udara.
Malangnya, Em tidak perasan yang kipas siling masih terpasang dan berpusing!
Malangnya, bapa itu tak perasan yang kipas di siling masih terpasang dan berpusing!
Menurut laporan dari Mirror,
“Oum yang berusia tiga tahun terbelah pada bahagian kepalanya sehingga ternampak tengkorak. Ia terjadi selepas si bapa mendukung dan melambung anaknya di ruang tamu di rumah.”
Anak perempuan tersebut cedera teruk di kepala selepas dihentam dan dikelar oleh bilah kipas yang sedang berpusing.
Impaknya sangatlah kuat sehinggakan bilah kipas tersebut bengkok!
Mereka segera membawa anak perempuan itu ke hospital di Rayong, Thailand, di mana doktor dengan segeranya merawat belahan di kepala yang berukuran sepanjang 4 inci.
“Saya hanya bermain dengannya seperti biasa di rumah. Entah bagaimana, saya melambung Oum terlalu tinggi di udara, sehingga kepalanya terhentak pada kipas. Saya tidak melepaskannya dari tangan saya sewaktu melambung, tapi dia tetap terkena pada bilah itu.”
Dia juga terkenang bagaimana dia melihat darah tidak henti-henti mengalir keluar dari kepala anaknya, dan bagaimana anaknya berada dalam kesakitan yang amat sangat.
“Merana hati saya melihat dirinya dalam kesakitan. Doktor cakap kos pembedahan akan menelan kos hampir 70,000 Baht (RM9,000). Kami tidak ada duit sebanyak itu. Tapi doktor kata, jika lambat, dia akan menjadi parah.”
Semasa pembedahan dijalankan, doktor terpaksa menutup semula belahan di kepala Oum.
“Pihak hospital tidak mengurangkan harga tapi mereka tetap menjalankan pembedahan. Kami terpaksa menjual barang kami di rumah untuk menanggung kos tersebut.”
Nasib baik, anak kecil itu kini semakin sembuh. Dia telah pulang ke rumah dan boleh berjalan semula. Namun, kesan parut yang besar mungkin akan kekal di kepalanya.
“Dia sangat tabah dan kami sangat berbangga dengannya. Kini, dia mampu tersenyum semula tetapi kami tidak mahu bermain lambung-lambung lagi!”
Malang tidak berbau, jangan ambil mudah keselamatan anak
Niat baik si bapa telah berakhir dengan tragedi berdarah. Semuanya kerana kelekaan dan kecuaian diri.
Ibu ayah sekalian, perhatikan di sekeliling rumah anda. Adakah segalanya selamat buat anak kecil anda?
Atau, ia hanya menanti untuk anda tersilap langkah dan berlakunya kecelakaan di rumah sendiri?
Mari ketahui antara kemalangan yang mudah berlaku di rumah dan cara untuk menanganinya!
Sumber: The Asian Parent Philippines
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: