Ada Caranya Untuk Pastikan Anak Minum Dari Botol Susu, Beri Botol Susu Terbaik Ini Untuk Melancarkan Proses Penyusuan Anak

Ada Caranya Untuk Pastikan Anak Minum Dari Botol Susu, Beri Botol Susu Terbaik Ini Untuk Melancarkan Proses Penyusuan Anak

Botol susu terbaik adalah penting agar si comel anda tidak keliru antara puting ibu dan botol susu yang mana boleh didapati di rencana ini.

Buat para ibu yang runsing dalam mencari botol susu bayi terbaik untuk si comel, anda boleh ketahuinya dengan hanya perlu menjawab kuiz di sini.

Ada Caranya Untuk Pastikan Anak Minum Dari Botol Susu, Beri Botol Susu Terbaik Ini Untuk Melancarkan Proses Penyusuan Anak

Botol susu merupakan salah satu keperluan yang paling penting dalam kehidupan bayi terutamanya pada 2 tahun pertama kelahirannya. Malah sebahagian besar ibu bapa gemar membeli botol lebih awal sebelum si manja lahir lagi di samping keperluan lain seperti pakaian dan barangan berpantang untuk si ibu.

Namun pemilihan botol  juga ada caranya ya. Ini kerana tidak semua botol susu terbaik diperbuat daripada material yang sama, malah setiap puting baby juga direka khas mengikut usia bayi. Yang paling penting sekali, ibu bapa perlu memilih botol yang bebas BPA untuk keselamatan anak.

Cara Memilih Botol Susu Terbaik

botol susu

Buat pengetahuan ibu bapa, ada sesetengah bayi akan menolak untuk minum menggunakan botol susu. Ini kerana si manja anda sudah terbiasa dengan susu badan.

Berikut merupakan beberapa perkara yang perlu dipertimbang dan diambil kira sebelum membuat pembelian:

1. Material botol susu terbaik

  1. Milk bottle kaca biasanya diperbuat daripada plastik, gelas, atau silikon. Gelas tempered adalah lebih tahan lama dan boleh kuat pabila ia terhentak tidak kira bila atau malah jika ia jatuh sekalipun. Botol gelas adalah tahan kejutan haba dan tidak merosakkan warna atau bau. Walaubagaimanapun, ia adalah agak lebih mahal dan biasanya agak berat.
  2. Botol plastik pula diperbuat daripada polypropylene, sejenis plastik yang kuat, dan yang paling berbaloi dan ringan di pasaran. Namun, ia tidak boleh digunakan di dalam mesin ketuhar mikro atau diletakkan di dalam mesin pencuci pinggan mangkuk. 
  3. Botol silikon adalah satu jenis yang paling terkini di pasaran sekarang, dan ia diperbuat daripada silikon: sejens material yang lembut dan fleksibel bebas daripada bahan kimia seperti BPA, PVC, dan Phthalate. Walaupun ia slamat untuk digunakan di dalam mesin pencuci pinggan mangkuk, ia mungkin boleh menyerap bau lama kelamaan. 

2. Saiz Botol

Kebanyakkan botol datang di dalam dua saiz, sama ada 4 auns atau 8 auns. Botol bersaiz 4 auns adalah biasanya sesuai untuk bayi baru lahir yang kurang makan pada setiap sesi penyusuan berbanding bayi yang lebih besar.

Sementara itu, botol bersaiz 8 auns adalah lebih sesuai untuk bayi yang lebih besar yang perlu makan lebih lagi.

Bayi yang baru lahir hanya boleh minum satu auns atau dua pada setiap hidangan, sementara bayi pada usia 6 bulan mungkin boleh minum sekitar 6-8 auns pada setiap hidangan.

Bergantung pada pilihan anda, anda pastinya mahu mempunyai campuran botol kecil dan besar, atau mendapatkan botol besar dari mula dan isinya hanya separuh botol sewaktu beberapa bulan pertama proses menyusu.

3. Bentuk Botol

Botol yang direka mengikut rekaan standard dan tradisional berfungsi baik untuk majoriti bayi. Botol dengan sudut leher adalah membengkok pada leher untuk melindungi udara daripada memenuhi ruangan puting, menjadikannya lebih mudah untuk penyusuan, mengelakkan bayi anda daripada mendapat masalah gas perut. 

Botol pelapik pakai buang mengandungi tempurung keras plastik yang memegang sebungkus susu individu. Ketika bayi sedang minum, beg tersebut akan jatuh, mengurangkan masalah gas.

Botol dengan leher yang lebih luas mempunyai pembukaan luas pada bahagian atas dan putingnya, menjadi seakan pengalaman penyusuan badan paling dekat, dan membuatkannya sesuai untuk bayi suka menukar payudara sama ada kiri atau kanan.

Sementara, botol berventilasi mempunyai tiub yang direka siap sedia di dalamnya untuk mengelak poket udara daripada membentuk di dalam botol atau puting, yang mana bermakna untuk membantu mencegah gas tetapi mungkin menjadikannya lebih sukar untuk dicuci.

4. Saiz Puting Botol

Jenama botol kebanyakkannya akan menawarkan saiz puting yang berbeza, setiapnya dengan kadar saluran susu yang berbeza.

Puting untuk bayi yang baru lahir dan saluran yang perlahan adalah direka untuk bayi baru lahir dan bayi muda. Ia menyediakan saluran susu lebih perlahan jadi bayi anda akan tidak sedawa terlalu awal. 

Untuk puting dengan saluran yang lebih laju pula ia direka untuk bayi yang lebih tua yang boleh menelan lebih banyak susu dan kemudian boleh mengawal aliran cecair dengan lebih pantas.

Puting untuk botol bayi adalah dikelaskan ke dalam beberapa tahap berdasarkan pada aliran mereka – aliran merujuk kepada bagaimana cepat atau lambat susu itu keluar, yang mana dikendali oleh saiz lubang puting.

Puting adalah secara tipikal ditanda dengan tahap atau level pada bahagian kanan sisi rimnya, serta juga saiz bayi yang disarankan dan rangkaian usia untuk setiap tahap. Gunakan penanda ini sebagai pandan, dan perhatikan pada habit penyusuan bayi untuk melihat bila anda perlu melaraskannya.

  • Puting tahap 1 – Kebanyak bayi baru lahi bermuda dengan puting aliran perlahan tahap 1, yang mana direka untuk secara lembut menyalurkan susu pabila mulut bayi mula menyentuh puting tersebut. 
  • Puting tahap 2 – Selepas beberapa bulan, kebanyakkan bayi baru lahir menunjukkan progres dengan puting pada tahap 2 (atau lebih tinggi) kerana mereka boleh mengendalikannya lebih cepat dan aliran susunya lebih besar. 
  • Puting tahap 3 – Sesetengah bayi boleh hidup dengan puting tahap 2 selamanya, tetapi jika bayi anda seakan sukar dengan puting tahap 2 selama 6 bulan penggunaannya, dia mungkin sudah siap sedia untuk berganjak kepada tahap seterusnya yang mana puting tahap 3. 

5. Jenis Puting

Ada Caranya Untuk Pastikan Anak Minum Dari Botol Susu, Beri Botol Susu Terbaik Ini Untuk Melancarkan Proses Penyusuan Anak

Puting tradisional adalah berbentuk seakan loceng dari jenis lateks yang hadir dengan hampir semua botol bayi. Puting ortodontik mempunyai top seakan mentol dan dasar yang lebih flat direka untuk melindungi lelangit bayi. 

Sementara itu, puting top yang flat mempunyai dasar mentol yang lebih besar dan top yang flat jadi ia direka dengan bentuk seakan payudara. Puting anti-vakum adalah direka untuk mencegah kolik dan masalah gas perut.

Terdapat juga puting senis multi-flow, yang mana membolehkan anda untuk melaraskan posisi puting untuk mengawal aliran susu. Terakhir sekali, puting pakai bang adalah steril, puting yang dibalut secara individual yang membolehkan anda untuk membersihkannya dengan lebih mudah, tetapi ia tidak boleh digunakan semula.

6. Material Puting Bayi

Lateks tradisional mempunyai rasa yang lembut dan lentur tetapi ia perlu digantikan dengan lebih kerap dek kerana ia akan mudah rosak. Biarpun sesetengah bayi boleh jadi alergik kepada lateks. Selain itu, puting dengan silikon gred-makanan adalah lebih anjal dan lebih bertahan lama dengan rasa yang lembut. Ia mencetus beberapa alergi dan bertahan lebih lama berbanding puting jenis lateks.

7. Keserasian Dengan Pengepam Payudara

Jika anda melakukan proses penyusuan payudara dan menggunakan pengepam susu, anda perlu memilih sejenis botol yang sesuai dengan pengepam susu, sama ada secara terus atau melalui penyesuai. Ia berguna sejak anda boleh menggunakannya pengepam susu secara terus ke dalam botol untuk penyimpanan.

8. Keserasian Dengan Pensteril

Jika anda menggunakan pensteril UV, pastikan yang botol anda beli adalah serasi untuk digunakan di dalam jenis pensterilan. Ia akan membantu anda untuk mengelakkan isu masalah ketoksikan yang berhubung dengan pencairan material.

9. Pilihan Bayi Anda

Selepas beberapa percubaan dan kegagalan, anda akan belajar yang mana botol dan stail puting yang bayi anda sukakan. Ia boleh menjadi satu idea baik untuk bereksperimentasi dengan beberapa jenis botol di dalam senarai ini untuk mengenal pasti yang mana pilihan bayi anda.

Walau apa pun, pastikan anda memilih botol dan puting bayi yang selamat untuk mereka gunakan serta mudah untuk dipegang oleh si comel bagi mengelakkan ia terjatuh ke atasnya. 

10 Pilihan Botol Susu Terbaik di Malaysia

Bagi membantu anda membuat pilihan, jom lihat senarai di bawah!

Botol Susu Terbaik
Philips Avent Natural
Terbaik pilihan ramai
more info icon Beli di Shopee
Pigeon PP Wide Neck
Terbaik seakan puting ibu
more info icon Beli di Shopee
Tommee Tippee
Terbaik pilihan nombor satu di UK
more info icon Beli di Shopee
MAM Easy Start Anti-Colic Bottle
Terbaik anti-kolik
more info icon Beli di Shopee
Medela Calma
Terbaik berkualiti
more info icon Beli di Shopee
ComoTomo Natural Feel
Terbaik ventilasi udara berganda
more info icon Beli di Shopee
NUK Smooth Flow
Terbaik mengawal kadar aliran penyusuan bayi
more info icon Buy from Lazada
Hegen PCTO Feeding Bottle
Terbaik mudah dikendalikan
more info icon Beli di Shopee
Autumnz - PP Wide Neck Feeding Bottle
Botol Susu Terbaik Dengan Rekaan Ergonomik
more info icon Beli di Shopee
Japlo Easy Carry Feeding Bottle
Botol Susu Terbaik Harga Bajet
more info icon Beli di Shopee

Philips Avent Natural

Botol Susu Terbaik Pilihan Ramai

Ada Caranya Untuk Pastikan Anak Minum Dari Botol Susu, Beri Botol Susu Terbaik Ini Untuk Melancarkan Proses Penyusuan Anak

Kenapa produk ini bagus?

Philips Avent merupakan jenama yang sangat dipercayai di Malaysia dan produk keluarannya sentiasa menjadi pilihan para ibu. Botol susu Avent ini direka khusus buat ibu yang mahu menyusu badan dan menggunakannya pada masa yang sama. Bentuk puting yang menyerupai payudara ibu, dengan material yang lembut sememangnya memudahkan transisi daripada payudara ke botol.

Apa yang kami suka:

  • Botol susu Avent menggunakan material plastik bebas BPA.
  • Bentuk ergonomik yang memudahkan bayi untuk pegang.
  • Puting lembut yang mudah dilentur mirip payudara ibu menyusu.
  • Rekaan bagi mengelakkan botol masuk angin penyebab colic.
  • Botol susu Avent lebar memudahkan cucian.

Pigeon PP Wide Neck

Botol Susu Terbaik Seakan Puting Ibu

Ada Caranya Untuk Pastikan Anak Minum Dari Botol Susu, Beri Botol Susu Terbaik Ini Untuk Melancarkan Proses Penyusuan Anak

Kenapa produk ini bagus?

Botol susu Pigeon memudahkan ibu yang berjauhan dengan si manja, dengan memudahkan penerimaan si manja untuk minum susu ibu dengan penggunaan botol. Bayi dapat minum susu dengan semulajadi mirip seperti cara hisapan susu pada payudara ibu. Botol susu Pigeon mempunyai pelbagai saiz mengikut usia bayi dan mempunyai pelbagai corak yang menarik. Botol susu Pigeon ini boleh disteril sehingga tahap suhu 120 bagi memastikan kuman dimatikan dengan baik.

Apa yang kami suka:

  • SofTouch ™ Peristaltic PLUS Nipple adalah 100% silikon 
  • Puting sangat lembut dan fleksibel untuk membolehkan pergerakan lidah semula jadi dan lancar
  • Sistem Pengudaraan Udara (AVS ™) mengurangkan angin masuk,yang merupakan penyebab kolik.
  • Bentuk botol senang dipegang
  • Botol diperbuat daripada bahan Polyphenylsulfone (PPSU) dengan ketahanan panas yang tinggi dan tahan lasak.
  • Bebas BPA

Tommee Tippee

Botol Susu Terbaik Pilihan Nombor Satu Di UK

Ada Caranya Untuk Pastikan Anak Minum Dari Botol Susu, Beri Botol Susu Terbaik Ini Untuk Melancarkan Proses Penyusuan Anak

Kenapa produk ini bagus?

Tommee Tippee merupakan jenama aksesori penyusuan bayi nombor satu di UK dan kekal sebagai salah satu jenama bayi yang paling dipercayai dan dikenali di dunia, disukai oleh bayi malah disyorkan oleh generasi ibu bapa.

Botol susu Tommee Tippee Closer To Nature direka secara intuitif untuk menjadi yang paling dekat dengan payudara ibu, menjadikannya lebih mudah untuk menggabungkan payudara dan botol. Semua botol Tommee Tippee bebas BPA dan phthalate.

Apa yang kami suka:

  • Botol susu Tommee Tippee menggunakan material bebas BPA
  • Rekabentuk botol susu Tommee Tippee memudahkan bayi memegang botol dengan baik.
  • Teknologi anti-kolik 3 yang unik menarik keluar udara dari susu
  • Straw pengesan haba terbina dalam memberi anda jaminan tambahan bahawa susu anda adalah suhu yang tepat
  • Botol susu Tommee Tippee menggunakan puting yang lembut mimik puting pada payudara ibu yang menyusu.
  • Boleh memilih puting susu dengan kadar aliran yang paling sesuai dengan keperluan bayi di setiap peringkat.

MAM Easy Start Anti-Colic Bottle

Botol Susu Terbaik Anti-Kolik

Ada Caranya Untuk Pastikan Anak Minum Dari Botol Susu, Beri Botol Susu Terbaik Ini Untuk Melancarkan Proses Penyusuan Anak

Kenapa produk ini bagus?

Tahukah anda, 80% ibu mengesahkan si manja yang menggunakan botol susu MAM ini  kurang mengalami kolik dan masalah angin. Itu sahaja sudah cukup untuk membuktikan yang botol susu MAM Easy Start Anti-Colic ini sememangnya antara yang terbaik.

Tambahan lagi, majoriti bayi mudah untuk menerima botol susu MAM ini disebabkan puting SkinSoft selain bentuk puting yang memudahkan bayi untuk minum dengan selesa mengikut kadar sendiri.

Apa yang kami suka:

  • Pangkalan berventilasi MAM yang inovatif membolehkan bayi minum dengan selesa mengikut kadar mereka sendiri
  • Fungsi sterilisasi diri adalah selamat dan sesuai untuk ibu dan bayi yang sentiasa dalam perjalanan.
  • MAM Teat tersedia dalam enam kadar aliran yang berbeza – Aliran Lambat Tambahan (0+ bulan), Aliran perlahan (0+ bulan), Aliran sederhana (2+ bulan), Aliran pantas (4+ bulan), Aliran cepat bebas tumpahan (4 + bulan) dan aliran yang sangat pantas untuk cecair yang lebih tebal (6+ bulan)

Medela Calma

Botol Susu Terbaik Berkualiti

Ada Caranya Untuk Pastikan Anak Minum Dari Botol Susu, Beri Botol Susu Terbaik Ini Untuk Melancarkan Proses Penyusuan Anak

Kenapa produk ini bagus?

Botol susu Medela Calma adalah penyelesaian penyusuan inovatif yang dicipta untuk bayi yang menyusu dari payudara. Ia direka untuk tidak mengganggu penyusuan, dengan memberikan si manja keadaan yang sama seperti menyusu badan.

Botol susu Medela diperbuat di New Zealand dan bebas dari material BPA. Ibu-ibu di Malaysia ramai yang memilih milk bottle untuk penggunaan si manja bukan sahaja kerana jenamanya, tetapi kerana produk yang berkualiti.

Apa yang kami suka:

  • Botol susu Medela mempunyai puting berventilasi: Membantu mengelakkan kegatalan
  • Meniru tingkah laku makan semula jadi yang menyokong peralihan mudah dari botol ke payudara.
  • Injap kawalan aliran: Membolehkan bayi mengawal aliran susu.
  • Calma tidak mudah tumpah dan menitis.
  • Dot Calma membantu bayi untuk mengelakkan menelan udara semasa penyusuan
  • Satu saiz dan bentuk sesuai untuk semua

ComoTomo Natural Feel

Botol Susu Terbaik Ventilasi Udara Berganda

Ada Caranya Untuk Pastikan Anak Minum Dari Botol Susu, Beri Botol Susu Terbaik Ini Untuk Melancarkan Proses Penyusuan Anak

Kenapa produk ini bagus?

Botol susu ComoTomo merupakan salah satu botol minuman bayi pilihan ramai ibu ayah di Malaysia. Jenama ini meletakkan ventilasi udara berganda yang pintar dan tidak bocor untuk mengelakkan kolik.

Reka bentuk leher lebar memudahkan pembersihan selain menggunakan bahan silikon yang bersih maka ibu tidak perlu bimbang tentang bahan kimia toksik.

Yang paling penting, botol ini  direka untuk meniru penyusuan susu ibu untuk membantu bayi dengan mudah beralih dari menyusui ke penyusuan botol jadi pastinya tiada masalah ‘keliru puting’ lagi!

Apa yang kami suka:

  • Puting yang lembut sesuai untuk kegunaan bayi.
  • Material botol susu ComoTomo – Silikon + PPSU, Puting – Silikon.
  • Botol susu Comotomo direka untuk meniru penyusuan bayi dan mengurangkan penolakan botol.
  • Ventilasi udara yang tidak bocor untuk mengelakkan kolik.
  • Direka dengan bentuk lebar dan puting berbentuk semula jadi untuk membantu si manja beralih dari payudara ke botol dengan lancar.
  • Reka bentuk leher yang sangat lebar membolehkan pembersihan mudah dilakukan dengan tangan tanpa berus
  • Selamat digunakan dalam ketuhar gelombang mikro, air mendidih, mesin basuh pinggan mangkuk dan pensteril
  • Sistem anti kolik menghalang pengambilan udara yang tidak diingini dan mengurangkan kolik

NUK Smooth Flow

Botol Susu Terbaik Mengawal Kadar Aliran Penyusuan Bayi

Ada Caranya Untuk Pastikan Anak Minum Dari Botol Susu, Beri Botol Susu Terbaik Ini Untuk Melancarkan Proses Penyusuan Anak

Kenapa produk ini bagus?

Botol susu NUK Smooth Flow Bottles adalah penyelesaian anti-kolik dengan reka bentuk puting yang unik yang membolehkan bayi mengawal kadar aliran untuk penyusuan bebas kolik.

Puting Smooth Flow ini menyesuaikan aliran berdasarkan bagaimana bayi minum, mengikut kekuatan hisapan bayi untuk memastikan si manja akan sentiasa mempunyai kadar aliran yang betul. Petunjuk suhu SafeTemp akan memberitahu jika susu terlalu panas.

Apa yang kami suka:

  • Puting susu NUK Smooth Flow ™ membolehkan bayi mengawal kadar aliran
  • Botol susu NUK mempunyai petunjuk SafeTemp ™ menunjukkan ketika susu terlalu panas
  • Petunjuk termometer biru memudar apabila susu terlalu panas dan muncul semula apabila susu telah sejuk dan selamat diminum.
  • Puting meniru bentuk puting penyusuan ibu semasa menyusu
  • Botol susu NUK mempunyai leher lebar senang dibersihkan
  • Bebas BPA

Hegen PCTO Feeding Bottle

Botol Susu Terbaik Mudah Dikendalikan

Ada Caranya Untuk Pastikan Anak Minum Dari Botol Susu, Beri Botol Susu Terbaik Ini Untuk Melancarkan Proses Penyusuan Anak

Kenapa produk ini bagus?

Botol susu Hegen ini direka dengan bentuk petak dan cara pengendalian sebelah tangan di mana aanda tidak perlu memusingkan penutup dengan dua belah tangan. Hanya menggunakan konsep Press-to-Close dan Twist-to-Open. Mudah kan? 

Menariknya lagi, botol susu Hegen ini boleh digunakan dalam jangka masa yang panjang kerana bahagian tudung botol boleh ditukarkan menjadi penutup bekas ataupun puting botol. Jika anak tidak lagi menyusu botol, anda boleh menyimpan bahan lain seperti bijirin, biskut, serbuk makanan atau air minuman. 

Apa yang kami suka:

  • Botol susu Hegen mudah dikendalikan
  • Puting seakan puting ibu
  • Jika tidak digunakan, ia boleh digunakan sebagai bekas makanan
  • Mempunyai puting botol yang lembut untuk bayi dan berbentuk seakan-akan puting payudara

Autumnz – PP Wide Neck Feeding Bottle

Botol Susu Terbaik Dengan Rekaan Ergonomik

Ada Caranya Untuk Pastikan Anak Minum Dari Botol Susu, Beri Botol Susu Terbaik Ini Untuk Melancarkan Proses Penyusuan Anak

Kenapa produk ini bagus?

Botol penyusuan PP (Polypropylene) leher lebar Autumnz direka untuk memenuhi keperluan penyusuan semua bayi. Diperbuat daripada polipropilena gred makanan berkualiti tinggi dan bebas daripada Bisphenol A, botol itu membolehkan bayi anda menyusu dengan cara semula jadi dan selesa.

Bentuk botol yang direka bentuk ergonomik menjadikannya mudah dipegang semasa penyusuan. Botol yang selamat dan tahan lama untuk digunakan.

Apa yang kami suka :

  • Bentuk lembut silikon 100% aslinya padan membolehkan bayi melekap dengan mudah.
  • Puting anti-kolik dengan sistem injap udara mengurangkan kolik dan gas untuk suapan yang selesa.
  • Botol direka bentuk lebar ergonomik mudah untuk dipegang oleh bayi.
  • Botol leher lebar menjadikannya mudah diisi dan dibersihkan.
  • Diperbuat daripada bahan PP (Polypropylene) dan gred makanan berkualiti tinggi.
  • Didatangkan dengan bahagian yang lebih sedikit, mudah dipasang dan dibersihkan.
  • Tersedia dalam warna jernih, biru dan merah jambu.
  • Bebas BPA

Japlo Easy Carry Feeding Bottle

Botol Susu Terbaik Harga Bajet

Ada Caranya Untuk Pastikan Anak Minum Dari Botol Susu, Beri Botol Susu Terbaik Ini Untuk Melancarkan Proses Penyusuan Anak

Kenapa produk ini bagus?

Botol dengan bentuk bulat untuk tangan kecil bayi ini mampu digenggam dengan selesa dan semua botol mempunyai leher dalaman yang licin dan tiada tepi yang tajam, oleh itu tiada perangkap kuman dan sangat selamat untuk digunakan.

Produk Bayi Japlo telah mematuhi keperluan Halal mengikut Hukum Syarak. Ia menunjukkan bahawa proses pembuatan mereka untuk produk adalah selamat untuk kegunaan dan penggunaan orang Muslim di seluruh dunia.

Puting anti-kolik yang digunakan membenarkan air masuk ke dalam botol semasa bayi anda menyusu. Ini menghalang puting daripada rosak, membolehkan dia mendapat aliran yang stabil tanpa meneguk udara dan menyebabkan kolik pada bayi.

Apa yang kami suka :

  • Botol dengan penutup dan puting silikon gred makanan bebas BPA.
  • Diperbuat daripada polipropilena gred makanan berkualiti tinggi.
  • Tidak toksik, ringan dan tahan haba hingga 120°C.
  • Lengkap dengan puting silikon, penutup skru, penutup dan botol.
  • Puting ditutup dengan hud pelindung untuk goncangan dan pencampuran suapan yang mudah.
  • Mudah dibersihkan dengan mana-mana berus botol. Tiada perangkap kuman dan tiada tepi tajam. Mematuhi EN 71-3.

Perbandingan Harga Botol Susu Terbaik di Malaysia

Produk Saiz Isipadu Harga Pasaran
Philips Avent Natural 125ml RM24.90 – RM41.90
Pigeon PP Wide Neck 160ml, 240ml & 330ml RM15.90 – RM61.75
Tommee Tippee 260ml RM20.49 – RM33.90
MAM Easy Start Anti-Colic Bottle 130ml RM36.96 – RM39.90
Medela Calma 150ml RM126.00
ComoTomo Natural Feel 150ml & 250ml RM89.00
NUK Smooth Flow 150ml RM34.90
Hegen PCTO Feeding Bottle 150ml RM81.90
Autumnz – PP Wide Neck Feeding Bottle 140/150/240/250ml RM14.80M -RM32.75
Japlo Easy Carry Feeding Bottle 120ml RM9.00 – RM16.90

Kenapa Perlu Menyusu Dengan Botol Susu Terbaik

botol susu

Proses penyusuan dengan botol adalah sebahagian rutin penting bagi si ibu yang sibuk tidak kira si ibu menyusu badan atau pun menggunakan kaedah penyusuan susu formula.

Anda mungkin tidak berkesempatan untuk melalukan penyusuan badan berikutan kekangan masa di dalam kehidupan harian anda sebagai seorang ibu bekerja, atau senang kata tidak sihat secukupnya untuk memberikan penyusuan badan. 

Di dalam kes ini, penyusuan botol akan dapat membantu di dalam menggantikan masa-masa yang di mana anda tidak dapat secara terus memberikan penyusuan badan, berikutan susu yang dipam masih boleh diambil oleh bayi anda dengan menggunakan botol bayi adalah pilihan terbaik. 

Ia juga memberikan si comel anda mendapat satu peluang untuk bayi anda mempunyai jalinan dalam proses penyusuan dengan anda.

Jika sekarang ini anda sedang melakukan proses penyusuan badan tetapi berharap untuk membuat perubahan kepada pemberian susu menerusi susu botol, anda boleh memilih untuk menunggu sehingga bayi anda telah dapat berganjak daripada proses disusukan dengan penyusuan badan sebelum memperkenalkan kepada botol, biasanya di antara 3 ke 6 minggu.

Tips Memberi Botol Susu Terbaik Kepada Bayi Anda

Ada Caranya Untuk Pastikan Anak Minum Dari Botol Susu, Beri Botol Susu Terbaik Ini Untuk Melancarkan Proses Penyusuan Anak

Pabila anda memperkenalkan botol susu, sesetengah bayi akan memberi respon seakan akan di atas permukaan air, sementara sesetengahnya akan mengambil sedikit masa untuk dipraktik (dipujuk) untuk mula menyedut keluar kepada sains.

Tip penyusuan botol susu ini dapat membantu anda memulakan proses ini.

1. Sediakan botol susu

Jika anda menyediakan susu formula, baca langkah penyediaan pada tin susu dan secara berhati-hati kekal dengannya.

Formula yang berbeza memerlukan ratio serbuk susu yang berbeza atau konsentrasi cecair kepada air jika anda tidak menggunakan formula yang sedia siap. Menambah terlalu banyak atau terlalu sedikit air boleh jadi merbahaya kepada kesihatan bayi anda yang baru lahir.

Untuk memanaskan botol, lalukannya di bawah air suam ke panas untuk beberapa minit, letakkannya di dalam satu mangkuk yang dipenuhi air panas atau gunakan pemanas botol. Anda juga boleh berganjak dari proses pemanasan ini semuanya jika bayi anda lebih menggemari susu sejuk.

Jangan sekali memanaskan botol susu di dalam mesin gelombang mikro – ia boleh menghasilkan spot panas tidak jelas yang mana mungkin boleh menyebabkan bibir bayi anda kelecuran.

Susu ibu yang dipam segar tidak perlu dipanaskan. Tetapi ia keluar dari peti sejuk atau baru sahaja dibekukan di dalam bahagian pembeku peti ais, anda boleh panaskannya semula seakan kaedah susu formula.

Tidak kira susu apa di dalam menunya, jangan sekali menambah bijirin bayi ke dalam sebotol susu formula atau susu ibu yang dipam dari payudara.

Bijirin tidak akan membantu bayi anda tidur sepanjang malam, dan bayi boleh jadi terpaksa berjual untuk menelannya atau malah juga menyebabkan tercekik.

Tambah lagi, si kecil anda mungkin akan meningkat berat badan dengan terlebih-lebih jika dia minum lebih daripada apa yang dia perlukan.

 2. Uji Botol Susu Bayi

Sebelum anda memulakan proses penyusuan, berikan botol berisi susu formula satu goncangan yang baik dan dengan lembut putar botol yang berisi susu ibu, kemudian semak suhunya – beberapa titis pada bahagian dalam pergelangan tangan akan memberitahu anda jika ia terlalu panas.

Jika cecairnya dirasakan suam, anda boleh meneruskan sesi pemberian susu kepada bayi.

3. Duduk pada posisi penyusuan botol yang selesa

Anda pastinya akan duduk dengan bayi anda sekurang-kurangnya 20 minit atau lebih, jadi cuba relaks dan cari posisi yang selesa untuk anda dan bayi.

Sokong kepala bayi dengan lengan anda, memberikannya posisi pada 45-darjah dengan kepala serta lehernya selari. Letakkan bantal di sisi anda untuk lengan anda berehat jadi ia tidak akan cepat merasa penat.

Ketika anda menyusukan bayi anda, pastikan botol pada satu sudut berbanding tegak ke atas atau ke bawah.

Memegang botol pada sisi mengiring sedikit ke tepi membantu aliran keluar susu lebih perlahan untuk memberikan bayi anda lebih kawalan akan berapa banyak yang dia mahukan, yang mana boleh membantu mencegah batuk atau tercekik. Ia juga membantunya mengelak daripada mengambil masuk terlalu banyak udara, mengurangkan risiko untuk ketidakselesaan gas perut.

Sekitar separuh botol, berhenti seketika untuk menukar arah. Ia akan memberikan bayi anda sesuatu yang baru untuk dilihat dan sama penting dalam memberikan tangan anda yang penat sedikit kelegaan.

4. Lakukan pemeriksaan puting

Sewaktu pemberian susu, beri perhatian akan bagaimana rupa bayi anda dan bunyinya ketika dia menghirup susu. Jika bayi anda membuat bunyi meneguk dan berkecak sewaktu penyusuan dan susu seakan mudah untuk menggelecek keluar mulutnya, ini menunjukkan yang aliran puting botol adalah mungkin terlalu pantas. 

Jika dia seakan bekerja keras untuk menyedut dan seakan kecewa, aliran keluar susu mungkin terlalu perlahan. Jika kes ini berlaku, longgarkan penutup botol sedikit (jika penutup botol terlalu ketat ia boleh menyebabkan satu masalah vakum), atau cuba dengan puting yang baru.

Dengan ini, kami di TheAsianparent berharap agar artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mencari botol susu terbaik buat si manja agar proses penyusuannya berjalan lancar dan memuaskan.

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Menceraikan Anak Daripada Susu Botol, Pandan Untuk Ibu Bapa

Baca juga: Bahaya Guna Botol Susu Bayi Lebih 3 Bulan, Kandungan BPA Menjejaskan Otak Si Manja

Baca juga: Ibu, JANGAN Basuh Botol Susu Dengan Pencuci Pinggan, Ia Boleh Bahayakan Si Kecil!