Bow Sim-Mark, ibu Donnie Yen juga pakar dalam seni mempertahankan diri!

Bow-Sim Mark menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu terhadap anak-anaknya dan berasa sangat susah untuk beliau menjadi seorang ibu yang penyayang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Donie Yen telah menggegar industri Hiburan di Hollywood dengan kemunculannya dalam watak Star Wars: The Rogue One sebagai Chirrut Imwe.

Di samping itu, beliau juga telah membintangi filem Ip Man. Tetapi, di sebalik kehebatan seorang lelaki semestinya berdiri seorang wanita sebagai tunjang dan penguat semangatnya untuk terus berjaya.

Siapakah Ibu Donnie Yen?

Gambar: NextShark

Ibunya, Bow Sim-Mark walaupun tidak menempah nama dalam industri hiburan Hollywood seperti anaknya, tetapi pencapaiannya dalam ilmu seni mempertahankan diri amatlah memberansangkan di China dan Amerika.

Walaupun, beliau seorang wanita bertubuh kecil, Itulah keistimewaannya dan kelebihan yang digunakannya dalam ilmu seni mempertahankan diri. Beliau dilahirkan di Guangzhou, China, dan mempelajari Wushu semasa bersekolah menengah dan Tai Chi. Bakatnya telah diasah oleh sifu Fu Style Taichi , Fu Wing Way dan beliau telah diambil untuk menjadi salah seorang pelajarnya.

Usaha Tangga Kejayaan

Gamnar: NextShark

Beliau berpendapat bahawa untuk berdiri sama rendah duduk sama tinggi dengan lelaki, wanita haruslah bekerja keras, untuk berjaya, seorang lelaki perlu memberi 100% usahanya, tetapi, seorang wanita, mereka harus berusaha 150%.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hasil usaha kerasnya, beliau telah memenangi Kejohanan Taichi di Wuhan pada tahun 1988. Pada tahun 1995, beliau merupakan pemegang tali pinggang hitam Kungfu. Sebelum Mark dan keluarganya berpindah ke US, beliau telah dikenali di serata China bukan sahaja kehebatannya menandingi kaum adam di serata dunia.

Berhijrah ke Amerika

Gambar: NextShark

Beliau adalah antara orang yang terawal memperkenalkan Wushu di Amerika. Manakala di China Town, hanya beberapa sekolah Kungfu ditubuhkan dan tiada pengajar Wushu di sana.

Ramai orang berfikir tubuh kecilnya mudah dikalahkan pesaing. Akan tetapi, sangkaan mereka jauh sekali. Beliau telah berlawan dengan anak muridnya dalam “circular Yin Yang” dan dengan mudahnya beliau telah menewaskan anak muridnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Beliau juga mahir dalam menggunakan Pedang Wudang, pedang yang sama seperti di dalam movie blockbuster “Crouching Tiger Hidden Dragon” yang popular pada tahun 2000.

Bow-Sim Mark Sebagai Seorang Ibu?

Gambar: NextShark

Chris Yen anak perempuannya memberitahu ibunya telah menyelami dan mempelajari bidang seni mempertahankan diri hampir seumur hidupnya. Chris Yen juga telah mengikut jejak langkah ibu dan abangnya Donnie Yen untuk menceburkan diri dalam bidang hiburan dan seni mempertahankan diri.

Chris Yen berpendapat ibunya telah melayannya sama seperti pelajar lain di kelas. Mempunyai pertalian darah sebagai anak dan ibu bukanlah suatu alasan untuk bermanja dengan ibunya. Di kelas, dua beranak ini tidak ubah seperti seorang murid menuntut ilmu dengan gurunya, tegas dan berdisiplin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walupun, di rumah, semuanya tidak berubah. Bow-Sim Mark menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu terhadap anak-anaknya dan berasa sangat susah untuk beliau menjadi seorang ibu yang penyayang.

“Beliau adalah seorang wanita yang jarang berkata dan simpan perasaannya kepada dirinya sendiri. Saya tidak begitu pasti bahawa abang saya dan saya pernah mempunyai perbualan sebenar dengan dia, “kata Chris.

Oleh kerana itu, hubungan Mark dengan anak perempuannya menyimpang lebih ke arah tuan / murid berbanding dengan ibu / anak perempuan. Beliau juga mengakui bahawa beliau bukanlah seorang ibu yang baik. “Donnie dan Chris mempunyai kekuatan dan hati yang baik. Saya sentiasa tahu mereka akan menjadi baik.” kata Mark.

Kehidupan Bow Sim-Mark Sekarang

Minatnya di dalam seni mempertahankan diri adalah lebih menjurus kepada kesenian ilmu mempertahankan diri tersebut dan tidak menjurus kepada pertandingan dan perlawanan semata-mata.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekarang Mark yang sudah berusia 74 tahun telah menyerahkan amanat utuk meneruskan legasinya kepada anak perempuan dan anak muridnya Jean Lukitsh. Pada usia emas ini Bow Sim Mark sudah hampir bersara dalam bidang seni mempertahankan diri dan lebih menjaga kesihatannya.

Beliau berjalan kaki di tepian Sungai Charles setiap pagi. Menjaga kesihatan amat penting di usia senja ini.

Kisah ini jelas menunjukkan bahawa ibu bapa adalah pencorak masa depan anak-anak. Buktinya kedua-dua anak Bow Sim Mark telah berjaya dalam bidang sama diceburi beliau. Malah kedua-dua anaknya telah menempah nama di persada seni Hollywood.

Rencana dipetik dan diterjemah daripada NextShark.

Semua gambar daripada NextShark.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Michelle Goh