Makan Pelbagai Jenis Buah-Buahan Menjadikan Anak Bijak? Ibu Hamil Elok Amalkan!

Menurut para saintis dari Universiti Alberta, mereka mendapati bahawa pengambilan buah-buahan ketika hamil dapat membantu perkembangan kognitif bayi. Yakni menjadikan anak lebih mahir berfikir, mengira, membaca dan sebagainya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sememangnya buah-buahan elok diambil semua orang sebenarnya. Disarankan pengambilan buah yang ideal adalah dua kali sehari. Namun manfaat buah-buahan buat ibu hamil pula adalah lebih kepada bayi. Selalunya ibu hamil mesti tertanya-tanya apakah aktiviti semasa hamil yang elok dilakukan untuk menjadikan anak bijak?

Makan buah-buahan adalah salah satunya caranya!Menurut para saintis dari Universiti Alberta, mereka mendapati bahawa pengambilan buah-buahan ketika hamil dapat membantu perkembangan kognitif bayi. Yakni menjadikan anak lebih mahir berfikir, mengira, membaca dan sebagainya.

Menurut artikel Science Daily pada tahun 2016 juga turut menyokong bahawa ibu yang makan buah-buahan ketika hamil dapat membantu perkembangan kognitif bayi di dalam kandungan. Namun tidak dinyatakan secara terperinci akan jenis buah. Perkembangan kognitif itu juga dikatakan mampu mempengaruhi bayi sehingga berusia satu tahun.

Bagi menyokong kenyataan ini, para saintis telah melakukan eksperimen pada model mamalia. Dan hasil eksperimen ternyata dengan penemuan asal kajian. Ia terbukti pada penemuan manusia dan lalat buah. Apabila ibu hamil memakan buah-buahan juga ditambah dengan jus, memorinya menjadi lebih kuat. 

Penemuan ini cukup berharga buat ibu hamil kerana ia merupakan langkah awal bagi membantu perkembangan kognitif bayi. Nutrien yang terkandung di dalam buah-buahan ternyata dapat mendorong perkembangan otak bayi. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Hasil penemuan eksperimen kami mendapati bahawa adanya manfaat kognitif bagi keturunan ibu yang mengambil lebih banyak buah-buahan ketika hamil,” kata Rachel Ward-Flanagan, penulis utama dan mahasiswa PhD di bawah pengawasan Profesor Clayton Dickson. 

Top 5 buah-buahan elok diamalkan ketika hamil

#1. Pisang
Mengungguli carta nombor satu buah untuk ibu hamil adalah pisang. Pisang mengandungi folat, vitamin C, B6, potassium dan magnesium. Folat berfungsi melindungi fetus daripada mengalami kecacatan tiub eural , vitamin B6 boleh membantu mengawal kadar garam anda. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ketidak seimbangan cecair dalam badan akan menyebabkan loya dan muntah-muntah kepada wanita mengandung. Tetapi pisang yang kaya dengan magnesium akan memastikan keseimbangan cecair dalam badan. Secara umumnya pisang disyorkan setiap hari untuk dimasukkan dalam diet trimester pertama anda.

Malah pengambilan pisang juga dikatakan boleh mengelakkan dari terjadinya keguguran kandungan!

#2. Kiwi
Kiwi menjadi buah kedua kerana kaya dengan vitamin seperti C,E,A, potassium, fosforus, magnesium, asid folik dan serat. Kiwi mempunyai kesan penyembuhan pada sistem pernafasan. Kiwi juga membantu melindungi anda daripada selesema dan batuk. Ia mengurangkan risiko mengurangkan risiko pembekuan darah kerana mengandungi fosforus yang tinggi dan membantu menyerap zat besi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Jambu batu
Nutrien yang terdapat dalam jambu batu membuatkan ia menjadi antara buah wajib yang patut diambil oleh ibu hamil. Ia kaya dengan Vitamin C, E, iso-flavonoids, karotenoid dan polifenol. Jambu batu juga membantu pencernaan dan memberi kekuatan pada sistem saraf bayi. Bagi ibu hamil yang rendah HB, eloklah amalkan pengambilan jambu batu.

#4. Epal
Epal juga menjadi antara buah penting untuk dimakan ibu hamil bagi meningkatkan sistem imun ibu dan bayi. Ia membantu mengurangkan bunyi desahan, asma dan ekzema ketika anak anda membesar. Epal kaya dengan nutrien dan mengandungi vitamin A, E dan D selain zink.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Pir
Pir adalah hampir sama dengan epal dan ia mengandungi kadar asid folik yang tinggi. Ia juga kaya dengan vitamin C. Bagus untuk memperkuatkan sistem imunisasi bayi!

Sumber: Science Daily

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan