Doktor Terkedu Dadu 3 Tahun Dalam Hidung, Akhirnya Anak Mengaku Bahawa...

Siapa sangka sebiji buah dadu tersumbat di dalam hidung seorang kanak-kanak sehingga tempoh 3 tahun ketika bermain. Bagaimana ia boleh berlaku sedemikian?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak-anak yang semakin membesar akan cuba melakukan pelbagai perkara sebagai eksperimen mereka dalam mengenali dunia. Kejadian anak memasukkan mainan kecil di dalam rongga badan bukan lagi suatu perkara pelik, sehinggalah terdapat kes buah dadu tersumbat di dalam hidung.

Kalau tidak memasukkannya ke dalam hidung, mungkin mereka akan menyumbat objek tertentu ke dalam mulut mahupun telinga. Menjadi ibu ayah bukanlah tugas yang mudah kerana terleka sesaat berisiko mengundang tragedi terhadap anak kecil.

Buah dadu tersumbat di dalam hidung

Berdasarkan perkongsian salah seorang doktor dalam akaun Facebook, Redza Zainol telah menceritakan sebuah pengalaman ngeri yang dialami oleh kanak-kanak berusia 9 tahun.

Menurut ibunya tanpa mengetahui punca, tiba-tiba sahaja hidung anaknya telah mengeluarkan cecair merah pekat. Oleh kerana terlalu bimbang situasi yang berlaku terhadap anaknya, dia bergegas membawa kanak-kanak berkenaan ke pusat perubatan berdekatan sebelum dirujuk ke bahagian pakar telinga, hidung dan tekak (ENT).

”Makin lama makin banyak darah yang keluar dari hidung dia. Sebab itulah saya membawanya ke sini.”

Jelas kerisauan pada wajah ibu kepada anak berusia 9 tahun ini. Tiada sejarah jatuh atau demam. Tapi tiba-tiba sahaja hidungnya berdarah.

Saya periksa dalam lubang hidung guna lampu suluh, tetapi tidak nampak apa-apa yang luar biasa. Yang leganya, darah tersebut sudah berhenti dari mengalir.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

”Saya merujuk doktor bahagian hidung (ENT) ya puan. Kejap lagi kami hantar dia ke klinik ENT.”

Hasil pemeriksaan yang mengejutkan

Siapa sangka selepas melakukan pemeriksaan, doktor telah mengesahkan bahawa sebiji buah dadu tersumbat di dalam hidung kanak-kanak berkenaan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Terkejut dengan berita tersebut, si ibu terus mendesak bertanyakan mengenai hal itu. Si kecil telah mendedahkan kejadian sebenar telah berlaku sekitar 3 tahun yang lalu ketika dia main-main memasukkan buah dadu itu ke dalam hidungnya.

Sejam selepas itu, saya mendapat panggilan dari kawan.

”Bro, aku dah scope hidung budak tu. Nanti kau tengoklah. Bukan biasa-biasa patient kau ni.”

Selang dua minit, jururawat dan budak tu pun sampai ke wad. Tersengih-sengih dia.

”Nah doktor. Doktor ENT jumpa dadu ni dalam hidung dia.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Allahu. Rupa-rupanya sudah 3 tahun buah dadu ni berada dalam hidung dia. Mak korek punya korek, barulah dia nak cerita.”

Sebenarnya, dia pada mulanya hanya bermain-main sahaja memasukkan dadu ke dalam hidung. Entah macam mana dia tolak sampai termasuk dadu tu.. kisah benar ini tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

Tips ketika berdepan komplikasi hidung

Dalam pada itu, Dr. Redza turut berkongsikan beberapa tips berkesan yang perlu dilakukan oleh para ibu ayah sekiranya hidung anak mengalami sebarang masalah. Antaranya ialah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Jangan dongakkan kepala. Darah yang keluar akan mengalir masuk semula ke belakang hidung dan berisiko masuk ke bahagian paru-paru.
  • Jangan biarkan darah mengalir daripada hidung dengan begitu sahaja.

Cara betul yang ibu ayah boleh lakukan:

  • Bertenang dan dudukkan anak. Minta dia untuk menundukkan kepala dengan baik.
  • Picit bahagian luar hidung yang lembut selama 10 minit.
  • Letakkan beberapa ketul ais pada bahagian pangkal hidung dan dahi.
  • Setiap 10 minit, periksa sama ada darah sudah berhenti mengalir ataupun tidak.
  • Segera mendapatkan rawatan di hospital sekiranya darah tidak berhenti selepas tempoh 20 minit.

Dalam pada itu, Dr. Redza turut berpesan kepada ibu ayah untuk rajinkan diri memeriksa keadaan lubang telinga anak menggunakan lampu suluh sebulan sekali. Usah terkejut sekiranya menjumpai manik, beras ataupun serangga kecil.

Sebagai kesimpulannya, elakkan memarahi anak jika ibu ayah terpaksa berdepan dengan detik mengerikan ini kerana mereka masih kecil dan tidak tahu tentang sebab akibat perbuatan yang dilakukan.

Meskipun sudah mengawasi sepenuhnya pergerakan anak, sebagai manusia anda juga tidak sempurna. Mungkin kena lebih hati-hati agar kejadian sama tidak berlaku terhadap si manja.

Sumber: Pnews space

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

https://my.theasianparent.comanak-korek-hidung