Covid-19 Dipercayai Bertahan Lebih Lama Pada Buah Zakar, Sebab Itu Lelaki Lambat Sembuh - Kajian

Satu penyelidikan yang dilakukan mengatakan covid 19 boleh bertahan lebih lama pada buah zakar lelaki, oleh sebab itu lelaki yang dijangkiti lambat pulih.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mesti anda terkejut setelah membaca headline di atas, kan? di mana kajian mengatakan buah zakar menyebabkan covid-19 bertahan lama pada lelaki, benarkah? 

Sudah sebulan lebih kita duduk rumah dan menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan susulan penularan wabak corona virus atau pandemik Covid 19 yang semakin meruncing di seluruh negara.

Di Malaysia, di atas kecekapan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia, wabak ini dapat diatasi dengan baik di seluruh negara apabila mencatatkan penurunan dari segi jumlah kematian dan pesakit yang dijangkiti.

Walaubagaimanapun, berdasarkan penelitian secara global, pandemik Covid- 19 dipercayai paling banyak menjangkiti kaum lelaki.

Bagi mengulas perbezaan gender dan pengaruhnya terhadap penularan virus ini, pengkaji asal dari India mencuba beberapa semakan dari segi ilmiah.

Covid-19 bertahan lama pada buah zakar lelaki 

Sebuah kajian yang dijalankan terhadap pesakit Covid-19 di Mumbai, India menemui bahawa lelaki lebih cenderung memerlukan waktu rawatan yang lebih lama supaya benar-benar bebas dari virus corona.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kenyataan ini secara tak langsung memberi penjelasan teori bagaimana perbezaan jantina dapat mempengaruhi sel tertentu dalam tubuh yang mampu membuatkan virus corona lebih bertahan lama.

Sel-sel yang dimaksudkan itu memiliki fungsi sebagai pintu masuk covid 19 iaitu satu reseptor di permukaan sel yang disebut Angiotensin Converting Enzyme 2 (ACE2).

Sel ini akan menempel pada permukaan luar (membaran) sel di beberapa organ seperi peparu, arteri, jantung, ginjal dan usus.

Tidak kira lelaki ataupun perempuan, ACE2 lebih banyak ditemui di bahagian paru-paru. Selain saluran pernafasan dan organ lain seperti jantung.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semasa seseorang individu itu dijangkiti covid-19, organ yang disebut tadi yang akan mengalami gangguan fungsi.

Turut dijelaskan iaitu buah zakar atau testis memiliki kemampuan memompa reseptor ACE2 dan ia tidak dimiliki oleh ovarium orang perempuan.

Testis ini merupakan organ penting dalam sistem reproduksi lelaki dan fungsinya juga adalah untuk menghasilkan sperma dan hormon testosteron.

Benarkah corona virus lebih bertahan lama pada buah zakar lelaki?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ketua pengkaji, Aditi Shastri, seorang ahli onkologi di New York Amerika Syarikat mengajak ibuya Jayanthi Shastri untuk terlibat sama dalam penelitiannya. Ibunya merupakan ahli mikrobiologi di Mumbai India.

Melalui penyelidikan yang diterbitkan medRxiv, para ilmuwan menyatakan hipotesis itu menyebut bahawa virus tersebut boleh bertahan lama dalam tubuh lelaki yang dijangkiti.

Virus tersebut akan bersembunyi di kawasan itu bagi menghindari sistem kekebalan tubuh yang bakal menyerangnya.

Hipotensi ini juga menjawab beberapa alasan mengapa lelaki lebih berisiko tinggi untuk dijangkiti dengan corona virus berbanding perempuan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lebih-lebih lagi, bila sudah dijangkiti, gejalanya berlangsung lebih lama dan parah.

Walaupun penelitian ini masih baru, namun kita tidak boleh mengabaikannya. Paling tidak ada penelitian yang lebih jelas bagi membuktikan keadaan ini.

Lebih ramai lelaki yang meninggal disebabkan corona virus

Bukan hanya di China, kenyataan yang sama turut dikeluarkan oleh pihak Korea Selatan, Itali dan Amerika Syarikat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seperti di New York, kematian pesakit covid 19 di kalangan lelaki mengungguli carta berbanding pesakit wanita. 

Meskipun begitu, penelitian yang lebih lanjut harus dilakukan demi membuktikan covid 19 ini lebih mudah dijangkiti lelaki dan salah satu bahagian yang mudah terima wabak ini adalah buah zakar. 

Kemudian, pasukan perubatan turut melakukan pemeriksaan terhadap pesakit antara lelaki dan perempuan bagi melihat pesakit mana yang lebih cepat sembuh dari covid 19.

Menurut pasukan perubatan, pesakit wanita sekurang-kurangnya memerlukan empat hari untuk kembali sembuh sementara pesakit lelaki pula mengambil masa enam hari atau lebih.

Ada pelbagai sebab lain yang boleh menyokong keadaan ini, salah satunya kerana lelaki lebih suka merokok sekaligus memiliki penyakit seperti tekanan darah tinggi dan masalah jantung. Atas sebab ini jugalah mereka terdedah dengan keadaan ini. 

Sementara itu, melalui Thailand Medical News, ada kesan yang lebih buruk boleh terjadi jika seseorang itu terkena jangkitan virus corona.

Ini kerana berdasarkan hasil kajian dari sekumpulan saintis perubatan di Hospital Suzhou mendapati corona virus ini lebih terancam kepada golongan lelaki.

Kajian tersebut dijalankan daripada 146 pesakit lelaki yang dirawat malah pasukan perubatan turut digesa memantau secara dekat fungsi buah pinggang pesakit lelaki dalam memastikan tiada apa-apa kelainan semasa merawat.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: The Sun, Kumparan 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

10 Perkara Tentang Zakar Suami Yang Akan Buat Isteri TERKEJUT!