Spring Buaian Tertusuk Kepala, Kanak-Kanak Perempuan Jalani 2 Kali Pembedahan!

Kasihannya si kecil ini apabila spring buaian baby tertusuk di kepalanya sampai kena bedah dua kali. Hati-hati ibu ayah yang lain yang mana menggunakan buaian untuk tidurkan anak. Di harap kisah ini tidak berulang kepada orang lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selepas bersalin dan kemudiannya menjalani tempoh berpantang selama 44 hari, ibu sepertinya ingin mendapatkan rehat yang mencukupi supaya badan pulih dari lelah melahirkan. Sampai ada yang menggunakan buaian baby supaya urusan menjaga anak jadi lebih mudah.

Namun, tahukah anda bahawa di sebalik kelebihan buaian baby ini tetap ada bahayanya seperti yang berlaku kepada seorang kanak-kanak perempuan yang terpaksa menjalani dua kali pembedahan gara-gara spring buaian tertusuk di kepalanya.

Dapat tak anda membayangkan bagaimana sakitnya anak kecil ini apabila spring tersebut menusuk di kepalanya.

Spring buaian baby tertusuk kepala

Menurut pihak media di Indonesia, pembedahan tersebut dilakukan bagi membuang spring yang telah terbenam di kepala anak kecil itu.

Kanak-kanak berkenaan, Nazwa Maulida yang berumur 6 tahun, cedera di atas kepalanya selepas menaiki buaian adiknya yang tiba-tiba putus lalu spring buaian baby itu terbenam di kepalanya sehingga tempurung kepala mengalami keretakan yang parah.

Kanak-kanak perempuan ini bergegas dihantar ke Hospital Putri Bidadari Wampu untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun ibu bapanya tidak mempunyai kos kewangan yang mencukupi untuk mendapatkan rawatan sehingga perlu meminta bantuan orang ramai bagi menampung kos pembedahan tersebut.

Buaian bayi keperluan atau kemudaratan?

Mungkin ada di antara kita yang pernah menggunakan buaian dan dalam perancangan untuk menggunakannya bagi menidurkan anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun begitu, anda perlu bertanyakan dan berbincang dengan pasangan sama ada perlu atau tidak buaian ini atau ia hanya boleh mendatangkan kemudaratan di kemudian hari.

Menurut Jururawat, Bel Nawhen ada beberapa alasan yang biasa diberikan ibu bapa bila mahu menggunakan buaian pada anak kecil.

Pertamanya dengan menggunakan buaian dapat menidurkan anak dengan lebih lama. Malah anak akan kelihatan jauh lebih selesa dengan ayunan buaian tersebut.

Keduanya, buaian dipilih oleh kerana mudah tidurkan anak berbanding di atas katil yang memerlukan usaha lebih daripada ibu bapa kerana perlu menepuk-nepuk terlebih dahulu atau menyanyi halus di telinga bayi sampai si kecil tertidur.

Ketiganya, dengan buaian dapat membuatkan ibu bapa melakukan kerja rumah kerana bayi cepat terlena sekiranya terjaga kerana mereka menggunakan buaian.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Benar, buaian ini bukan sahaja memudahkan kerja-kerja ibu di rumah tapi ia membantu seluruh isi rumah kerana si kecil lebih mudah terlena bila di atas buaian.

Jika dahulu, buaian bayi ini menggunakan buaian tali atau dawai yang dipasang pada siling rumah dan kemudian menggunakan kain batik yang disangkut pada pemegangnya.

Tapi kini buaian juga turut mengalami arus pemodenan, apabila dicipta boleh bergerak ke mana-mana dan menggunakan tenaga elektrik tanpa perlu menggunakan tenaga sendiri untuk membuaikan anak.

Walau secanggih mana pun buaian ini, namun tetap ada bahayanya misalnya bayi mudah terperosok dan melengkung ke bawah apabila tidur dalam buaian.

Malah ia tidak mengikut anatomi tubuh yang sepatutnya seperti mereka tidur dalam baby cot.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini kerana, buaian tidak menyokong struktur tulang bayi sepenuhnya dan berbahaya kerana sebarang kecederaan dan kemalangan boleh berlaku bila-bila masa sahaja.

Keburukan buaian anak

1) Penggunaan buaian semasa menidurkan anak boleh menyebabkan pendarahan otak atau dalam bahasa saintifiknya Subdural Haemorrhage di mana saluran darah yang bersambung pada permukaan otak ke tengkorak boleh pecah kerana membuai bayi terlalu kuat.

2) Jika aliran darah dalam otak bergerak dalam hala yang bertentangan, ia boleh menyebabkan pendarahan otak subdural.

3) Selain itu, ayunan buaian yang terlalu kuat boleh menyebabkan kepala si kecil terhantuk pada dinding atau terjatuh kerana dibuai terlalu deras.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4) Kematian bayi secara mengejut juga boleh berlaku kerana bayi tidur terlalu lena dalam buaian. Keadaan ini biasanya berlaku pada bayi bawah setahun dan dalam keadaan bayi tersebut sedang tidur.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Sinar Harian, Pantang Plus

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comcara-cara-mengendali-kecederaan-kepala-bayi