Apabila si manja memasuki usia 7 bulan, ibu pastinya berasa teruja menyediakan pelbagai menu berkhasiat untuk bayi. Jika anda tiada idea untuk hidangan pencuci mulut atau snacking bayi, apa kata cuba resepi bubur sumsum bayi yang mudah ini.
Cara Buat Bubur Sumsum Bayi
Bahan Bahan Bubur Sumsum:
- 3 sb tepung beras
- 1 cawan santan segar
- topping buah buahan pilihan
Cara Buat Bubur Sumsum Bayi:
- Satukan tepung beras dan juga santan di dalam periuk. Kacau sebati
- Masak di atas dapur menggunakan api sederhana kecil sehingga adunan menjadi likat.
- Pastikan tepung telah benar benar masak. Tutupkan api.
- Tuangkan adunan ke dalam bekas yang bersesuaian .
- Biarkan adunan sejuk seketika sebelum diletakkan topping buah buahan kegemaran .
- Sejukkan di dalam peti sebelum dihidangkan. Siap!
Sebenarnya rasa bubur sumsum bayi ini sangat sedap dengan rasa lemak-lemak masin santan dengan manis buah-buahan segar. Anak kecil anda pasti akan suka!
Tips Elak Bubur Sumsum Berketul
- Gunakan Santan Pekat dan Segar: Santan pekat akan menjadikan bubur lebih lembut dan sedap.
- Gunakan Api Kecil: Memasak dengan api perlahan membolehkan anda mengawal proses pemekat dan mengelakkan bubur daripada berketul.
- Ayak Tepung Beras: Sebelum digaul dengan santan, ayak tepung beras untuk pastikan tiada ketulan.
Anak Alergi Susu, Ibu Boleh Gantikan Dengan Bahan Ini
Jika anak alergi pada susu lembu, ibu boleh gantikan resepi sumsum bayi ini dengan menggunakan:
- Santan: Santan mengandungi asid lemak rantai sederhana yang boleh memberikan tenaga yang cepat dan mudah dihadam oleh badan. Sebaiknya beri santan selepas bayi berumur 6 bulan atau lebih dan sudah mula mengambil makanan pejal.
- Serbuk Barli: Serbuk barli adalah pilihan makanan yang berkhasiat dan boleh menjadi tambahan yang baik untuk diet bayi. Barli kaya dengan serat, vitamin dan mineral, yang membantu dalam perkembangan bayi.
Cara Menyimpan Bubur Sum Sum Bayi Dalam Peti Sejuk
Menyimpan bubur sumsum untuk bayi memerlukan perhatian khusus untuk memastikan ia selamat dan bersih. Berikut ialah garis panduan storan yang boleh anda ikuti:
Penyimpanan dalam Peti Sejuk
Tempoh Penyimpanan: Bubur sumsum boleh disimpan di dalam peti sejuk selama 1-2 hari.
Kaedah Penyimpanan:
- Sejukkan Cepat: Setelah bubur sumsum masak, biarkan ia sejuk pada suhu bilik dengan cepat. Jangan biarkan bubur pada suhu bilik selama lebih daripada 2 jam.
- Pindahkan ke Bekas Bersih: Simpan buburan dalam bekas kedap udara yang bersih. Pastikan bekas ditutup rapat.
- Label dan Tarikh: Labelkan bekas dengan tarikh pembuatan untuk memantau jangka hayat.
Penyimpanan Dalam Peti Beku
Tempoh Penyimpanan: Bubur sumsum boleh disimpan di dalam peti sejuk sehingga 1 bulan.
Kaedah Penyimpanan:
- Sejukkan dengan Cepat: Seperti penyimpanan peti sejuk, sejukkan bubur ke suhu bilik.
- Pindahkan kedalam bekas: Simpan dalam bekas kedap udara atau beg plastik beku. Bahagikan kepada bahagian kecil supaya senang diambil mengikut keperluan.
- Label dan Tarikh: Labelkan bekas atau beg dengan tarikh pembuatan.
- Pembekuan Pantas: Letakkan bekas atau beg di bahagian paling sejuk peti sejuk untuk pembekuan cepat.
Semoga artikel ini bermanfaat.
Farisha Sofea
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Resepi Dimsum Guna Kulit Popia Vietnam, Mudah & Menjadi Anak-Anak Pasti Suka!
Baca juga: Resepi Keropok Ikan Bilis Guna Lebihan Nasi, Sesuai Dijadikan Kudapan Menu Petang Seisi Keluarga