Budak hampir dilanggar kereta gara-gara lintas tanpa ibu bapa

Satu video menunjukkan budak lintas jalan tanpa ibu bapanya. Seorang pejalan kaki menyelamatkan budak tersebut dari dilanggar kereta.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baru-baru ini, seorang budak lintas jalan seorang diri hampir dilanggar kereta! Mujur seorang pejalan kaki menyelamatkannya. Kejadian ini berlaku di Singapura pada 9 April 2018 jam lebih kurang 4.30 petang.

Video dimuatnaik di laman Roads.sg oleh Tracy Ong.

Budak lintas jalan sendiri terselamat

Tracy menulis, “Budak itu tanpa kasut, memakai pampers, tak diawasi, lintas jalan sambil berlari. Apabila saya berhenti di simpang, saya hanya nampak budak itu menekan lampu lintas jalan. Saya rasa ada sesuatu tak kena.” 

“Pemandu sebelah saya dan saya membunyikan hon berulang kali untuk memberi amaran kepada pengguna jalan raya.”

“Nasib baik lelaki tersebut menyelamatkan budak itu!”

Sebuah kereta berwarna perak dilihat menuju ke simpang dan memperlahankan kereta tepat pada masanya. Nasib baik, seorang pejalan kaki menyelamatkan budak itu dan membawanya ke tempat selamat.

Dia dilihat memandang ke kiri dan kanan mungkin mencari ibu bapa budak ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Netizen menyalahkan ibu bapa budak ini kerana mengabaikannya. Seorang pengguna Facebook menulis, “Mana ibu bapanya? Seseorang patut membuat aduan ke kebajikan masyarakat, jika di AS atau Eropah sudah tentu ibu bapa budak ini sudah ditangkap kerana mengabaikan anaknya.”

Budak lintas jalan: Ajar anak keselamatan jalan raya

Insiden ini mengingatkan kita tentang kepentingan mengajar anak tentang keselamatan jalan raya adalah penting. Kita perlu mengajar mereka dari kecil. Ini adalah beberapa asas yang setiap anak perlu tahu:

  • Perhatikan ‘orang hijau’ di tempat melintas: Anak perlu faham, selagi ‘orang hijau’ tidak keluar, mereka tidak boleh melintas jalan. Jika anak itu terlalu kecil untuk faham, pegang tangannya (dan jangan lepaskan) semasa melintas jalan.
  • Tengok kanak, tengok kiri, tengok kanan semula: Walaupun ada ‘orang hijau’ dan walaupun berada di tempat melintas jalan, lebih selamat jika anda periksa dulu sebelum melintas. Ada banyak kemungkinan yang kereta terlalu sibuk hingga tak mahu memberikan laluan kepada pejalan kaki. Tengok kanak, kiri, dan kanan semula boleh membantu anak anda melintas tak kira ke mana mereka pergi.
  • Jangan lintas jalan pada tempat atau masa yang tidak sepatutnya: Kebanyakan orang akan melintas walaupun lampu belum hijau atau tidak menggunakan jejantas kerana mahu menjimatkan masa. Kanak-kanak belajar dari kita, jika mereka nampak kita tidak mengikut peraturan jalan, mereka akan melakukan benda yang sama. Jadi selamatkan nyawa mereka dan anda sendiri.
  • Angkat tangan ketika lintas jalan: Mengangkat tangan ketika lintas jalan memberikan penunggang motosikal amaran orang melintas. Ini sangat penting untuk kanak-kanak kerana mereka sukar dilihat oleh penunggang motosikal.
  • Gunakan lorong pejalan kaki dan kaki lima dan elakkan berjalan atas jalan raya jika boleh.
  • Jangan melintas di selekoh: Elakkan melintas di selekoh kerana pemandangan anda terhalang. Anda tidak boleh melihat kereta yang datang dan mereka juga tidak boleh melihat anda. Lintas jalan di kawasan yang anda boleh melihat secara keseluruhan.

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel ini diterjemah dari theAsianparent Singapore

Baca juga:

https://my.theasianparent.combayi-merangkak-atas-jalan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nadia Ghafar