Budak 10 tahun mati semasa main sorok-sorok kerana kecuaian ibu bapa

Seorang budak mati dalam mesin pengering baju semasa bermain sorok-sorok dengan adiknya di rumah. Ketika itu, ibunya sedang masak di dapur.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap hari kita dengar tentang kejadian ngeri yang menimpa anak kecil akibat kecuaian ibu bapa menyediakan tempat yang selamat untuk anak bermain. Baru-baru ini, seorang budak mati dalam mesin pengering baju akibat terkena kejutan elektrik!

Budak mati dalam mesin pengering baju

Fernando Fernandez Junior, 10, sedang bermain sorok-sorok dengan adiknya yang kecil. Permainan tersebut berakhir dengan tragis apabila Fernando dijumpai tidak bernyawa dalam mesin pengering baju.

Ibu kepada kedua budak lelaki ini, Christina Rodriguez terkejut dan kecewa apabila mendapati tentang kematian mengejut anaknya.

“Saya tak tahu apa yang berlaku. Saya sedang memasak di dapur dan anak saya yang kecil beritahu abangnya mati di atas lantai,” dia berkata.

Christina kemudian menyuruh teman lelakinya untuk membawa Fernando masuk ke dalam rumah, tapi ia sudah terlambat.

“Dia sudah menjadi biru. Matanya terbuka. Dia telah pergi,” katanya sambil menangis.

Fernando dikejarkan ke hospital di mana paramedik menjalankan CPR ke atasnya. Dia telah disahkan mati selepas itu. Pada awalnya, pihak berkuasa ingat yang budak lelaki itu lemas di dalam mesin tersebut.

Walaubagaimanapun, siasatan lanjut dari Pegawai Pemeriksaan Daerah Harris mendedahkan yang Fernando terkena kejutan elektrik!

Budak mati dalam mesin pengering baju: Bagaimana nak sediakan persekitaran bermain yang selamat?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa yang membuatkan kejadian ini lebih tragik, budak yang lebih besar juga boleh cedera semasa bermain.

Walaupun kejadian ini menyedihkan, ia juga merupakan peringatan untuk sentiasa mengawasi anak-anak (kecil atau besar) ketika mereka bermain untuk mengelak benda yang tidak dijangka terjadi.

Ini adalah beberapa tip untuk menyediakan kawasan bermain yang selamat:

Untuk bayi

  • Periksa katil anak dan pastikan ia dalam keadaan yang baik. Seperti, jarak pagar perlu rapat untuk mengelakkan dari kepala anak tersepit dan pastikan tiada barang-barang yang boleh buat anak tercekik. Juga pastikan yang katil bayi tidak terlalu dekat dengan tingkap agar anak anda tidak terlalu terdedah dengan matahari.
  • Sentiasa kunci tingkap dan pintu. Tahan pintu menggunakan penahan getah bagi mengelakkan tangan anak anda tersepit.
  • Tutup suis elektrik dengan penutup yang ketat dan pastikan wayar tidak senang dicapai.
  • Susun perabot bilik. Adalah bilik anda terlalu penuh dengan barang? Adakah meja lampu dan kerusi stabil? Juga pastikan semua laci dan almari ditutup agar anak anda tidak boleh buka. Tutup setiap bucu perabot untuk mengelakkan kecederaan.
  • Hanya benarkan anak anda bermain dengan mainan yang selamat dan sesuai dengan umur. Beli mainan anak anda dari jenama yang bereputasi dan pastikan anda baca arahan sebelum bayar.
  • Pastikan tempat bermain anak anda lapang dan toada halangan supaya anak anda boleh teroka persekitaran tanpa ragi-ragu.

Untuk kanak-kanak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Buat peraturan. Misalnya, masa bermain tidak boleh lebih dari satu ke dua jam dan nasihatkan mereka untuk jauhkan diri dari barang berbahaya seperti pisau.
  • Gunakan peraturan dan rutin dengan konsisten di rumah atau di sekolah. Hanya benarkan anak anda bermain dengan rakan mereka yang anda kenal dan percaya. Dengan cara ini, kawan mereka boleh hubungi anda jika ada sesuatu yang berlaku dan mengelakkan dari dibuli oleh orang yang tak dikenali.
  • Ajar anak anda untuk menjaga satu sama lain jika ada sesuatu yang berlaku. Ini akan membina persahabatan dan mengajar mereka cara untuk bersosial.

 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Sumber rujukan: theAsianparent Singapore

Baca juga

Kanak-kanak ini tersekat dalam mesin basuh! Macam mana ia boleh jadi?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nadia Ghafar