Malang tidak berbau, walau macam mana pun kita cuba untuk melindungi anak kita, akan ada perkara yang kita tak dapat halang dari berlaku. Inilah mungkin apa yang dirasai oleh ibu kepada budak maut ditikam bapa saudara sendiri ini.
Budak maut ditikam bapa saudara bertubi-tubi
Ketika kejadian berlaku, ibu kepada budak ditikam bapa saudara ini sedang tidur di tingkat atas bersama seorang bayi manakala nenek budak ini pula berada di tingkat bawah.
Ketua polis daerah Sentul ACP R Munusamy berkata, pembunuhan ini berlaku pada pukul 9.30 malam semalam di rumah budak perempuan ini di Taman Kepong.
Nenek budak perempuan malang ini telah keluar sebentar sementara cucunya sedang bermain bersama bapa saudaranya yang tinggal di tempat lain tetapi selalu datang melawat ke rumah mereka.
Ketika nenek budak ini pulang ke rumah, dia telah pergi ke dapur untuk mengambil sesuatu. Dia terkejut apabila melihat tompokan darah di lantai dan selimut putih sedang menutup sesuatu yang menyerupai badan manusia.
Munusamy berkata, nenek budak ini menjerit apabila mendapati cucunya berlumuran darah dan tidak lagi bernyawa.
Dia kemudian bergegas naik ke atas untuk memberitahu ibu kepada budak malang ini dan melihat bapa saudara budak perempuan ini sedang bermain dengan bayi di tingkat atas.
Ibu budak perempuan ini kemudian meminta tolong jiran mereka untuk menghantar anaknya ke hospital swasta berhampiran rumah mereka.
Pemeriksaan di hospital tersebut menunjukkan yang budak perempuan ini telah ditikam lebih 30 kali menggunakan objek tajam.
Mayat budak perempuan ini kemudiannya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Budak maut ditikam bapa saudara: Motif masih belum diketahui
Bapa saudara budak perempuan ini yang berusia 21 tahun telah ditahan di rumah tersebut dan disiasat di bawah Seksyen 302, kanun keseksaan.
Menurut Mutusamy, motif kejadian masih sedang dikenalpasti. Suspek juga disyaki berada di bawah pengaruh dadah semasa kejadian berlaku.
Apa agaknya yang membuatkan bapa saudara budak ini terlalu marah hingga sanggup untuk menikam budak ini bertubi-tubi?
Kami di theAsianparent mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan kami berharap keluarga ini dapat jawapan yang mereka cari tentang motof pembunuhan ini.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber rujukan: FMT
Baca juga:
https://my.theasianparent.comibu-tikam-anak