Seorang budak patah tangan baru-baru ini apabila dia ditendang oleh seorang kanak-kanak lain ketika di taman permainan. Apa yang lagi teruk, ibu kanak-kanak tersebut terus lari dari tempat kejadian tanpa minta maaf pada mangsa atau ibunya!
Budak patah tangan akibat ditolak dari gelongsor
Kejadian ini berlaku pada 7 Julai 2018 lalu di wilayah Henan, China. Rakaman CCTV menunjukkan seorang budak berusia 5 tahun bernama Yueyue telah memanjat gelongsor setinggi 3.5 kaki.
Yueyue terjatuh dari tepi gelongsor terus ke tanah. Ibunya yang panik terus berlari ke arahnya.
Sementara ibu budak lelaki yang menendangnya itu dilihat mendukung anaknya keluar dari taman tersebut dengan pantas.
Yueyue dibawa ke hospital dan doktor mengatakan yang tangannya patah dah bahunya terkehel.
Ibu Yueyue, Ms Wang berang kerana budak tersebut atau ibunya tak menolong mahupun minta maaf padanya. Malah, dia telah membuat rayuan menyentuh hati di TV meminta ibu budak tersebut untuk meminta maaf.
Dia berkata,
Ms Wang juga telah melaporkan kejadian ini kepada polis tapi mereka masih belum dapat mencari budak tersebut atau ibunya.
Lari dari tempat kejadian mungkin cara ibu ini untuk melindungi anaknya. Tapi apa yang anak ini belajar dari kejadian ini? Tak apa buat salah asalkan tak kena tangkap?
Memikul tanggungjawab adalah salah satu ciri-ciri karakter yang perlu kita terapkan dalam diri anak-anak. Ini bermakna mereka perlu bertanggungjawab pada perbuatan dan pilihan mereka serta mengetahui yang setiap perbuatan dan pilihan akan ada kesannya.
Ini bukan konsep yang mudah untuk difahami anak anak. Ini bermula dari menunjukkan sikap begini pada anak. Minta maaf adalah cara untuk mengajar anak untuk bertanggungjawab.
Ini adalah beberapa cara mudah untuk ajar anak bertanggungjawab
-
Tetapkan hukuman
Jika anak tak mengikut peraturan atau memikul tanggungjawab, dia perlu tahu akan ada akibat atas perbuatannya. Tetapkan hukuman dan pastikan anda mengikutnya.
-
Tegas
Kanak-kanak pandai untuk memujuk dan bermain dengan emosi anda, jadi pastikan anda tegas apabila melakukan hukuman.
-
Elak anak menyalahkan orang lain
Anak selalunya akan pertahankan kelakuan mereka dengan menyalahkan orang lain. Ingatkan mereka tak kira apa yang orang lakukan, mereka bertanggungjawab pada kelakuan mereka untuk bertindak balas.
-
Sentiasa beri peringatan
Ajar anak bertanggungjawab akan mengambil masa. Sabar dan sentiasa beri peringatan pada anak anda.
Jika anda lihat anak anda hendak sepahkan permainan mereka atas lantai, ingatkan mereka yang mereka perlu mengutip semuanya selepas mereka selesai bermain.
-
Puji mereka
Jangan lupa untuk puji anak jika mereka berkelakuan baik. Ini akan galakkan mereka untuk sentiasa bermotivasi untuk lakukan perkara yang baik.