Budak perempuan berjalan dengan bapanya yang buta ke tempat bekerja setiap hari

Di sebalik kecacatannya, dia terus menyara keluarganya dengan menjadi seorang petani kelapa yang memanjat sehingga 60 pokok kelapa setiap hari.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di wilayah Southern Leyte di Filipina, seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, Jenny, mempunyai tugas yang penting. Setiap hari dia membimbing bapanya ke tempat bekerja dengan bantuan tongkat kayu dan berjalan melalui batu di atas tanah yang tidak rata.

Mengapa? Ia adalah kerana bapa Jenny, Nelson “Dodong” Pepe adalah seorang yang buta.

Namun di sebalik kecacatannya, dia terus menyara keluarganya dengan menjadi seorang petani kelapa. Bagi seseorang yang mempunyai kecacatan seperti beliau, kerja-kerja seperti itu adalah merbahaya kerana ia memerlukan beliau untuk memanjat sehingga 60 pokok kelapa setiap hari.

Usaha-usaha beliau hanya dapat menerima 300 peso, kira-kira USD6.

Rutin harian bapa dan anak perempuannya ini telah dirakamkan dan dimuat naik di Facebook oleh pengguna Rhuby Capunes. Sejak video dimuat naik, ia telah ditontoni oleh sekurang-kurangnya dua juta orang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam video itu, ia menunjukkan Jenny memegang satu hujung batang kayu manakala bapanya memegang hujung yang lain.

Berjalan berkaki ayam, dia menggunakan tongkat untuk mengemudi bapanya ke arah yang betul.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada satu ketika dalam video itu, pasangan itu berhenti seketika untuk melepaskan dahaga, dengan Jenny menyerahkan bapanya sebotol air.

Jenny tidak kisah bahawa dia perlu berjalan bersama bapanya setiap hari. Sebenarnya gadis kecil ini kelihatan gembira melakukannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selepas video itu menjadi berita utama antarabangsa, sebuah yayasan di Filipina melawat wilayah itu untuk bertemu dengan pasangan itu. Sekarang yayasan itu ingin membantu mereka berpindah ke tempat yang berbeza dan lebih selamat.

Malah, yayasan itu telah membawa Dodong ke ibu negara, Manila, untuk mendapatkan pemeriksaan penglihatan beliau dari pakar.

Beliau telah disahkan menghidap detasmen retina dan retinitis pigmentosa, kedua-dua yang menyebabkan kehilangan deria penglihatan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dodong juga akan menjalani “latihan kehidupan” untuk membantu keluarganya.

Penulis

Michelle Goh