Adakah anda mencari tempat buffet ramadhan khususnya di kawasan lembah klang?
Buffet Ramadhan 1. ‘Citarasa Kampung’ @ Hotel Seri Pacific, KL: 14 Julai – 3 Ogos, 2013.
Bertemakan ‘Citarasa Kampung’, menawarkan makanan Melayu dengan sedikit ‘twist’ termasuk Ramadhaan Inspired Maki (ala Jepun) dan pizza Ramadhaan. Terkenal juga dengan gelaran ‘pilihan buffet terbesar’, ia menawarkan pelbagai jenis ulaman dan keropok, BBQ, panggang, makanan laut dan rendang. Buah-buahan pencuci mulut juga pelbagai termasuk rambutan, duku dan durian.
Harga: RM80 bersih (D)
Lawati: https://www.seripacifichotel.com/ &
https://bit.ly/SeriPacificRamadhaanBuffetPreview
Buffet Ramadhan 2. Songket @ Jalan Yap Kwan Seng, KL: 11 Julai – 10 Ogos, 2013.
Restoran ini menawarkan pilihan makanan Melayu asli, terutama rendangnya yang terkenal. Rata-rata komen yang diberikan adalah positif dan memberangsangkan sehingga termasuk dalam senarai. Bagi pengunjung bertuah, mereka juga menyediakan ‘surprises’ untuk anda.
Harga: RM75 (D), RM35 (K)
Tempahan awal: RM75 bersih (D: tempahan 1 – 10 Julai)
Lawati: https://www.songketrestaurant.com/promotion.html
Buffet Ramadhan 3. The Sultani @ Hotel Flamingo, Ampang: berakhir 15 Ogos, 2013.
Restoran ini menyediakan makanan asli India Utara @ Moghul. Untuk bulan Ramadhaan ini, pilihan buffet mereka bertemakan BBQ. Pelbagai pilihan BBQ disediakan termasuk Ayam Tandoori, Ayam Madu, Kebab Koobidah, Kebab Kambing Seekh, Fish Tikka dan tidak ketinggalan Rendang Lembu. Juga ditawarkan kambing panggang mereka yang terkenal, Raan Akhbari Lamb, yang dipanggang secara ‘whole lamb’.
Harga: RM55.00 bersih (D), RM38.00 bersih (K: 5 – 12 tahun)
Tawaran tempahan awal: setiap 4 tempahan, percuma 1.
Lawati: https://www.sultani.com.my/sultani-promotion-info.php?id=6
Buffet Ramadhan 4. Eccucino @ Hotel Prince, KL: 9 Julai – 8 Ogos, 2013.
Bertemakan ‘Balik Kampung’, pilihan makanan disini sememangnya ‘kampung style’ yang tidak didapati di buffet lainnya dalam senarai ini. Selain itu, ia juga menawarkan masakan Cina, India, Barat dan Jepun. Menarik juga, kuih raya turut menjadi hidangan.
Harga: RM108++ (D): 16 Julai – 8 Ogos – Eccucino
Temapahan awal: RM78++ (D): 9 – 15 Julai – Early Bird – Prince Room
Kanak-kanak bawah 12 tahun adalah percuma bagi setiap dewasa berbayar
Lawati: https://bit.ly/PrinceHotelRamadhaan &
https://bit.ly/EccucinoRamadhaanBuffetPreview
Buffet Ramadhan 5. Hale’s Kitchen @ Plaza RAH, Kampung Baru: 10 Julai – 6 Ogos, 2013.
Kampung Baru sememangnya terkenal dengan pelbagai jenis restoran dan menjadi tumpuan warga kota. Hale’s Kitchen tidak ketinggalan menyediakan buffet Ramadhaan dengan pilihan masakan Barat dan Melayu termasuk menunya yang popular – Irish Stew Lamb Shank dan Salmon Thermidor. Parkir adalah percuma jika anda makan di sini.
Harga: RM38 bersih (D), diskaun 50% (K, WE)
Lawati: https://hales-kitchen.com/
Buffet Ramadhan 6. Royale Songket & Dewan Rebana @ Grand Blue Wave, Shah Alam: 10 Julai – 8 Ogos, 2013.
Tema buffet Ramadhaan di sini ialah ‘One Stop Halal Food – Iftar Destination’. Ia menawarkan pilihan masakan Melayu, Jepun dan Cina. Hotel ini telah menerima Piawai Kualiti Islamik (IQS) dan mengaturkan solat berjemaah bagi solat Maghrib dan Terawikh.
Harga:
RM60 (WE, K), RM108 (D) @ Royale Songket
RM50 (WEK), RM89 (D) @ Dewan Rebana
Tawaran:
RM95 (tempahan 50 orang keatas), RM140 (D, K: Hujung minggu) @ Royale Songket
RM75 (tempahan 50 orang keatas), RM110 (D, K: Hujung minggu) @ Dewan Rebana
Lawati: https://www.bluewavehotels.com/ &
https://bit.ly/BufetRamadhaanGBWHSA
Buffet Ramadhan 7. Bazaar Ramadhaan @ Hotel De Palma, Ampang & Shah Alam: 10 Julai – 8 Ogos, 2013.
Rangkaian Hotel De Palma menawarkan buffet Ramadhaan dengan 500 pilihan pelbagai hidangan. Yang menariknya, kesemua makanan ini disediakan secara ‘live’ di 20 gerai yang disediakan. Hotel ini juga adalah penerima Hotel Patuh Syari’ah. Mereka juga mengaturkan solat berjemaah untuk solat Terawikh dan sesi tazkirah khas setiap hari. Yang lebih baik lagi, kaunter zakt fitrah juga disediakan. Jangan lupa juga dapatkan bubur lambuk percuma di sini!
Harga:
RM89 bersih (D), RM45 bersih (K) – Ampang
RM75 bersih (D), RM35 bersih (K) – Shah Alam
Lawati: https://www.depalmahotelonline.com &
https://bit.ly/RamadhaanBufetDP
Nota:
Bersih – termasuk cukai
D – dewasa; K – kanak-kanak; WE – warga emas