Ha… jangan tak tahu ya! Kajian telah bukti hubungan erat antara seorang ayah dengan anak perempuan mereka. Kajian dapati mereka lebih rapat tau!
Sebab itu layanan seorang ayah kepada anak perempuannya sedikit berbeza. Mereka akan lebih memanjakan anak-anak perempuan ini, berbanding kita sebagai ibu!
Amboi, daddy’s little girl sangat kan?
Sempena sambutan Hari Bapa ini, saya ingin berkongsi bagaimana seorang ayah amat penting dalam membina sebuah hubungan bersama anak-anak perempuan.
Hubungan seorang ayah dan anak perempuan yang rapat akan membentuk persekitaran sihat buat tumbesaran anak-anak.
Tak percaya ayah lebih rapat dengan anak perempuan? Jom tengok 4 bukti kukuh yang menunjukkan betapa erat hubungan antara seorang ayah dan anak perempuannya ini!
1. Pelukan daripada seorang ayah paling istimewa
Kalau anak perempuan anda itu menangis, dia lari ke siapa? Pasti ke ayahnya, kan! Sikit-sikit, terus pergi mengadu pada ayahnya.
Haish… tengoklah betapa manjanya anak perempuan kita dengan ayah mereka. Lihat saja tingkah anak perempuan ini yang menangis, dan dengan mudah ditenangkan oleh si ayah hanya dengan pelukan!
Semuanya sebab pelukan daripada seorang ayah adalah yang paling istimewa. Anak perempuan tahu yang mereka ada ayah untuk sentiasa melindungi mereka.
2. Bergaduh dengan ayah juga paling seronok!
Oleh sebab terlampau mesra dan rapat dengan ayah, mereka juga suka bergaduh dengan ayah mereka! Bergaduh dan marah entah atas alasan apa, tapi menjerit-jerit protes seperti marah! Haha comel sungguh perangai.
Rasanya tak berani anak perempuan kita nak berbuat sedemikian dengan ibunya, kan? Diskriminasi sungguh! Hehe. Tapi tak apa. Terhibur sebenarnya melihat anak-anak kita seakan “meniru” tingkah laku orang dewasa dengan bergaduh bersama ayah.
Jom tengok bagaimana anak-anak perempuan ini bergaduh dengan ayah mereka, seperti di bawah:
Kredit video: Best Baby Youtube
3. Dengan ayah, semua benda boleh buat!
Ya, saya akui semua ibu ada pelbagai “peraturan” yang harus diikut oleh anak-anak. Lebih-lebih anak perempuan! Tapi dengan seorang ayah, apa mereka nak buat pun boleh. Lagipun, ayah yang akan banyak meluangkan masa untuk bermain dengan anak-anak.
Kita ibu ini sibuk dengan pelbagai persediaan lagi!
Oleh sebab mereka terlalu rapat, kadang-kadang si ayah pula yang terikut-ikut dengan perangai anaknya. Macam budak-budak pula, ish!
Tapi sebenarnya, si ayah yang rapat dengan anak perempuannya akan membesarkan anak yang lebih cerdas dan bijak!
Kredit video: Caters Picks
4. Berani melawan cakap ayah!
Ha… ini memang mereka tak berani buat dengan ibu. Kalau ada anak-anak yang berani melawan… hmm siaplah! Sebab itu anak yang rapat dengan ayah akan suka dan berani melawan cakap ayah mereka berbanding dengan ibu.
Ada saja yang mereka ingin lawan. Sebab mereka sudah diajar untuk lebih terbuka kepada emosi. Jadi, ada sajalah mulut itu nak menjawab!
Cuba lihat tingkah laku comel adik ini yang melawan cakap ayahnya kerana bermain gunting. Aduh… nak marah pun tak sampai hati pula!
Bertuah sungguh jika dapat melihat hubungan erat antara seorang ayah dan anak perempuannya. Mereka sungguh rapat dan erat! Semoga hubungan ini berkekalan dan keluarga anda bahagia sentiasa. Amin.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca Juga: Ayah Sebagai Superhero Anak-Anak