COMEL! Ibu Mesti Cuba Stiker Nama Buku Sekolah Anak Yang Rare Tahun 2020

Pelbagai keperluan sekolah anak perlu anda sediakan termasuklah buku sekolah. Psstt! Ada cara mudah untuk mencetak nama anak dengan modal RM1.40 sahaja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Begitu pantas masa berlalu sehingga tahun 2020 telah bermula. Pastinya ibu ayah sibuk menyediakan bajet untuk memenuhi setiap keperluan persekolahan anak termasuk buku sekolah

Selain pakaian dan alat tulis, anda pastinya memainkan peranan untuk menyusun dan membalut buku tulis anak agar ia kelihatan kemas dan cantik.

Jika dahulu, kita hanya menggunakan tulisan tangan sahaja untuk menulis nama pada muka hadapan buku agar tidak tertukar dengan murid yang lain.

Namun, dengan kemajuan teknologi pada hari ini sekaligus memudahkan ibu ayah untuk mencetak stiker nama anak-anak sekaligus dengan hanya mengeluarkan modal sebanyak RM1.40 sahaja. Sungguh menjimatkan!

Stiker nama pada buku sekolah

#1. Langkah pertama anda perlu mendapatkan Self-Adhesive saiz 19mm x 50mm (Kod: 1012) di pasaraya Mydin yang berharga RM1.40

#2. Pilih dan muat naik template yang telah disediakan di bawah:

#Teacher – https://drive.google.com/open…

#Ejen Ali – https://drive.google.com/open…

#Frozen Elsa – https://drive.google.com/open…

#Frozen Anna – 4 Lines – https://drive.google.com/open…

#Little Pony – https://drive.google.com/open…

#Spiderman – https://drive.google.com/open…

#Hello Kitty – https://drive.google.com/open…

#3. Untuk mengedit nama anak

  

#anda perlu menekan pada Find and Replace dan tekan Ctrl+H.

# Kemudian, isi nama “Haslina Aziz” pada kotak “Find what” dan nama anak anda pada ruangan “Replace With”.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

# Seterusnya, anda perlu klik “Replace All”

# Sila ulang langkah yang sama untuk memasukkan nama kelas dan sekolah.

#4. Sekiranya anda ingin menukar gambar yang lain

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

# Simpan gambar yang telah anda pilih.

#Highlightkan semua gambar asal, tekan double click dan klik pada “Change picture”.

# Pilih gambar baru yang ingin ditukar dan tekan “Insert”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Print & sedia untuk digunakan!

Cara menjaga koleksi buku anak

Bagi anak-anak yang masih berada di sekolah rendah, hal yang cukup mencabar bagi ibu adalah untuk meminta mereka menyusun buku sekolah dengan teratur di rak yang telah disediakan.

Namun, ada beberapa tips mudah untuk mempraktiskan anak-anak tentang cara pengurusan diri terutamanya bab menyusun atau mengemas buku bermula dari sekarang!

#1. Sediakan almari atau rak buku yang menarik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Almari dengan corak kartun mahupun warna kegemaran anak mampu membuatkan mereka lebih bersemangat dan rajin untuk menyusun barangan mereka.

Hal ini sekaligus dapat menetapkan dalam pemikiran anak bahawa menyusun buku adalah sesuatu yang menyeronokkan.

Sekiranya mereka sudah terbiasa berdikari menyusun sendiri buku sekolah mengikut jadual, anak akan menjadi lebih berdisiplin dalam menjaga barangan mereka.

#2. Pilih buku latihan berwarna bagi mewakili satu subjek

Bagi sekolah yang tidak begitu ketat peraturannya, anda boleh menggunakan cara ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penggunaan buku latihan yang berwarna boleh diaplikasikan agar memudahkan anak mencari buku dengan kod warna yang sudah diatur.

Ia boleh dilakukan pada buku nota atau buku rujukan untuk mengulangkaji.

Bukan itu sahaja, cara ini juga membolehkan susunan buku kelihatan lebih teratur mengikut susunan warna yang telah ditetapkan.

#3. Cipta kod buku

Kod buku boleh juga disediakan berdasarkan kod warna, nombor atau pelbagai gelaran untuk mereka lebih tertarik untuk menyusun buku dari berselerak.

Contohnya, anda menggunakan kod nombor, kod huruf, kod binatang dan kod nama guru. Ia boleh merangsang mereka untuk lebih tertarik dengan cara susunan mereka tersendiri.

#4.  Rak yang sesuai dengan ketinggian anak

Dalam memilih rak almari buku anak, pastikan anda memilih tempat penyimpanan buku yang sesuai dengan ketinggian mereka.

Untuk anak kecil, anda boleh memilih rak buku yang tingginya sekitar 70 cm.

Anak yang berusia 5 tahun umumnya memiliki tinggi badan sekitar 100 cm hingga 110 cm. Apabila Anda membeli rak buku yang tingginya 70 cm, anak Anda akan dapat dengan mudah mengambil buku di bagian paling atas.

Apa yang penting anda perlu mengambil kira faktor keselamatan anak agar mereka tidak memanjat rak buku hanya kerana ingin menyusun buku-buku sekolah dan kegemarannya.

Pastikan anda membantu anak-anak dengan mengajarkan mereka untuk meletakkan buku yang tebal atau lebih berat pada bahagian bawah dan buku yang ringan pada bahagian atas.

Hal ini sekaligus mampu mengelakkan mereka dari berhadapan dengan risiko bahaya yang mungkin boleh menyebabkan almari atau rak buku dari terbalik.

Sumber: SirapLimau, Jovie J

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Baca juga: