10 buku bahasa Inggeris yang anda patut kongsi bersama anak

Membaca beri pelbagai manfaat untuk anak anda. Malah, anda juga kena baca bersama 10 buku untuk bayi dan anak ini untuk mengeratkan lagi hubungan kalian!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

10 buku untuk bayi atau anak anda (bahasa Inggeris)

Membaca sebenarnya bukanlah untuk mengajar anak mengenal huruf semata-mata. Sebenarnya, membaca buku dengan anak amat bermanfaat buat mereka. Buku untuk bayi juga ada kelebihan tersendiri!

Selain kebaikan membaca buku itu sendiri, melalui buku juga, kita sebagai ibu bapa boleh mengeratkan lagi hubungan bersama anak-anak serta mengajar mereka tentang nilai-nilai murni.

Mari lihat apa 10 buku untuk bayi atau anak yang patut anda bacakan buat mereka:

1. The Giving Tree

Buku ini mengisahkan tentang persahabatan di antara seorang budak lelaki dan pokok yang telah sama-sama membesar.

Semakin meningkat dewasa, budak lelaki tersebut mula meminta macam-macam dari si pokok hingga ia tidak punya apa-apa lagi untuk diberikan. Buku untuk bayi atau anak ini amat bagus buat mereka kerana ia mengisahkan tentang nilai persahabatan dan nilai memberi.

Mereka pasti terhibur dengan buku ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Love You Forever

Buku klasik ini menceritakan tentang kasih sayang seorang ibu yang tiada batasan di setiap peringkat usia anak. Dari bayi lelaki hingga ke dewasa.

Kisahnya bermula dari seorang ibu menjaga anaknya hingga anaknya itu menjaga ibunya pula. Buku untuk bayi dan anak ini amat bagus kerana ia menerapkan nilai di mana kasih sayang ibu bapa mengajar seorang anak menyayangi ibu bapa.

3. Ten Little Fingers and Ten Little Toes

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Buku ini amat ringkas menceritakan tentang keindahan seorang bayi. Ayat berirama yang menyeronokkan pasti akan menghibur kedua ibubapa dan anak.

Ilustrasi dalam buku untuk bayi ini juga menghidupkan lagi cerita buku ini!

4. Charlotte’s Web

Buku ini mnceritakan kisah persahabatan di antara seorang budak perempuan, Fern dan persahabatannya dengan haiwan yang dipelihara oleh beliau.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini termasuklah seekor labah-labah yang dipanggil Charlotte. Nilai yang diterapkan di dalam buku ini ialah persahabatan, kasih sayang dan ‘survival‘. Jom bacakan buku ini untuk anak anda!

5.Corduroy

Buku untuk bayi ini tentang seekor beruang mainan yang bernama Corduroy. Ia berada di dalam misi mencari butangnya yang hilang dan rumah baru untuknya.

Nilai kasih sayang dan penerimaan ditekankan di dalam buku ini. 

6. Knuffle Bunny Free

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Trixie dan keluarga ke Belanda untuk melawat kedua atok dan neneknya. Tetapi, anak patung arnabnya ada perancangan lain.

Buku ini sungguh menghiburkan malah menerapkan nilai kasih sayang di antara keluarga yang tiada batasan. Ia amat berfaedah untuk anak anda!

7. City Dog, Country Dog

City dog country dog menceritakan bagaimana dua haiwan dari dua latar belakang yang berbeza bertemu dan mereka berkongsi masa bermain bersama.

Nilai persahabatan tanpa mengira perbezaan diterapkan melalui buku ini, khas buat anak-anak kita.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

8. Rosie Revere, Engineer

Dalam buku untuk bayi ini, walaupun pemalu, Rosie sangat kreatif dengan gajet-gajetnya untuk mencipta sesuatu. Dia bercita-cita ingin menjadi jurutera dan berharap dapat merealisasikan impian makciknya untuk terbang satu hari nanti.

Walaupun sering gagal, Rosie tidak pernah berputus asa. Buku ini menggalakkan kanak-kanak untuk mengejar impian mereka tanpa berputus asa. Apa kata anda cari buku ini dan bacakan sama-sama dengan anak nanti?

9. My Many Coloured Days

Buku ini menerangkan pelbagai mood, emosi, dan perasaan. Buku penuh seni ini juga mengandungi pelbagai imej yang seakan “terkeluar” dari muka suratnya.

Ia mengajar kanak-kanak tentang pelbagai emosi dan perasaan manusia menggunakan ilustrasi dan warna.

10. The Kissing Hand

Cerita dalam buku ini tentang bagaimana seorang ibu sentiasa ada untuk anaknya jika dunia menjadi satu tempat yang menakutkan.

Ia mengajar tentang bagaimana kasih sayang dan mengambil berat antara ibu dan anak, serta berkisar tentang rasa takut untuk berpisah yang biasa di alami ibu dan anak ketika hendak mula bersekolah.

Macam mana? Ada tak sebarang buku yang anda berkenan untuk dibaca dengan anak anak nanti? Jangan lupa pergi cari buku ini dan bacakan buat mereka, ya!

 

 

 

 

 

 

Sumber: theAsianparent Singapore

Baca juga:

Mendorong anak sukakan buku, ikuti tips-tips ini

 

Penulis

Aqma