Perkongsian seorang ibu di laman sosial mengenai orang melabel anaknya bakal lambat membesar dan otak lembab belajar hanya kerana lahir bulan 12 mengundang pelbagai reaksi netizen.
Isu ini memang selalu dibangkitkan bukan saja di laman sosial, malah di mana-mana saja dan ia seolah-olah kepercayaan bahawa mana-mana bayi yang dilahirkan pada bulan 12 akan lambat perkembangan daripada segi fizikal dan kongnitif daripada kanak-kanak seusianya.
Apa maklumat lanjut yang anda akan baca dalam artikel ini?
- Bulan 12 tak boleh beranak, anak jadi lembab nanti?
- Mitos anak lahir hujung tahun, ibu luah rasa syukur anaknya membesar dengan sihat
Bulan 12 tak boleh beranak, anak jadi lembab nanti?
Ikuti perkongsian ibu ini yang tertanya-tanya adakah memang benar salahnya melahirkan anak pada bulan 12 kerana akan menyebabkan anak tidak membesar dengan sihat malah lebih sedih dikatakan akan lembab otaknya untuk belajar.
Ibu itu berkata dia yang sebelum merupakan seorang peniaga didatangi seorang wanita yang ingin membeli barang jualannya dan bertanyakan perihal anaknya.
“Salah kah lahir bulan 12? Anak saya dilahirkan awal bulan 12. Jadi saya nk tanya para pembaca, salah ke lahir bulan 12?
“Kenapa mesti ada sikap yang suka membanding-bandingkan anak sendiri dengan anak orang lain sedangkan kita sediri maklum bahawa perkembangan bayi adalah berbeza. Saya pernah di sapa oleh seorang wanita ketika saya sedang berniaga.
“Walaupun sudah hampir 4 tahun berlalu, setiap kali saya pandang anak saya, pasti akan teringatkan kata-kata makcik tersebut,” katanya.
Wanita itu kemudiannya membandingkan anak ibu berkenaan dengan cucunya yang lahir pada bulan berlainan. Berikut adalah isi perbualan mereka:
Makcik : Dah berapa bulan ni? Sambil tangan memilih selipar baby.
Saya : Dah nak masuk 8 bulan.
Makcik : Dah pandai apa yer?
Saya : Owh! Dah boleh duduk dan guling-guling.
Makcik : Lambatnyer, Cucu acik dah boleh bangun sendiri tateh-tateh dah.Dah tumbuh gigi pun 2 batang.Orang dah makan nasi nanti awk mkn bubur lagi yer syg.
Makcik : Lain kali kau jangan beranak bulan 12,lambat anak nak besor, lembab nanti nak belajar.
Agak tersentak dengan perbualan itu, wanita berkenaan hanya berdiam diri dan berkata dalam hatinya dia akan sentiasa ada untuk anaknya yang penting kanak-kanak itu sentiasa sihat, kuat dan cergas.
Mitos anak lahir hujung tahun, ibu luah rasa syukur anaknya membesar dengan sihat
Tahun berganti, wanita itu akhirnya sedar bahawa apa yang diperkatakan ‘makcik’ berkenaan mitos semata-mata. Anaknya yang diberi nama Mahsuri membesar dengan sihat dan cergas saja.
Tinjauan di laman Facebooknya mendapati anak wanita itu yang hampir berusia enam tahun membesar dengan sihat dan cergas.
Stigma anak lahir bulan 12 ini lembab dan lambat perkembangannya memang membuatkan ibu bapa gusar, namun bawalah anak anda untuk pemeriksaan kesihatan secara berkala bagi memastikan dia mengikut perkembangan yang sepatutnya berdasarkan usianya.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: 13 Aktiviti Bantu Perkembangan Bayi 2 Bulan Agar Lebih Bijak & Cerdas, Jom Cuba Ayah & Ibu!
Baca juga: Panduan Lengkap Perkembangan Bayi 6 Bulan, Si Manja Mula Belajar Bergolek & Meniarap!
Baca juga: Ketahui Tahap Perkembangan Bayi Sebelum Dan Selepas Lahir, Ibu Bapa Baru Take Note!