Bulu mata bayi yang melentik merupakan dambaan semua ibu bapa yang pertama kali menimang cahaya mata hingga ada yang sanggup mencari bagaimana cara untuk membuatkan bulu mata bayi lentik seperti mana bayi yang memilikinya!
Oleh sebab itu, ada ibu bapa yang sanggup gunting bulu mata bayi supaya ia menjadi lentik dan cantik. Namun, adakah cara itu selamat dan tidak membahayakan si kecil?
Di petik dari laman Young Parent, menggunting bulu mata bayi supaya lentik adalah mitos sahaja dan tiada bukti penyelidikan yang mendorong ia dipraktiskan.
Perkara tersebut dikuatkan lagi dengan penyataan daripada Dr. Natalie Epton yang merupakan Doktor Pakar Kanak-Kanak dan Ahli Neonatologi di International Pediatric Clinic di mana faktor yang dapat membuat bulu mata bayi lentik hanyalah melalui genetik ibu bapanya.
Selain itu, makanan yang tepat untuk diberikan kepada bayi baru lahir adalah susu ibu, namun jika terdapat sebarang halangan ibu boleh memberi susu formula pada bayi.
Justeru, menggunting bulu mata bayi adalah sangat berbahaya dan perlu dihindari kerana bulu mata bayi berfungsi untuk melindungi mata dari pelbagai benda asing yang boleh masuk ke dalam mata.
Namun jika ingin memotong bulu mata bayi, ia haruslah dilakukan dalam beberapa kondisi seperti pertumbuhan bulu mata yang tidak normal atau ia tumbuh ke arah dalam yang boleh menyebabkan ketidakselesaan pada mata.
Ingin diingatkan, menggunting bulu mata bayi untuk membuatnya melentik hanyalah mitos dan tindakan tersebut ternyata boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak sihat pada kesihatan mata.
Antaranya seperti:
#1. Merosakkan bulu mata
Apabila memotong bulu mata, ia cenderung membuatkan bulu mata bayi kelihatan lebih pendek sekaligus menyebabkan ia cepat rosak. Jadi sebaiknya elakkan!
#2. Kehilangan fungsi untuk melindungi mata bayi
Seperti kita tahu, bulu mata berfungsi untuk lindungi mata dari benda asing yang boleh masuk ke dalam mata seperti kotoran, debu atau habuk.
Jadi, bentuk melengkung dari baris bulu mata itu sebenarnya membantu untuk mengeluarkan benda asing tersebut supaya mudah keluar dari mata.
Lepas sudah tahu maklumat ini diharap anda tidak membuat sebarang keputusan yang boleh membahayakan kesihatan bayi. Semoga bermanfaat.
How to train your baby’s eyes?
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Kredit gambar : Mommy Asia
Sumber: Penulis asal Finna Prima Handayani dan artikel mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.
Baca juga:
https://my.theasianparent.combayi-gosok-mata/